Bab 8
"CONGRATULATIONS!!" jerit mereka beramai-ramai. Semua ahli gym sudah berada di situ dengan pistol parti yang dihalakan ke arahnya. Sekejap sahaja, tubuhnya dipenuhi kertas-kertas yang jatuh dari langit. Hafizul tersengih-sengih sambil tangan ligat menjatuhkan kertas-kertas di atas kepalanya itu ke lantai.
Sebenarnya, dia rasa bangga apabila berjaya melayakkan diri ke peringkat seterusnya. Itupun tadi dia nyaris sangat nak kalah. Berbaloi juga dia berlatih siang dan malam. Nyata, cabarannya akan lebih besar lagi pada masa akan datang. Dan dia akan terus mempertingkatkan latihan dan usahanya supaya kejadian di mana dia hampir kalah tadi tidak akan berlaku lagi.
Ramai meraikan kemenangannya di gym milik Uncle Lim itu.
"How was it?" soal Ikmal sambil menepuk bahu Hafizul.
Tadi dia tiada peluang untuk berbual dengan Hafizul disebabkan Hafizul dijulang menjadi pemenang dan terlalu ramai orang mengerumuni Hafizul. Tidak cukup dengan itu, ada beberapa orang wartawan yang mula mengambil tempat untuk menjalankan tugas masing-masing. Sudahnya, dia membiarkan saja soalannya itu di dalam hati.
"Exhausted." Komennya sepatah. Mereka tergelak beramai-ramai sebaik sahaja menerima jawapan yang penuh selamba daripada Hafizul itu. Kasihan pada orang yang baru kembali bertinju itu. Tentu ia sesuatu yang memenatkan setelah lama berhenti dari sukan itu.
"Tahniah. Saya bangga sama you." Ucap Uncle Lim sambil tersenyum lebar. Dia berjabat tangan dengan Hafizul dan menepuk-nepuk bahu Hafizul dengan muka bangganya. Bangga kerana anak buahnya menaikkan nama dia.
"Thank you, uncle. Sebab unclelah saya kat sini." Ucap Hafizul merendah diri. Terharu dia dengan apa yang Uncle Lim dah lakukan terhadapnya. Mendaftarkan dia ke dalam pertarungan itu bukanlah sesuatu yang mudah dan Uncle Lim sanggup bersusah-payah untuknya.
"No worries la. You orang hebat. Saya tolak you, saya memang suwey." Kata Uncle Lim bersama gelak besarnya. Hafizul ikut tergelak. Uncle Lim dah banyak tolong dia. Padahal dia tidaklah rapat mana pun dengan Uncle Lim. Tak macam Ikmal.
"Thank you. For trusting me, Mal." Hafizul menepuk bahu Ikmal. Terharu juga dia dengan pengorbanan Ikmal. Dalam sakit-sakit begitu, Ikmal masih mahu membantunya.
"Make sure next battle, kau buat lagi hebat dari tadi. Aku tak nak orang banyak tumbuk kau. Pusingan pertama tadi dah macam seri kau tau tak? Menakutkan betul. Kalau aku tak percayakan kau, dah lama aku lari balik." Ikmal menumbuk perlahan bahu Hafizul bersama senyuman ikhlasnya. Hafizul sengih.
"Insya-Allah lepas ni aku berlatih gigih..." kata Hafizul tanpa menjanjikan apa-apa. Dia perlu buat yang terbaik untuk mara ke pusingan seterusnya sehingga ke pusingan akhir.
"Tak apa. Kau baru lagi berlatih, terus kena bertanding. Sebab tu nampak lemau tu. Lepas ni, kalau lemau lagi, aku tak tahulah nak kata apa." Kata Ikmal. Hafizul hanya mampu menayang senyuman hambar. Nak tersenyum lebar pun tak boleh. Pipi terasa sakit-sakit.
"Kau kena regging aku." Hafizul berkata kepada Ikmal. Dia mahu Ikmal melatihnya dengan teruk supaya dia lebih berdisiplin di masa yang akan datang.
"My pleasure." Tersenyum jahat Ikmal.
Banyak aktiviti berat yang akan Hafizul terima sebagai latihan di dalam otaknya. Berlari naik turun bukit. Membuat wall climbing berkali-kali untuk mengekalkan kecergasan fizikal. Berlari sebanyak sepuluh pusingan satu taman, dan kemudian dinaikkan sehingga dua ke tiga puluh pusingan sehari.
"Tak sabar aku nak torture kau." Dia menepuk bahu Hafizul.
"Aku pun tak sabar, sayang." gurau Hafizul.
YOU ARE READING
Salah Siapa?
RomansaSinopsis novel di dalam. Jemput baca. Ps : Novel ini telahpun diterbitkan. Tiada dijual di kedai buku. Hanya dijual secara online. Untuk pembelian boleh dm saya. 🚫 Dilarang plagiat