1
Cuaca pagi itu sungguh baik. Dengan awan putih memenuhi ruang angkasa, berarak perlahan melindungi cahaya matahari. Suhu di kota London masih tidak terlalu rendah, walaupun 11 degree celcius itu cukup mendinginkan.
Hari ini merupakan hari yang sangat dinanti-nantikan oleh Jo. Sudah 8 tahun dia berada di kota London, dia teringin sekali pulang semula ke tanah airnya sendiri, Malaysia. Malaysia sebuah negara majmuk, berbilang kaum dan bangsa. Mempunyai peradaban tersendiri dengan pelbagai adat istiadat unik dan indah. Bersesuaianlah dengan cogan kata 'Truly Asia' yang selalu meniti di bibir pak-pak menteri di kabinet sana. Sebuah negara yang cukup menggambarkan keharmonian dan kesejahteraan - dengan krisis politik dalaman ditolak tepi.
Senyuman di bibir masih belum lekang. Senyuman itu sudah meleret sejak dia bangun tidur. Di sebelahnya, seorang gadis berambut ikal berona coklat keperangan merenungnya sedari tadi. Gadis itu bernama Hana. Seorang gadis pan-asian yang merupakan kekasih Jo. Dia gemar benar melihat keriangan yang terlakar di wajah Jo itu. Sudah lama dia tidak melihat Jo seriang ini, walaupun hakikatnya lelaki itu seorang yang berperwatakan happy go lucky. Jo berpaling wajah ke arah Hana. Tangan gadis itu diraih, lalu digenggam kemas. Usapan ibu jarinya pada telapak belakang tangan gadis itu mendamaikan.
"Hana, do you feel the same? Feeling extremely excited, hm?" kata Jo dengan senyuman makin melebar. Usapan di tangan gadis itu masih belum dilepaskan. Jo memang suka bermanja tidak kira masa dan tempat. Padanya, itu suatu perkara yang menenangkan dan membuatkan dia rasa lebih dekat dengan orang yang disayanginya.
"Ofkos. Dah lama kita tak balik Jo, takkan tak eksaited. Ni kalau boleh, I nak pejam mata, buka mata je dah sampai KLIA," balas Hana terangguk-angguk. Mana mungkin kembali ke tempat di mana dia membesar, mengenal dunia dan mengenali Jo tidak dirinduinya. Bahkan perasaan ingin pulang ke tanah air itu sudah dirasai sejak dia di tahun dua lagi, namun hajatnya tidak kesampaian saat itu.
Ditariknya tangan Hana ke dadanya. Dia membuka genggaman gadis itu, lalu diletakkan di dada kirinya. Degupan jantung yang berdetak itu menggambarkan betapa dia sudah tidak sabar lagi mahu pulang. Hana tersenyum lagi. Mereka bakal mengharungi perjalanan selama 13 jam merentasi benua. 13 jam, bukan apa-apa bagi mereka.
***
Keadaan di Syarikat Senibesi sedikit kelam kabut. Para pekerja ke hulu ke hilir dengan fail dan timbunan kertas di tangan. Katanya, pagi itu ada delegasi daripada Jepun ingin datang. Ada mesyuarat dan sembang projek juta-juta. Derapan kaki setiap manusia di dalam bangunan kedengaran jelas sekali. Hilai tawa mereka yang bersembang kosong juga turut menghiasi suasana pagi di dalam syarikat besi terkemuka negara. Syarikat Senibesi pernah ditawarkan untuk menjadi salah satu kompeni di bawah pemerintahan pihak kerajaan dengan dana dan sebarang urusan dijamin pihak itu seratus peratus. Namun tawaran itu ditolak secara baik oleh pengarah syarikat, Tan Sri Ghafar, seorang lelaki berusia lewat 50-an.
Di dalam bilik Tan Sri Ghafar, Khidir terhendap-hendap. Sesekali kepalanya dijulur, mengintai ke luar pintu bilik yang ternganga sedikit. Riak cemas jelas terlakar di wajahnya. Dia mengangkat fail-fail yang bertimbun. Satu-persatu fail itu diselak, mencari dokumen yang diperlukan. Tan Sri Ghafar masuk ke biliknya. Khidir yang sedang menyelak dokumen di atas meja segera menutup fail tersebut lalu berlagak biasa. Tan Sri Ghafar yang melihat gelagat pemuda itu tidak mengendahkannya, kerana dia tahu pemuda itu memang sifatnya begitu, seorang yang gelabah dan bodoh alang.
"Khidir, pukul berapa saya nak kena siap?" tanya Tan Sri Ghafar dengan nada serius.
"Hm, 5 minit lagi tuan," balas Khidir sambal matanya mengerling ke arah jam tangan. Jam menunjukkan pukul 2.48 petang. Dalam beberapa minit lagi, delegasi penting daripada Jepun itu akan tiba. Untung-untung, mereka akan menerima kontrak yang bernilai jutaan ringgit tersebut. Segala fail dan dokumen dibawa mereka ke bilik mesyuarat yang terletak di hujung sayap kanan bangunan.
YOU ARE READING
ROS - sebuah novel Naufal Azize
Misterio / SuspensoHari demi hari, ejen khas, Zariqa sibuk ke sana sini menyiasat kes pembunuhan bersiri. Makin hari, mangsa di kalangan gologan korporat kian bertambah. Kini giliran Jo pula - dia yang baru pulang daripada kota London dikejutkan dengan kematian seluru...