Bab 3
"AIDA, makan ni." pujuk Hafizul. Aida tersentak. Kenangan itu terus lenyap sebaik sahaja terdengar suara Hafizul. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Tidak mahu makan langsung. Tak ada selera. Benci dia melihat muka Hafizul.
Hafizul diam. Sesekali dia meraup mukanya. Bagaimanalah dia hendak memujuk Aida?
Aida mengeluh. Ada hikmahnya juga dia tidak ingat apa-apa dalam tempoh 5 tahun ini. Kalau tidak, tentu dia dihantui bayang-bayang bagaimana dia diulit sahabat karibnya sendiri. Sungguh dia rasa jijik! Entah kenapa pula dia terpaksa kahwin dengan Hafizul. Keluhan dilepaskan. Kasar.
"Aku tak nak makan! Kau makanlah sorang-sorang." Aida mendengus.
"Aida, aku tahu, kau tak nak pandang pun muka aku. Tak apalah. Tapi, aku nak kau jaga kesihatan kau. Kesihatan baby tu." Ujar Hafizul. Sebaik sahaja mendengar perkataan 'baby', mata Aida mencerlung merenung lelaki itu.
"Da, aku tak sengaja malam tu. Jangan layan aku macam kau tak kenal aku." Hafizul bersuara perlahan. Takut. Makanan diletakkan ke meja.
"Tak sengaja atau sengaja, benda tu tak mengubah apa-apa. Kau dah tinggalkan budak kecik kat dalam perut aku ni! Kenapa kau tak tinggal dekat perempuan lain je? Berlambak lagi, Joi! Berlambak lagi perempuan lain! Kenapa mesti aku? Kenapa kau sanggup hancurkan kepercayaan aku pada kau? Apa yang kau benci sangat pada aku?
Aku dah tak kenal kau siapa. Hafizul dulu tak macam ni! Hafizul dulu baik sangat. Kalau bukan sebab mak ayah aku tak bagi, dah lama aku gugurkan anak haram ni. Jijik aku bila teringatkan ada darah daging kau dalam badan aku. Jijik!" Aida menekan geram. Hafizul mengetap giginya.
Dia marah! Marah bila Aida menyalahkan dia sedangkan dia tahu itu memang salahnya. Tidak perlulah semua mengungkit salahnya yang satu itu! Dia tertekan juga! Sampai hati Aida mengatakan bahawa anak itu anak haram? Ya! Memang betul. Tetapi anak itu tiada salah. Yang salahnya dia! Dia yang menyebabkan anak itu wujud.
"Suka hati kaulah nak makan ke tidak! Aku dah cakap, anak kau tu anak aku jugak. Aku akan bertanggung jawab pada dia! Dia anak aku! Anak aku! Anak kita!" Hafizul bertegas. Dia bangkit dari kerusi lantas terus meninggalkan Aida sendirian. Aida tersenyum sinis.
"Ini bukan anak aku!" dengus Aida.
Langkah Hafizul mati. Dia tergelak pedih. Itu cuma anak dia. Ya. Memang anak dia seorang sahaja...
"Okay. Kau perlukan rehat. Aku blah. Tolong makan." Keluh Hafizul. Langkah kembali dipanjangkan ke luar. Dia mahu pulang. Dia mahu melepaskan rasa geramnya pada dinding rumah! Dia tidak punya sesiapa lagi.
"AKU nak kau tahu sesuatu... aku dah fikir masak-masak tentang hal ni, dan aku harap kau dengar dan faham elok-elok." Aida bersuara perlahan.
Hafizul mengangguk. Semalam, Aida sudah dibenarkan pulang dari hospital. Hari ini pula dia ditelefon Arman dan dia diberitahu bahawa Aida mahu berbincang sesuatu dengannya. Dia memang dah lama tunggu saat itu. Mungkin Aida dah ingat.
"Go on." ujar Hafizul pendek.
Dia terima setiap cemuhan Aida terhadapnya. Dia terima semua itu. Aida perlukan masa. Perkahwinan mereka akan berlangsung secepat mungkin. Bolehkah dia memberikan Aida masa meskipun selepas mereka bernikah nanti?
"Lepas kahwin, aku nak duduk dengan mak ayah aku dekat kampung. Aku harap kau terima permintaan aku ni." Hafizul mengeluh mendengar kata-kata Aida.
Benar telahannya. Aida mahu berpisah. Belumpun mereka diijabkabulkan, kini Aida sudah berani meminta perpisahan? Buku limanya yang pecah ditatap lama. Semalam, habis berdarah teruk tangannya akibat menumbuk dinding berkali-kali. Puas hatinya melepaskan amarah dengan cara itu.
YOU ARE READING
Salah Siapa?
RomanceSinopsis novel di dalam. Jemput baca. Ps : Novel ini telahpun diterbitkan. Tiada dijual di kedai buku. Hanya dijual secara online. Untuk pembelian boleh dm saya. 🚫 Dilarang plagiat