Bab 35 - 38

3K 77 1
                                    

35

"Khidir?"

Khidir mendongak. Menampilkan wajahnya yang lebam-lebam. Dengan mata tertutup sebelah, dia berusaha melihat Zariqa. Satu senyuman terukir.

"Hello," katanya dengan nada perlahan. Kelihatan lemah sekali.

Zariqa diam. Dia berpaling ke arah Alex. Lelaki itu dipanggilnya. Alex merapat.

"How come?"

Alex menceritakan segala-galanya kepada Zariqa. Kejadian malam semalam hingga lelaki ini ditahan di sini. Zariqa menggeleng-geleng kepala. 'This is not right.' Dia musykil. Lelaki di hadapannya ini ialah lelaki yang pernah disoal siasat dulu ketika Mr.Takeshi, delegasi daripada Jepun mati akibat serangan jantung. Lelaki ini tampak lemah dan penakut. Mana mungkin seseorang berperwatakan sedemikian boleh melakukan pembunuhan bersiri yang kejam. Tak mungkin.

"You dah soal selidik dia Alex?"

Alex menoleh ke arah Khidir sebelum berpaling semula ke arah Zariqa. Dia menggeleng.

"I sudah tanya dia macam-macam. The only thing dia sebut, 'matilah aku', dia takde cakap bende lain."

Zariqa memandang Khidir yang tersenyum melihat dirinya. Kemudian, dia memandang ke arah Alex dan dua orang pegawai yang lain. Dia memberi isyarat menggunakan kepala, memberi arahan agar ditinggalkan dirinya dua orang saja dengan Khidir. Mereka yang lain segera meninggalkan bilik soal siasat tersebut.

Zariqa menarik kerusi besi lalu melabuhkan punggung. Dia menghenyak dengan sebuah senyuman, cuba memberi ketenangan kepada dirinya sendiri.

"Hai Khidir,"

Khidir ukir senyuman.

"Kenapa awak buat semua ni?"

Lelaki itu masih sama. Ketawa kecil sekejap-sekejap.

"Tell me, this is not right. Awak bukan that killer, right?"

"Aku pembunuh,"

"Siapa yang awak dah bunuh?"

"Mike!" tempik Khidir.

Zariqa mengerutkan dahi. Mike, nama mangsa yang ditemui mati di dalam gudang tinggal bersama-sama Khidir yang cuba melepaskan diri. Kemudian dia menolak bungkusan plastik yang berada di atas meja, menyuakannya kepada Khidir.

"Bunga ni, awak punya?"

Khidir merenung bunga ros yang terletak elok di dalam plastik itu. Matanya terjegil. Tiba-tiba dia meracau. Meronta-ronta untuk melepaskan diri. Alex segera menolak pintu, menjenguk ke dalam. Zariqa mengangkat tangan menggambarkan 'tiada apa-apa, it's okay'.

"Mana awak dapat bunga ni?"

"Aku tak tau, aku tak tau! Matilah aku, matilah aku." Peluh merembes. Badan lelaki itu basah.

"No, awak selamat di sini."

"Aku pembunuh."

Zariqa menelan liur. Sepertinya dia sendiri resah dengan jawapannya. Khidir sudah mengaku membunuh Mike. Tetapi dia memberi jaminan bahawa lelaki itu selamat. Mana mungkin seorang pembunuh yang mengaku membunuh terlepas daripada undang-undang.

Tiba-tiba Khidir ketawa.

"Bunga ros? Pembunuh? Aku pembunuh bersirikah?" Khidir bermonolog sendiri.

Zariqa memerhati. Ternyata lelaki di hadapannya itu sedang keliru. Dan dia pasti, lelaki itu bukanlah pembunuh bersiri yang mereka cari. Perangkap mungkin. Dia bangkit, mahu meninggalkan bilik itu.

ROS - sebuah novel Naufal AzizeWhere stories live. Discover now