19
Sejak mendapat tahu bahawa Dato Muqriz telah sedarkan diri, Zariqa menunggu sehingga tengah hari baru dia mengajak Alex untuk menemui lelaki separuh abad itu. Zariqa dan Alex memasuki ruang hospital dan menuju ke wad yang didiami oleh Dato Muqriz. Mereka diiring oleh seorang nurse yang bertugas menjaga kebajikan Dato Muqriz. Lelaki itu orang kenamaan, kebajikannya juga semestinya lebih tinggi daripada orang kebiasaan. Sebaik saja melangkah masuk, Dato Muqriz yang sedang duduk bersandar pada katil sakit sambil membaca surat khabar, menoleh ke arah mereka seraya tersenyum.
"Yes?" tanya Dato Muqriz.
Zariqa menghulurkan salam, kemudian Alex pula menghulurkan salam selepas salam Zariqa bersambut.
"Saya Inspektor Zariqa. Kami datang ingin membuat soal siasat mengenai kejadian yang menimpa Dato tempoh hari."
Riak wajah lelaki itu sedikit berubah. Anak matanya bergerak gerak memandang ke arah lain. Wajah pucat itu sedikit kemerahan. Lalu dia menggeleng gelengkan kepalanya beberapa kali.
"Harap Dato boleh beri kerjasama. Kami cuba bantu Dato."
Sekali lagi Dato Muqriz menggelengkan kepalanya. Ada keluhan terluah daripada lelaki itu.
"Dia... berselubung kepala."
"Boleh Dato ceritakan?" tanya Alex. Layla memandang Alex sebentar sebelum mengangguk.
"Malam sebelum tu, saya balik meeting, lewat. Then, ada sorang lelaki berselubung kepala dan berpakaian serba hitam, tunggu depan rumah saya. Bodyguard yang jaga rumah masa tu, sorang pon saya tak nampak. Tak lama lepas tu, lelaki tu datang dan pukul saya dengan kayu dan saya pengsan."
Zariqa dan Alex terangguk angguk.
"Kami jumpa Dato dalam gudang. Dato tau macam mana Dato boleh ke sana?"
Giliran Dato Muqriz pula mengangguk.
"Saya tak tau berapa lama kemudian saya sedarkan diri. Masa mula mula, mata saya silau. Ada cahaya matahari yang masuk ikut tingkap tepat ke mata saya. Dan saya sedar, saya berada dalam gudang yang ditinggalkan. Lelaki misteri tu ada dekat hujung gudang. Dia dekati saya dan ikat mata saya. Dia ada bisik dekat saya, cuma butir bicara dia kurang jelas."
"Apa dia bisik Dato?" tanya Layla.
"Bunga ros. Tak lama kemudian, saya dengar bunyi rantai besi. Saya dibelasah dan lepas tu saya tak ingat apa apa. Sedar sedar saya dekat sini. Lelaki misteri tu, menakutkan. Siapa dia?"
"Kami masih dalam siasatan Dato, maafkan saya. Buat masa ni, kami belum mendapat sebarang maklumat."
Dato Muqriz menunduk. Keluhannya kedengaran begitu berat. Lebam dan luka di mukanya sudah berkurangan walaupun ia masih jelas tampak di mata kasar.
"Nanti dah setel, khabarkan pada saya. Saya perlu ajar lelaki tu cukup cukup." Tegas Dato Muqriz.
Tiba tiba, pintu bilik sakit itu diketuk. Di muka pintu, masuk seorang lelaki hampir sebaya dengan Dato Muqriz beserta dua orang lelaki yang dikenalpasti sebagai bodyguard lelaki itu. Tersenyum. Di tiga jari lelaki itu berkilat cincin emas bertakhtakan berlian berona merah, biru dan putih berkilat.
Dato Muqriz yang seraya tadi tunduk, kini mendongak. Bibir lelaki itu mengorak senyuman.
"Hai orang sakit!" sapa lelaki yang baru masuk tadi.
Zariqa dan Alex merasakan bahawa sudah cukup untuk sesi soal siasat hari ini meminta izin sebelum berlalu pergi.
"Hai Dato!" balas Dato Muqriz.
"So, how are you? Ni apa ni lebam lebam, siapa buat? Biar aku balas bagi pihak kau." Jawab Dato Anas sambil ketawa berdekah dekah.
"Tak tau. Stranger. Tapi dia menakutkan."
"You Dato Muqriz ke? Setahu I, Dato Muqriz tak pernah takut dengan sesiapa." Balas Dato Anas sinis.
Dato Muqriz tersengih. Faham benar dengan Dato Anas yang gemar bergurau kasar.
"No. This time, it's really freaking me out. Dia macam nak bunuh aku." Jawab Dato Muqriz tegas.
Ketawa Dato Anas reda sedikit. Dia menepuk nepuk bahu sahabat bisnesnya itu.
"Takpe Riz. Aku ada, kau jangan risau. Kita boleh setel budak tu." Kata Dato Anas dengan yakin.
Sedang mereka berbual, masuk seorang nurse mengganti teko air yang sudah kurang airnya. Gadis itu tersenyum kepada mereka berdua sebagai tanda menghormati tetamu.
"Siapa ni Riz?" tanya Dato Anas merujuk gadis yg sedang menggantikan air itu.
"Nurse yang jaga aku sekarang."
"Oh. Tetek besar, bontot sedap." Kata Dato Anas sambil ketawa.
Muka gadis itu bertukar merah, malu dikatakan sedemikian. Dia cepat cepat keluar meninggalkan bilik wad itu.
20
Faliq sudah tiba di pekarangan rumahnya. Keretanya diparkir sedikit terkeluar daripada garaj, tidak seperti hari-hari lain. Kebiasaannya, dia akan memarkir keretanya betul betul di dalam garaj dengan cukup teliti dan kemas sekali. Hari ini dia sedikit letih. Oleh hal demikian, hal seperti memarkir kereta tidak diendahkannya. Sebaik melangkah masuk, dia menyalakan kesemua lampu di tingkat bawah rumahnya. Kemudian dia bergerak ke dapur, membuka peti sejuk lalu mengeluarkan sekotak air soya Yeos. Dituangnya ke dalam gelas yang baru diambil daripada para-para. Dia minum dengan cukup nikmat sekali. Air soya mengalir laju melalui kerongkongnya. Dituangnya lagi setelah air di dalam gelas itu habis. Gelas diletakkan di tepi singki. Pili air diputar sekejap lalu meraup muka dengan air yang ditakung di telapak tangan. Segar.
Faliq bergerak ke tingkat atas. Anak tangga didakinya dengan malas. Hentakan kaki kedengaran berat sekali. Sebaik tiba di bilik tidurnya, dibuka pintu balkoni dengan luas dan dibiarkan ternganga. Dia kemudian menghenyakkan tubuh di atas katil bertilam empuk. Malam itu angin bertiup sepoi sepoi bahasa, begitu menyamankan. Dia meniarap sambil matanya dipejamkan, cuba untuk berehat. Namun, kepalanya tiba tiba berasa sakit. Ubun ubun terasa seakan menekan dan keluhannya kedengaran, berat. Bayangan Dato Anas yang datang mengugutnya berlegar di ingatan. Kepalanya semakin berserabut.
'Aku nak maklumat yang kau dapat daripada Zainal.' Kata kata ugutan Dato Anas diimbaunya semula.
"Maklumat daripada Zainal. kenapa aku? Maklumat apa?" Faliq bermonolog.
"Zainal petik nama aku ke sebelum dia mati. Zainal Zainal, aduhai" suara Faliq keras walaupun sekadar berbisik. Dia semakin tidak tentu arah. Memikirkan sesuatu yang tidak jelas asal usulnya ibarat mencari sesuatu benda hitam di dalam gelap. Kabur dan clueless.
Malam itu yang disangkanya dapat digunakan untuk berehat langsung tidak kesampaian. Dia menggaru garu kepalanya sendiri, habis berserabut rambutnya yang sedia tidak terurus. Entah bila, akhirnya dia terlelap sendiri.
YOU ARE READING
ROS - sebuah novel Naufal Azize
Mystery / ThrillerHari demi hari, ejen khas, Zariqa sibuk ke sana sini menyiasat kes pembunuhan bersiri. Makin hari, mangsa di kalangan gologan korporat kian bertambah. Kini giliran Jo pula - dia yang baru pulang daripada kota London dikejutkan dengan kematian seluru...