Part 13

826 61 12
                                    

"BYUN BAEKHYUUNN!!! Bangguunnn!!!" Jerit HyoEun kepada BaekHyun yang sedang tidur dengan nyenyak di sofa berdekatan katil iu.

BaekHyun berdecit kecil, dia menarik selimut nya sehingga menutup seluruh badannya dan menyambung tidurnya kembali seperti biasa dan tidak menghiraukan HyoEun.

"Byun Baekhyuunn!! Bangunn!! Yah tua buaya! Kau buat drama tidur ke kat sini?!" HyoEun masih lagi mengejutkan BaekHyun yang lagi dibuai mimpi.

"Apa kau nak? Baru pukul 4 pagi....pergi main jauh-jauh" jawap BaekHyun dengan suara yang garau. Dia menyelak sedikit selimutnya dan memandang ke arah HyoEun dengan mata yang masih sembab itu.

"Amboi kau orang tua buaya.., baru pukul 4 pagi? Kepala hotak kau. Bangun! Dan pukul 7:40 dah ni!!" HyoEun membalas. Dia menyelak selimut BaekHyun dan melemparkannya ke tepi.

"Tipu..." BaekHyun masih tidak percaya dengan kata-2 HyoEun. BaekHyun masih lagi menutup matanya.

"Terserah kau lah. Kalau nak kene push up 100x dengan Sir Jongkook kat padang. Aku tak kisah, bukan aku yang kene buat. Ta da, aku pergi dulu okeyy? Goodluck"  kata Hyoeun lalu terus meragut beg sekolahnya di atas katil dan berlari keluar dari bilik meninggalkan BaekHyun yang masih tidur. Sebelum dia pergi, sempat lagi dia menjelir kepada BaekHyun di sebalik pintu lalu dia menutup pintu dan terus turun ke bawah dan bertolak ke sekolah dengan kereta kepunyaan BaekHyun.

*BAEKHYUN POV*

Aku membuka sedikit mata ku dan melihat ke arah jam dinding yang agak jauh itu. Aku mengaru-garu mata ku yang kabur ini kerana masih mengantuk. Aku melihat kembali jam dinding itu dan jarumnya menunjuk pada pukul.... 8. Oh baru pukul 8. WAIT!? Wait!?? Pukul lapann!?? Oh shitt!!...

BYUN HYOOEEEUUNNN!!!!!

Aku terus melompat dari sofa dan berlalu ke bilik air. Aku membasuh muka ku dan memberus gigi. Aku terus keluar dari bilik air. Mandi? Ini bukan masa yang tepat untuk aku nak mandi. Setakat basuh muka dengan berus gigi pun dah okey lagipun aku tetapi akan jadi cool-handsome-smart boy dalam sekolah.

Setelah memakai baju apa semua, aku terus menuju ke arah kereta. Aku mencari kereta ku. Mana kereta aku? Kenapa kereta aku tak ada di tempat parking??

"Mr.Lee ! Mana kereta saya?" Tanya ku pada driver appa.

"Tadi rasanya saya ada nampak Puan Muda pandu kereta Tuan Muda ke sekolah" jawap mr.lee dengan tenang

"HyoEun!? Dia ni... Haisshh!!! Mr.Lee, cepat ambik kunci kereta eomma dan bawa saya ke sekolah. Pallie! Saya dah terlampau lewat ni!" Panik aku. Aku asyik melihat ke arah jam tangan ku. Sudah pukul 8:10. Aku tak nak push up 100x!

Setelah Mr.Lee mendapatkan kunci kereta eomma. Mr.Lee terus memandu ke sekolah.

HYYOOEEUUNNN!!!
________

*HYOEUN POV*

Aku juga berlari menuju ke kelas kerana aku juga bangun lambat, aku pergi ke locker untuk mengambil buku mata pelajaran kedua. Mujur aku terlepas dari Sir jongkook kat depan pagar tadi. Kalau tak, kene lari 50 pusingan lah dekat padang nanti.

Teringat pula pasal semalam selepas eomma masuk dalam bilik dan tengok aku dan BaekHyun tengah gaduh berdua. At first, aku ingatkan eomma nak marah aku tetapi sebaliknya, eomma marah pada baekhyun. Eomma menarik telinga BaekHyun sekuat mungkin dan menyuruh BaekHyun tidur di sofa. Mungkin kerana BaekHyun memakai make up kot dimuka sebab itulah eomma hanya marah pada BaekHyun. Yela, siapa tak marah tengok anak jantan 'kesayangan' pakai make up. Tak ke rasa pondan ke maknya?

"HYOEUUUNNN!!!"

Aku mendengar sesorang menjerit namaku dari jauh. suara macam kenal? Hmm.. Siapa lagi, suami yang tua buaya tu lah. Kesian dia, nampak macam berpeluh sakan je. Mesti kene push up 100x kat padang tadi.

BAEKHYUN, SUAMIKU SEPARUH MASAWhere stories live. Discover now