Ok,mianhae lambat update sbb...ade sbb trtentulah.Ok?Love you alls who is voted and comment,I really appreciate it.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~Laila yang menyaksikan kejadian tadi menuju ke arah Hafizz bersama Qalid "Hafizz,kitorang nak balik ke Malaysia malam esok,Hafizz nak ikut tak?"soal Qalid berhati-hati kerana takut Hafizz melenting memarahinya tetapi sangkaan Qalid meleset apabila setitis air mata jatuh dari hujung kelopak mata Hafizz,dia mengangguk.Di dalam fikirannya,dia menyesal dengan tindakannya sendiri kerana tidak berfikir panjang sebelum melakukannya.
....................Trisya menguak pintu perlahan-lahan,dia bernafas lega apabila melihat Miyra sedang duduk tenang di hadapan meja solek,dia sedang menyapu bedak ke mukanya,pasti Miyra baru selesai mandi,fikir Trisya."Assalamualaikum..Emiyra.."Miyra menoleh ke arah Trisya,tiada kedengaran yang dia menyambut salam Trisya tetapi mulutnya terkumat-kamit sedikit.Sebaik sahaja,Trisya di sisi Miyra,dia terus mencapai lengan Miyra dan mengusap perlahan "Trisya...imej aku rosak..maafkan aku Trisya..aa..aku hampir tikam Hafizz..kawan baik aku sendiri Trisya...apa jadi dengan aku ini Trisya..?Kenapa Allah uji aku macam ini,Trisya..?" air mata Miyra mengalir semula "Astaghfirullahalazim..Ya Allah..Miyra..kita tak boleh salahkan sesiapa.Memang setiap penghijrahan ada dugaannya.Allah uji kau..sebab Allah sayangkan kau..ada orang lagi hebat ujiannya berbanding kau.Jangan risau kitorang sentiasa dengan kau..sampai jannah.." Trisya mengelap air mata Miyra dengan penuh kasih dan memeluknya "Tinggal beberapa hari saja lagi..tak lama saja lagi.." Trisya mengerutkan keningnya,keliru dengan kata-kata Miyra 'Miyra...kenapa dengan Miyra..?' dibiarkan soalan itu berlegar di dalam kotak fikiran dan Trisya membiarkan rasa yang tidak enak di dalam hatinya,dakapannya dieratkan lagi sehingga Miyra kembali tenang semula.
....................Hari yang ditunggu-tunggu tiba.Hafizz menunggu Miyra di KLIA.Akhirnya,kesayangannya yang ditunggu tiba jua.Miyra mempercepatkan langkahnya apabila terlihat kelibat Hafizz yang mundar-mandir menunggunya.Alah malangnya,Hafizz ternampak Miyra yang cuba lari darinya,dia terus mengejar Miyra.Mana mungkin Miyra yang berpurdah itu dapat dikenali dengan mudah tetapi kuasa cinta yang Allah berikan,mata buta pun kita dapat kenal orang yang kita cinta sekian lama.
Hafizz semakin dekat dengannya.Akhirnya,Hafizz mendapatkan Miyra dan memeluknya dari belakang.Miyra terkejut dan terus menyiku abdomen Hafizz.Hafizz mengaduh kesakitan "Miyra...tunggu..aku nak cakap sesuatu...ini.." Hafizz berkata di dalam kesakitannya.Miyra berasa simpati tapi dalam masa yang sama dia berasa serba salah.Dia mendekatkan dirinya dengan Hafizz "Ermm..cakaplah cepat" Miyra menggesa.
Hafizz bangun dari duduknya akibat disiku oleh Miyra tadi."Miyra,aku nak minta maaf sebab sebelum kau pergi Jordan,aku marah kau..aku tak fikir betul-betul sebelum datang sana..aku tak nak kau jauh dari aku..Kau tahu kan yang aku sayang kau?Kau maafkan aku ya?" Miyra tersenyum kelat di sebalik purdah hitam itu "Hafizz,aku nak kau jaga Raisyah macam kau jaga aku okey?Sia-sia nanti kalau kau hidup dengan aku.Aku dah maafkan segala kesalahan kau dan maafkan aku juga ya.Aku dah nak kena pergi" Miyra mula melangkah kembali,air matanya bergenang.Sekali lagi langkahnya terhenti kerana Hafizz "Miyra,tunggu sekejap.Apa yang kau cuba cakapkan ini? Aku dah jumpa mak ayah kau.Diorang pun dah setuju.Aku nak kita hidup bahagia bersama-sama,tempuh segala dugaan,semuanya bersama-sama,percayalah aku dah berubah,aku mampu jaga kau dengan baik.Tolonglah..aku nak hidup bersama dengan kau.." setitis air matanya jatuh,Hafizz mengusap kepalanya "Hafizz...malulah orang tengok lagipun ini bukan drama nak nangis,nangis.Aku..pun sama..cinta" Miyra menekup mulutnya dengan tangan dan melangkah perlahan-lahan meninggalkan Hafizz yang masih berlutut di lantai dengan kedua-dua tangannya menutup mukanya.
Miyra segera menuju ke kereta,tempat Laila,Qalid dan Raisyah menunggu.Hafizz mengangkat kepalanya dan tersedar yang Miyra sudah meninggalkannya.Dia cuba berlari untuk mendapatkan Miyra tetapi dihalang oleh pengunjung yang terlalu ramai,dia berhenti di tengah-tengah pengunjung yang ramai itu.Dia menyerah.
...................."Okey,giliran Miyra sambung ayat 286 surah al-Baqarah" Raisyah menghentikan ayatnya apabila Qalid menyatakan giliran Miyra.Mereka bertadarus sementara kereta yang dipandu Qalid menuju ke destinasi."Miyra..Miyra.." Raisyah memanggil.Miyra tersedar dari lamunannya "Ayat apa tadi?" dia membetulkan suaranya yang serak akibat menangis perlahan tadi "Ayat 286 surah al-Baqarah" jawab Raisyah dengan lembut.Miyra menyambung ayat Raisyah yang tergantung tadi,air matanya masih mengalir.Laila dan Raisyah melihatnya dengan wajah yang risau.
Tiba-tiba sebuah bas ekpress meluncur laju menghentam kereta mereka.Masing-masing melaungkan nama Allah.Kereta Qalid berpusing dan melanggar tiang lampu.Serpihan kaca-kaca tingkap yang pecah mengenai muka dan badan mereka.Kepala Laila terhantuk kuat di dashboard kereta,Qalid sudah tidak sedar dan serpihan kaca yang besar telah menusuk ke dalam perut Miyra.Masing-masing bertarung dengan nyawa sebelum menutup mata kecuali Raisyah.Dia merangkak keluar dari kereta yang sudah remuk itu.Matanya berpinar-pinar memerhati segala apa yang berlaku.
Beberapa minit kemudian,ambulans,kereta polis dan beberapa orang dan wartawan mula membanjiri kawasan kemalangan itu.
Raisyah terjaga semula semasa dirinya dibawa masuk ke dalam ambulans.Matanya separuh terbuka tetapi dia masih boleh melihat dengan jelas keadaan yang berlaku.Mukanya berkerut menahan kesakitan akibat darah pekat yang masih keluar dari luka badannya.Tiba-tiba jantungnya berdegup pantas apabila melihat sekujur tubuh tidak bernyawa sedang ditutup oleh pihak polis.Raisyah mengalirkan air matanya dan terlena semula selepas kesakitannya menguasai setiap saraf tubuhnya.
YOU ARE READING
Penghijrahan Konflik
RomancePenghijrahan Konflik by: juzztice ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Kisah sahabat Hafizz,Miyra dan Raisyah. Kenapa Miyra menyuruh Hafizz menyayangi Raisyah?Rahsia siapa yang bakal terbongkar?Satu konflik yang menyebabkan semuanya berubah dalam sekelip mata.P...