In Memory (15+)

99 9 0
                                    

Langit pada waktu pagi sangat cerah,membiru dengan awan seperti gula-gula kapas dan disinari cahaya mentari.Suasana pagi itu cukup baik dengan burung-burung berkicau riang tetapi tidak seperti hati Hafizz yang mendung dengan kilat sabung-menyabung di dalamnya.

Dia melangkah longlai menuju ke keretanya untuk pergi bekerja.Terbit segala ekspresi di mukanya,solat Subuh tadi pun dia tidak dapat khusyuk.Sepanjang perjalanan,memori yang sama asyik berulang,memori yang tersangat pahit apabila orang yang dicintai menolak cintanya.Dia memasang earphone nya,mendengar lagu sentimental yang sesuai dengan jiwanya ketika itu.Deringan nada dering kedengaran,Hafizz menekan punat untuk menjawab panggilan itu sambil memfokuskan matanya di jalan raya.

Hafizz~Hmm...?

Jururawat~Assalamualaikum..ini Encik Hafizz ke?

Hafizz~Waalaikumsalam,ya saya..kenapa ya?

Jururawat~Encik Hafizz sibuk ke?

Hafizz~Saya di dalam perjalanan pergi kerja jadi..saya agak sibuk sekarang

Jururawat~Boleh Encik Hafizz datang ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah sekarang atas sebab yang tertentu

Hafizz~Saya tiada masa.Maaf

Jururawat~Encik-

Raisyah~Miyra kemalangan,Hafizz!

Pandangannya serta-merta kabur.Kepalanya berdenyut-denyut kepeningan.Tangannya memegang kejap stereng kereta supaya dapat mengawal pemanduannya.Dia memberhentikan pemanduannya di tepi jalan.

"Arghh!!" Hafizz menjerit sekuat-kuatnya dan stereng keretanya menjadi mangsa tumbukan bertubi-tubi Hafizz.

Hafizz~Aku datang sekarang..kau bagitahu aku tingkat dan nombor wad Miyra sekarang!

Raisyah~Erm..okey..

Hafizz memandu laju menuju ke arah Hospital Tengku Ampuan Rahimah setelah mendapat maklumat daripada Raisyah.Segala hon kereta daripada pemandu yang marah dengan perbuatannya tidak dihiraukan.Setiap sebuah kereta di hadapannya pasti dipotong laluan.

Setelah sampai di destinasi dan memarkir keretanya di parking lot Hafizz berlari menuju ke arah wad.Sepanjang perjalanan menuju ke arah wad,mindanya hanya memikirkan Miyra dan nombor bilik wad Miyra.Segala imbasan memori dia bersama dengan Miyra bermain di mindanya.

"Miyra...mana Miyra..?" Hafizz menolak pintu wad dan terus melangkah masuk."Err..maaf Encik ini siapa?" tegur salah seorang pelawat wanita lingkungan 30-an yang berada di situ.Seluruh keluarga pesakit wad itu memandangnya dengan muka pelik "Saya Hafizz..saya nak cari pesakit nama dia Miyra" jawab Hafizz dengan nafasnya yang masih mengah."Maafkan saya tapi saya rasa Encik salah bilik ini..mungkin dia berada di wad sebelah?" Hafizz memandang sekeliling bilik itu dan melihat plat nombor wad yang berada di atas headboard katil itu "Maaf..maaf..salah bilik.." Hafizz menundukkan kepalanya beberapa kali sebelum melangkah keluar dengan perasaan malu menebal di hati.

Dia melihat plat nombor wad yang berada di sebelah wad yang salah dilangkah tadi.Dia menghembus nafas lega dan kali ini dia melangkah dengan tenang sambil mengucapkan salam.Salamnya disambut oleh ibu bapa Miyra dan Hafizz yang turut melawat serta Raisyah dan Laila.

Hafizz melangkah berat menuju ke katil Miyra.Dia menatap wajah pucat Miyra yang tidak bermaya itu akibat kekurangan darah.Miyra membuka matanya perlahan-lahan dan hanya memerhati setiap sel hemoglobin yang memasuki saluran darah melalui tangannya.Ibu Miyra memberi isyarat kepada mereka yang lain untuk memberikan ruang kepada Hafizz dan Miyra,mereka mengangguk dan keluar dari wad itu.Kini hanya tinggal mereka berdua.

"Miyra..." Hafizz menegur namun diabaikan.Hafizz menarik nafas panjang sebelum menarik kerusi untuk duduk berhadapan dengan Miyra.Miyra memandangnya sekilas.Masih lagi terdapat ketakutan yang masih bersisa dari matanya,trauma,Hafizz membuat andaian.

Penghijrahan KonflikWhere stories live. Discover now