Hai, nama author Amiera..Mood nak buat citer cuma ade waktu malam je sbb idea byk kluar tapi kekadang x jugak..haihh mcm line maxis je..btw happy reading ∩__∩
~~~~~~~~~~
Pukul 4 pagi,Miyra masih tidak tidur lagi.Kemudian,dia membuat keputusan untuk membersihkan diri.Selepas itu,dia menyiapkan kembali assignment yang diberi oleh Prof. Zara.Pukul 5.56 pagi azan subuh menyeru umat Islam di sekitar Shah Alam untuk menyembah kepada yang Maha Esa.Waktu itu jugalah Miyra terbangun dari tidurnya ketika sedang menyiapkan assignment itu."Ya Allah,macam mana aku boleh tertidur ini.Nasib baik assignment dah siap"Miyra meregangkan badannya dan bersiap-siap untuk solat subuh dan seterusnya membaca beberapa helaian muka surat al-quran pula.Walaupun matahari sudah memunculkan diri,mata Miyra tetap kuyu.Akibat malas hendak keluar rumah untuk membeli barang,sarapannya cuma dua keping roti,telur goreng,sos dan secawan teh panas serta sebiji oren.Selesai sarapan,Miyra mencapai telefon bimbitnya.Mata kuyu Miyra menjadi bulat serta besar hampir seperti mata Do Kyungsoo.19 missed calls hanya dari Hafizz dan 2 lagi dari rakannya,Raisyah.Miyra menekan skrin telefonnya yang tertera call back~Hafizz.
Miyra~Assalamualaikum,kenapa call?
Hafizz~Hah..waalaikumussalam warahmatullah.Jawab pun akhirnya.Nak tanya,kuliah bila?
Miyra~Hurmm..tengah hari.
Hafizz~Oh...kau free tak pagi ini?
Miyra~Hurmm..haah..free..kenapa?
Hafizz~Okey...ya ke ini?Suara macam ngantuk..saja.
Miyra~Ngantuk sedikit.Cakaplah pukul berapa?
Hafizz~Pukul 9.30 pagi dekat Cafe Coffee.Nanti aku jemput.
Miyra~Yeayy..ada peluang untuk sambung tidur.
Hafizz~Hah..jangan sampai masa aku jemput,kau tak buka pintu rumah pula.
Miyra~Yelah..yelah..kau tengok saja lah nanti.Kalau aku tak buka,kau pergilah seorang-seorang.
Hafizz~Amboi...kasar bahasa.Dah,dah pergilah sambung tidur kau itu.Nak bergayut pula.
Miyra~Hehe.Ok.Assalamualaikum.
Hafizz~Waalaikumsalam.Mimpi aku tau and don't silent phone susah nak call nanti.
Miyra~Yelah.Hihi.
*end call*
Miyra set alarm pada pukul 9.20.Kemudian,dia mengemas rumahnya sekejap.Selepas itu,Miyra mengambil tuala kecilnya dan menutup mukanya dan terus terlena di couch merah miliknya.
....................
*knock knock*
"Assalamualaikum..."Hafizz memberi salam sambil melihat jam yang tertera di skrin telefonnya sudah pukul 9.35 pagi.Sudah 10 minit dia tunggu sengaja dia ingin jemput Miyra awal sedikit.Puas juga dia menelefon Miyra.Tiba-tiba Hafizz teringat sesuatu,dia mengambil kunci rumah yang disorok di dalam sepasang kasut lama di dalam rak.Segera dia membuka pintu kondo Miyra tanpa amaran.Setelah itu,dia meletakkan kembali kunci itu ke tempat asalnya dan terus meluru ke ruang tamu "Miyra...bangun.Aku dah datang ini.Kau nak aku balik ke?" Hafizz menggerakkan bahu Miyra pula namun tiada tindak balas "Haissyy..tidur mati budak ini" Hafizz bersuara perlahan.
Hafizz membuat keputusan untuk lepak di kondo itu sehingga Miyra bangun.Dia buat keadaan kondo itu seperti dia yang punya.Hafizz menyalakan sebatang rokok sambil menonton rancangan di televisyen.
....................
Miyra bangun tepat pada pukul 10 pagi.Dia bergegas ke tandas untuk membersihkan muka,bimbang lewat ke kuliah.Semasa di pintu tandas yang jenis slide,kebetulan Hafizz baru sahaja masuk dan ingin menutup pintu manakala Miyra pula hendak membukanya.Tiba-tiba Miyra menjerit"Aaaaah!" apabila jarinya tersepit di pintu.Hafizz terus membuka kembali pintu itu "Alamak,sorry,sorry" Hafizz gelabah dan mencapai jari Miyra serta meniupnya."Bukan jari yang itulah,jari yang ini" Miyra memberitahu kesalahan Hafizz "Eh,sekejap.Hoi!Sejak bila kau ada dekat rumah aku ini?" Miyra yang terkejut dengan kehadiran Hafizz,cepat-cepat menjadikan tuala sebagai tudung."Yelah,aku ketuk pintu tiada orang buka,aku masuklah.Lagipun,aku cakap pukul 9.30 bukan pukul 10" Miyra tersengih "Aku lupalah.Ala,sudahlah kau pergilah tunggu dekat luar nanti Raisyah datang terkejut gorilla dia tengok kau ada".
"Assalamualaikum..Miyra aku ada bawa balik hadiah untuk kau dari JB".Kedengaran suara Raisyah yang sudah masuk ke dalam rumah.Masin betul mulut Miyra,apa yang terjadi memang terjadi "Emiyra!Kenapa kau bawa masuk lelaki dalam rumah?Korang buat apa ini?Astaghfirullahalazim,aku nak keluar balik".Yelah apa tidaknya apabila Raisyah melihat mereka berdua saja di depan pintu tandas."Apa hal masin sangat mulut kau ini hah?" Hafizz berbisik.Selepas itu,mereka berdua berlari anak ke arah Raisyah yang sudah berada di luar kondo "Stop dulu Raisyah,kitorang tak buat apa-apa pun.Apa kata kau duduk dalam dulu mesti kau penat kan drive dari JB sampai sini"Raisyah hanya tersenyum kelat dan akur dengan kata-kata Miyra.
Hafizz hanya menyeluk poket seluarnya dan memuncungkan bibir saja.Tiada riak bersalah langsung di wajahnya.Miyra geram dengan aksi tidak bersalah Hafizz "Aku nak kau explain dekat dia sementara aku pergi bancuh kopi".Hafizz mengangguk malas dan memasuki kondo itu semula.
"Assalamualaikum,Raisyah kan?" Hafizz bertanya soalan lembab dan Raisyah membalasnya dengan jelingan tajam "Waalaikumsalam,iyalah"kasar sahaja suaranya.Hafizz memulakan penjelasannya kepada Raisyah "Okey...sebenarnya kitorang memang tak buat apa-apa.Mulanya,aku ajak Miyra pergi Cafe Coffee,aku cakaplah,aku jemput dia pukul 9.30 tapi masa aku jemput,dia tak buka pintu dah 10 minit aku tunggu.Aku teringatlah,masa itu aku ternampak dia sorok kunci.Jadi,aku bukalah pintu pakai kunci itu dan masuk untuk kejutkan dia.Kemudian,masa dekat pintu tandas,dia nak buka pintu aku pula tertutup jadi tersepitlah jari dia.Aku pun tiuplah jari dia.Dia pun terkejut dan marah aku suruh keluar sebelum kau datang.Selepas dia cakap,tiba-tiba kau datang" panjang lebar sinopsis yang Hafizz berikan.Raisyah pula setia mendengar "Okay,you be pardon" itu saja yang keluar daripada mulutnya selepas mendengar.
"Raisyah,nanti kuliah tengah hari kan?" soal Miyra dengan menatang dulang yang diletakkan tiga cangkir kopi di atasnya."Aik,kan cuti semester lagi ini,awalnya kau fikir pasal kuliah.Seminggu sebelum pula itu,ini mesti mamai lagi ini" Raisyah tersenyum sinis "Eh bukanlah.Aku cuma tanya kau awal-awal salah ke?" Miyra cover sambil menyiku Hafizz "Aku cuma nak kenakan saja"Hafizz gelak sedikit."Hah...baguslah dua-dua nak cover tapi macam mana korang boleh kenal ya?" soal Raisyah.Kedua-dua tersenyum dan memandang ke siling.
~~~~~~~~~~
Okay,sampai di sini je sbb author dah ngantuk gila² ni. Author akan update esok klu author ade masa lah hehehe. Good Night,yunk.Zzzzzzz....
YOU ARE READING
Penghijrahan Konflik
RomancePenghijrahan Konflik by: juzztice ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Kisah sahabat Hafizz,Miyra dan Raisyah. Kenapa Miyra menyuruh Hafizz menyayangi Raisyah?Rahsia siapa yang bakal terbongkar?Satu konflik yang menyebabkan semuanya berubah dalam sekelip mata.P...