INI ADALAH BAB TERAKHIR DI DALAM WATTPAD. SAYA AKAN TERBITKAN NOVEL INI SENDIRI. Kepada sesiapa yang berminat bolehlah hubungi saya melalui facebook, wattpad message atau facebook page. saya akan tutup order pada 20 JULAI 2016. Terima kasih kerana mengikuti karya saya. <3 <3
Bab 10
"INGAT, kau mesti menang. Aku tak nak kau emo kat atas sana. Get your shit together okey? You can do this." Pesan Ikmal sambil membalut kain putih di sekeliling tangan Hafizul. Hafizul mengangguk-anggukkan kepalanya. Dia faham. itulah matlamat dia. Hendak memenangi semua pertandingan itu agar dia dapat merebut gelaran juara di penghujungnya nanti.
Dan jika waktu itu tiba, dia akan pulang bersama hadiah dan juga bersama maruah kepada Aida. Dia bukan selemah yang Aida sangkakan. Dulu Aida sering bimbangkan keselamatan dia. Aida tidak yakin pada kebolehannya. Dia mahu membuktikan yang Aida salah.
"Abang!" mereka disergah satu suara. Arman tersengih lebar sebaik sahaja masuk ke bilik persiapan Hafizul. Hafizul yang pada awalnya terkejut melihat kemunculan Arman itu akhirnya ikut tersengih memandang adik iparnya. Terasa semakin bersemangat melihat Arman datang menyokongnya di sini.
"Hey! Datang dengan siapa, Man?" soal Hafizul sambil mencari kelibat isteri tercinta. Namun, hampa.
"Datang dengan Along, Arissa. Mak dan ayahlah. Kitorang tak nak tengok dalam tv. Macam tak real. Itu pasal nak tengok yang depan-depan ni ha. Jenuh kitorang kelentong dekat guard tu tadi... mana nak tahu, kena ada tiket bagai." kata Arman bersama keluhan.
Dia membelek-belek beg hitam kepunyaan Hafizul itu dengan penuh kagum. Glove, mouthguards, tali skipping dan bermacam-macam alatanlah yang ada. Pembalut tangan pun ada. Kagum dia jadinya.
Hampa sekali lagi menyapa hati Hafizul bila tiada nama isterinya disebut. Jadi, benarlah, Aida masih tidak pulang lagi. Kenapa dia terlalu berharap?
"Kenapa tak call dulu? Boleh abang arrangekan." Hafizul bersuara.
"Tak tahu pasal tiket itulah. Cadang nak buat surprise."
"Well, menjadi. Diorang mana? Dah tu macam mana Arman lepas masuk ke kawasan ni?" soal Hafizul pelik. Setahunya, hanya staf, peserta dan keluarga terdekat dengan izin pihak atasan sahaja yang boleh masuk ke kawasan ini.
"Tadi Man cakap dekat uncle cina kat luar tu yang abang ni abang Man. Siap tunjuk gambar kita lagi dekat dia. Tak cukup dengan tu, kitorang tunjuk gambar abang dengan kak Aida dulu. Mujur ada simpan lagi..." Kata Arman selamba.
"Seorang aje masuk sini?" soal Hafizul lagi.
"Dengan Rissa tapi dia cari toilet dulu. Sesat agaknya." Jawab Arman sambil tergelak-gelak.
"Buat apalah susah-susah? Dekat dalam sini ada toilet." Ikmal yang dari tadi menjadi pendengar tiba-tiba bersuara sambil memuncungkan mulutnya ke arah tandas di bilik itu.
"Oh, tak tahu itulah. Tadi dia tak tahan sangat kononnya." Arman menceber.
"Abang!" suara lain pula menyapa. Kali ini wajah ceria Arissa. Terhenti perbuatan Ikmal yang membalut tangan Hafizul itu sebaik sahaja terpandang kelibat Arissa. Terkejut barangkali melihat gerangan lain masuk ke bilik persediaan Hafizul. Perempuan pula tu.
"Eh? Rissa, dah jumpa toilet?" soal Arman tersengih-sengih.
Arissa pula dalam lelahnya, tergelak-gelak tanpa henti menyebabkan Hafizul dan Ikmal yang tak tahu cerita itupun ketawa mengekek. Lucu melihat keadaan Arissa yang ketawa sampai terbatuk-batuk itu. Hanya wajah Arman saja yang masam mencuka bila soalannya tidak dijawab.
YOU ARE READING
Salah Siapa?
RomantikSinopsis novel di dalam. Jemput baca. Ps : Novel ini telahpun diterbitkan. Tiada dijual di kedai buku. Hanya dijual secara online. Untuk pembelian boleh dm saya. 🚫 Dilarang plagiat