This is another update. Enjoy ∩__∩
~~~~~~~~~~~flashback start~
5 tahun yang lalu...
"Apa hal dia buat macam itu?" tanya Miyra kepada Lee Leesya,rakan cina Miyra yang flawless dari kecil.Kini,umur mereka berdua sudah mencecah 14 tahun."Hafizz,sudahlah kesian budak itu" tegur Lee Leesya yang melihat Hafizz menconteng sesuatu di baju budak form 3 yang muda setahun daripada dia "Kau yang nak aku conteng,betul tak?" budak lelaki itu cuma mengangguk dan ditolak oleh Hafizz supaya dia berlalu pergi "Siapa yang kau bawa ini?Kawan kau ke?" Hafizz melihat Miyra dari atas ke bawah kemudian merenungnya,Miyra menundukkan mukanya."Haah,kawan aku,nama dia Miyra.Boleh tak dia nak tumpang sekali?Halo..dengar ke tidak?" Lee Leesya melambai-lambai tangannya di antara muka Hafizz dan Miyra."Okey" jawab Hafizz.
~~~
Kereta yang dipandu oleh abang sulung Hafizz iaitu Qalid berhenti di hadapan rumah Miyra."Terima kasih" tutur Miyra.Lee Leesya turut turun daripada kereta itu "Tak mengapalah,saya turun dekat rumah Miyra sebab saya nak study dengan dia" Qalid hanya tersenyum manis dan mengangguk."Kalau macam itu...abang cakap dekat mak,Hafizz balik sekejap lagi sebab...nak tolong diorang buat kerja sekolah" Hafizz terus turun daripada kereta abangnya "Entah apa-apalah,ada maknalah itu" Hafizz hanya tersengih mendengar kata-kata abang kesayangannya dan melihat kereta itu meluncur pergi dari rumah Miyra.Mereka berdua hanya memerhati Hafizz "Apa?Err..Miyra..tumpang tandas kau sekejap,nak..tukar baju" Miyra mengangguk perlahan."Lee,biar betul dia ini?" Miyra membuat muka kusut "Miyra...dia tak pernah macam ini sejak aku kenal dia..gelabah semacam.Hah..entah-entah dia syok dekat kau tak?" Miyra menyiku Lee Leesya yang mula ketawa.Dipendekkan cerita,masa study diorang sempat memperkenalkan diri masing-masing.Tiba-tiba dapat tahu dapat Universiti yang sama di UiTM Shah Alam.Masa terserempak itulah tukar-tukar nombor telefon.Muka tak banyak berubah itu yang dapat cam cuma Lee Leesya dapat sambung pelajaran di Mesir ambil course perubatan.Hafizz pula ambil course Seni Grafik dan Multimedia manakala Miyra pula ambil course seni persembahan.
~flashback end~
"Tiada yang sweet masa first meet itu,kitorang biasa-biasa saja" Miyra menjawab.Raisyah mengangguk sambil tersenyum melihat Hafizz."Miyra,aku masuk bilik dulu ya?Aku nak berehat" Raisyah meminta diri.Tinggal lah Hafizz dan Miyra di ruang tamu.Miyra mencapai alat kawalan jauh.Hafizz pula menyalakan sebatang lagi rokok apabila bosannya melanda.Miyra yang memang anti-rokok berdehem "No smoking.Kalau nak smoke dekat luar" Hafizz memandangnya serong "Nak halau cakaplah" Hafizz bangun dari tempatnya dan melangkah ke pintu untuk keluar.Miyra sempat menghalang "Eh,aku bukan halau kau keluar cuma aku tak suka orang merokok" Hafizz mengangguk dan tersenyum kemudian mengusap kepala dan pipi Miyra.Dia mendekatkan mukanya dengan muka Miyra,kebahangan mulai terasa," It's okay, but now I have work to do,sayang " Miyra menepis tangan Hafizz yang masih mengusap pipinya "Wo,relakslah Miyra" Hafizz terkejut dengan tindakan Miyra "Aku tak sukalah.Kau ingat aku perempuan yang macam mana hah!" Hafizz tersenyum sinis sempat lagi dia mencium pipi Miyra dan melarikan diri sambil tergelak."Damn you,Hafizz!" Miyra mula mencarut dan menghentak-hentak kakinya kemudian menyepak tong sampah kecil yang tidak bersalah itu.Dia menuju ke dapur,sehelai tisu digumpal dan dibasahkan dan ditonyoh tisu itu ke pipinya.
....................Selesai solat dhuha,Raisyah melihat telatah Hafizz dan Miyra di sebalik celahan pintu yang terbuka sedikit.Air matanya jatuh setitis "Aku yang kenal Hafizz dari darjah satu lagi tapi kenapa Miyra yang disayanginya?" Raisyah menulis sesuatu di diarinya apa yang dia rasa ketika itu.Setitis demi setitis jatuh ketika menulisnya.Cepat-cepat dia menutup diari dan mengelap air matanya apabila melihat Miyra menghampiri biliknya."Err..Miyra,aku nak keluar sekejap nanti aku balik" sekali lagi Miyra harus menghalang orang dari keluar rumah "Sekejapnya,tak sampai satu jam kau dah nak keluar balik?" Raisyah mengangguk sambil memakai niqabnya "Ala,sekejap saja sebelum malam aku baliklah nanti aku bawa baliklah apa-apa" Raisyah memujuk "Hurmm...tiada hadiah pun tak apa.Kau ini asyik nak bagi aku hadiah dekat aku saja rasa macam berhutang pula" Miyra tersenyum kelat kemudian bersalam serta melaga pipi dengan Raisyah."Haihh..mati mereputlah aku dekat dalam rumah ini" Miyra berjalan menuju ke tingkap biliknya tiba-tiba dia terlanggar meja serentak itu ada sesuatu yang jatuh,Miyra mengaduh dan mengusap-usap kakinya "Eh,buku comel siapa ini?Tidak pernah ku lihat sebelum ini" Miyra membuka helaian pertama:Nura Raisyah b.t Helmi.Miyra tersenyum 'Ini pasti diari milik Raisyah'.Setiap helaiannya dia baca.Semua cerita di dalam buku itu tidak pernah diceritakan kepada Miyra,bukan dia hendak menceroboh hak privasi Raisyah cuma hendak tahu rasa hati Raisyah yang kuat berahsia.Namun ada beberapa helaian muka surat yang menarik perhatiannya.
____________________________________
page.sheet.1 from 3
date:10.6.2015 (Tuesday)Deary,
It's about Miyra and Hafizz.They look so close.I was afraid if one day they will be soulmates until forever.Hafizz don't know me anymore either to remember me.I knew him at primary school.To me,I believe he have kind and love in his heart and not a bad boy but I was false.When Miyra came to my life it's been more difficult because Hafizz is Miyra's friend a.k.a maybe a boyfriend.Miyra have high social profile when I looked up her histories.
____________________________________
page.sheet.2 from 3
date:10.6.2015(Tuesday)She's not a bad girl.She's okay but she still to improve how to be a real good girl.That's why I bought her a present which a niqab,long dress,small tafsir al-quran and friendship bracellet made by me while I at Johor Bahru.You're almost perfect,Miyra.You're my best friend forever and ever until jannah but sorry I can't tell you my secret.I hope you can change for Allah.I also hope I can talk to her about this but I scared if she will upset after hear it.
____________________________________
page.sheet.3 from 3
date:10.6.2015(Tuesday)Just now,I saw something that hurt my heart,that forced my tears to drop like a rain.It's too much!!!(to me).Luckily,Miyra don't like to treated like that.I believe that high risk at future they will be like 'happy forever after' story.Mature age like me is not cry just about small thing.That's why I choose to have breathtaking and scenic at beach.Before night,I will home.
Love,
Sad Sax0fone Girl.
____________________________________Betulkah ini yang Raisyah gambarkan tentang dirinya?Miyra pantas membuka kotak hadiah itu.Terharu dia dibuatnya "Ya Allah jika Engkau sudah membuka hatiku untuk diberi hidayah,aku bersyukur.Ya Allah,Engkau yang Maha Pengampun lagi Ar-Rahim ampunkanlah segala dosa ku Ya Allah.Aku tekad untuk menjadikan bulan Ramadhan nanti sebagai tempoh untuk aku belajar berhijrah".
....................~~~~~~~~~~
Klu ade apa-apa nk tanya,comment,okay?Sorry,klu ade broken english sbb author minah melayu bukannya minah saleh hehe nnti author improve lagi,okay?
YOU ARE READING
Penghijrahan Konflik
RomancePenghijrahan Konflik by: juzztice ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Kisah sahabat Hafizz,Miyra dan Raisyah. Kenapa Miyra menyuruh Hafizz menyayangi Raisyah?Rahsia siapa yang bakal terbongkar?Satu konflik yang menyebabkan semuanya berubah dalam sekelip mata.P...