Jeritan Hati

583 13 0
                                        


Kata-kata indah
Mewakili kerinduan di hati,
Kata-kata sebuah kenangan
Aku dan dia.

Aku tak mampu untuk meluahkan
Segala kenangan yang ada,
Aku yang hanyut dalam dunia kebahagiaan aku sendiri,
Lupa akan kepahitan yang lalu,
Walaupun luka itu sentiasa ada
Menemani.

Aku, dia, dan mereka,
Cuma satu yang diimpikan bersama,
Ingin mengecapi rasa sayang dan disayangi
Berputik dari lubuk hati yang paling dalam,
Jiwa yang dulunya sepi diliputi awan gelap tanpa sinar yang bercahaya.

Aku sanggup menipu diri sendiri
Untuk kebahagiaan orang lain,
Bodohnya aku.

Apa yang berlaku tidak dapat dikawal lagi,
Keretakan pada cermin semakin besar,
Ia melukakan hati aku sendiri.

Aku sedar segalanya,
Tidurku yang dibuai mimpi yang mati,
Belum tentu menjadi kenyataan.

Kini aku dapat melihat lebih jauh
Daripada refleksi cermin aku sendiri,
Ia adalah satu ilusi cinta
Yang tidak akan pernah kekal.
Jika ia berakhir dengan kesedihan,
pandanglah aku buat kali terakhir
Kerana aku tidak akan bersama kamu lagi,
Mengecapi hari-hari yang bahagia bersamamu.

Lagi.

Puisi Jiwa Sesat [COMPLETE]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang