27
Faliq bersua muka dengan Khidir. Mereka bertemu di sebuah restoran yang terkenal dengan burger berwarna hitam di bandar Kuala Lumpur. Malam itu, bandar Kuala Lumpur dilimpahi dengan pelbagai jenis manusia. Masing-masing menimati malam minggu. Malam seperti itu hanya datang sekali saja dalam seminggu. Jika hari kebiasaan, kota metropolitan itu menyaksikan warga-warga kota mengejar masa demi kerja yang bertimbun-timbun.
Dua orang lelaki muda itu duduk di meja bahagian dalam restoran. Khidir yang mencadangkan duduk di bahagian dalam, Faliq ikutkan saja. Faliq dan Khidir, masing-masing bekerja di bawah naungan Tan Sri Ghafar. Yang membezakan mereka bekerja di bahagian lain. Khidir sebagai pembantu peribadi Tan Sri Ghafar manakala Faliq bekerja di bahagian kewangan syarikat.
"Kau kena tolong aku Faliq."
Faliq mengangkatkan keningnya. Mulutnya masih diam tidak berkata.
"Ada orang nak bunuh aku."
Faliq masih membisu. Dia cuma menggerakkan bahu dan pergelangan tangannya sedikit sebagai isyarat, 'then?'
"Aku nak kau selesaikan dia," pinta Khidir sebelum menyambung. "Aku bayar berapa saja."
Faliq ukir senyum. Ada job baru.
***
Zariqa mendapat panggilan telefon yang membuatkannya cukup tidak puas hati. Dato Muqriz yang ditahannya atas sebab pecah amanah dilepaskan. Kononnya, mereka menangkap menteri itu tanpa waran tangkap dan tanpa siasatan yang selanjutnya. Jadi, Dato Muqriz dilepaskan sementara pihak polis membuat siasatan sepenuhnya. Jika didapati bersalah, barulah lelaki separuh abad itu ditahan sebetul-betulnya.
Zariqa merengus sambil mengeluh. Dia tahu, di jabatannya bekerja, terdapat ramai ejen yang corrupt. Rasuah yang berleluasa memain peranan paling utama dalam mengkucar-kacirkan amanah yang diberi negara. Cukup menyedihkan. Dalam diam dia berazam, menteri yang bersalah itu akan disumbatkannya jua ke dalam penjara dan menerima hukuman yang setimpal.
Zariqa masih berfikir siapakah gerangan yang menghantar bukti sedemikian berat kepadanya tanpa menampilkan diri bagi membantu siasatan. Jika si pemberi maklumat ada bersama, bukti itu akan jadi sangat kukuh untuk mendakwa pak menteri tersebut.
Dia menghirup jus oren yang dibawanya sedari tadi. Ais di dalam gelas kaca itu sudah cair. Hanya beberapa ketul saja batu jernih yang terapung. Dia duduk menghadap langit malam. Angin malam itu bertiup sepoi-sepoi bahasa. Cukup mendamaikan bagi mengubati hatinya yang tidak tentu arah.
Daripada muka pintu balkoni, Layla mendekat. Dia membawa segelas air berisi jus oren juga lalu melabuhkan punggung. Diletakkannya gelas di atas meja di antara kerusi mereka berdua. Zariqa dan Layla saling tersenyum sesama sendiri.
"Jauhnya menung, kak," Layla berbasa basi.
Zariqa menoleh ke arah adiknya dengan senyuman.
"Kerja dik. Macam-macam hal," jawab Zariqa pendek.
"Oh, ingatkan teringat boyfriend," seloroh Layla ketawa kecil.
"Mana ada."
"Takkan takde, Alex?"
"Tunang orang lah, takkan nak sailang."
"Kesian."
Zariqa jeling sebelum ukir senyum.
"Kesiankan? Yang awak tu, boyfriend mana?"
Layla ketawa.
"Dia dah ada girlfriend. Oh ya kak, there's a guy, this guy.."
YOU ARE READING
ROS - sebuah novel Naufal Azize
Misterio / SuspensoHari demi hari, ejen khas, Zariqa sibuk ke sana sini menyiasat kes pembunuhan bersiri. Makin hari, mangsa di kalangan gologan korporat kian bertambah. Kini giliran Jo pula - dia yang baru pulang daripada kota London dikejutkan dengan kematian seluru...