Miyra merenung ke luar tingkap kapal terbang itu.Dia memikirkan apa yang sudah terjadi beberapa hari yang lalu tentang pertemuannya dengan Hafizz di Cafe Coffee."Hafizz confessed?Huh,macam tak percaya saja" Miyra berbisik perlahan namun didengari oleh seseorang yang berada di sebelahnya.
~~~
Lee Leesya..dia tergelak sedikit apabila teringat nama itu.Ya,nama yang menjadi sebutan ramai dan yang menjadi kegilaan jejaka miang di sekolahnya dulu serta nama yang menarik sahabatnya terlibat sama.Dia mengeluh pula kemudian dia terdengar seseorang berkata perlahan mungkin lebih kepada berbisik "Hafizz conffesed?Huh,macam tak percaya saja" fikiran Laila serabut kenapa nama-nama yang pernah menghiasi zaman silamnya muncul kembali? Dia menutup buku 'The Choice' oleh Ahmed Deedat dengan foto lama yang dijadikan sebagai penanda buku.Dia merenung gambar di tangannya,dia bersama sahabatnya di Pulau Langkawi pada 4 tahun lalu "I miss you Miyra".
~~~
Miyra mengeluarkan album mini miliknya dan menyelak sedikit demi sedikit sehingga dia terhenti pada suatu gambar yang menjadi kegemarannya,dia tersenyum lebar melihat dia dengan Lee Leesya membuat gaya saranghaeyo manakala Hafizz di tengah-tengah antara mereka berdua,dua tangannya digayakan simbol peace."I miss you Lee Leesya".Serentak itu,Laila dan Miyra berpandangan.Setelah beberapa saat membuat eye contact mereka memandang gambar yang dipegang dan secara tiba-tiba menukarnya untuk meneliti betulkah gambar ini gambar mereka bertiga?Kenapa gadis bermata sepet ini mempunyai gambar mereka bertiga?Siapa gadis ini? Ligat otak Miyra memproses apa yang baru terjadi.Atau mungkinkah.."Lee Leesya?" Miyra menyoal,jantungnya berdegup pantas dan sangkaannya tepat apabila gadis berniqab itu mengangguk tanpa ragu-ragu.
"Allahu akbar!" kedua-dua mereka separuh menjerit seperti 10 tahun tidak berjumpa dan beberapa penumpang kapal terbang yang baru ingin melelapkan mata terkejut dan menyaksikan drama yang berlaku di depan mata mereka apabila Laila dan Miyra berpelukan dengan air mata mengalir di pipi mereka.Kuasa Allah,ditakdirkan kedua-dua sahabat itu berjumpa kembali.
"Miyra,kau kenal ke dengan Laila?" soal Fara iaitu rakan sekumpulan Miyra untuk ke Jordan."Lebih daripada kenal,Fara.Kenapa korang tak cakap yang dialah pelajar pertukaran dari Mesir itu yang akan ikut kita?" Miyra bertanya,nadanya masih teruja untuk mengetahui "Kitorang dah cakaplah tapi kau tak kisah sebab kau ingat dia budak arab kan?" Miyra tersengih dan sepanjang masa perjalanan langit biru ke Jordan dihabiskan dengan meluangkan masanya dengan Lee Leesya atau lebih dikenali sebagai Laila.
....................Sesampai saja mereka di bumi Jordan,mereka segera mencari tempat penginapan untuk disewa selama seminggu mereka di sana.
Selesai saja mengemas barang,mereka terlena dan bersedia untuk menjalankan operasi mereka pada keesokan hari.Hanya Laila dan Miyra saja yang belum tidur,mereka duduk di beranda rumah sewa itu untuk menikmati malam yang indah di Jordan "Jadi,sepanjang kita berborak tadi aku lupa nak tanya apa nama islam kau yang panjang?" Laila tersenyum "Namanya ialah...Lee Laila Rania.Sengaja ana cilok nama puteri Jordan hehe" Miyra mengangguk dan ketawa kecil "Anti nak tahu sesuatu tak?" Miyra mengangguk laju "Ana...sudah berkahwin..." Laila tersenyum malu.Miyra tersembur air teh nya sehingga terpercik sedikit ke arah Laila,nasib baik dia tidak memakai niqab ketika itu kalau tidak,pasti jenuh ingin membasuhnya "What?!Wow!Kenapa?Kena kahwin paksa ke apa?Dengan siapa?Handsome tak?Putih tak?" soal Miyra bertubi-tubi,Laila mengelap mukanya yang terkena percikan air teh tadi dengan hujung lengan bajunya "Maaf..mian..sorry.." Miyra mengambil sehelai tisu dan mengelap muka Laila "It's okay,it's okay.Ana berkahwin dengan Qalid abang si Hafizz itulah dan semestinya dia handsome plus putih sama dengan Hafizz.." Miyra mengangguk "Oh..abang Hafizz.Hurmm..Hafizz.." Laila memandang pelik terhadap Miyra "Kenapa dengan Hafizz?" Miyra menceritakan segalanya yang berlaku dari bab 1 sehinggalah bab 3.
"Okeylah rasanya waktu pun dah lewat,aku nak masuk dulu,jangan tidur lewat sangat nanti tak sempat solat subuh.Anyway,maafkan aku dari hujung rambut sampai hujung kaki sebab aku banyak buat salah dekat kau" Miyra bangun dan menyalami sahabatnya kemudian dia menunggu tindak balas Laila "Kau maafkan aku tak?" Miyra bertanya "Ya,ya ana maafkan.Hal kecil saja" Laila menghantar Miyra masuk ke dalam rumah dengan pandangannya "Aiyya,what's wrong with Miyra?Tiba-tiba saja mahu minta maaf seperti minta maaf di hari raya di malam ini.Dia demamkah atau ana yang demam?" Laila memegang dahinya kemudian dia menggeleng.
....................Hafizz melihat jam dinding yang tergantung elok di dinding,dia mula membayangkan dia sedang mencampak jam itu sehingga berkecai.Nasib,itu cuma imaginasinya jika tidak,pasti leceh ingin membeli yang baru.Sungguh,dia teramat marah dengan tindakan Miyra yang pergi ke Jordan kerana berfikir yang Miyra cuba lari darinya.
Qalid membuka pintu rumahnya "Hey,ini kenapa tak tidur lagi ini?" Hafizz mendengus "Isteri abang itu pelajar pertukaran yang ikut rombongan pergi Jordan kan?Kita pergi sana esok boleh tak?" Qalid mengerutkan dahinya "Nak buat apa dekat sana?" Hafizz mula tidak keruan apabila soalannya dibalas dengan soalan "Tolonglah abang,sekarang ini Hafizz nak dengar abang cakap 'boleh' atau 'tak boleh' saja" Qalid mengangguk sekali "Boleh" Hafizz mengangguk-angguk "Kalau dah macam itu,abang telefon isteri abang yang abang nak datang sana,jangan cakap Hafizz ikut sekali dan siapkan barang-barang nak pergi sana sekarang juga".Qalid menggelengkan kepalanya mengenangkan adiknya yang sesuka hati beri arahan kepadanya.Kedua-dua adik-beradik itu mempunyai rancangan sendiri untuk dilakukan esok pagi.
....................Urusan mereka untuk pagi itu akhirnya selesai."Flight kita malam ini.Insha allah kita akan sampai sana esok pagi" Qalid menerangkan.Hafizz hanya terduduk di bangku itu 'Lambatlah aku nak jumpa Miyra...haisyy..' bisik hatinya.
...................."Selepas ini,kita nak pergi mana?" Fara bertanya umum "Kita akan pergi...Jami'ah Urduniyyah translationnya ialah University of Jordan.Kita tengok sekitarnya macam mana,mana tahu nanti salah seorang daripada kita sambung belajar dekat sini" kata Maria yang menjadi ketua kumpulan itu.Hari ini adalah hari ketiga mereka menikmati pagi di Amman,Jordan.Mereka semua tersenyum dan bersarapan Za'tar,Falafel dan syai (teh) manakala Miyra memesan kopi kerana teringat kejadian 2 hari lepas."Kenapa kau pesan kopi,Miyra?" Trisya,rakannya bertanya "Sebab..." Laila mengangkat keningnya kepada Miyra.Miyra membuat muka cemberutnya "Sebab dia dah biasa minum kopi pagi-pagi.Sudah jadi tabiat" Miyra tersenyum puas dengan jawapan Laila,itu yang membuatkan dia sayang kepadanya lagipun jawapan yang diberi itu memang kenyataan.Selepas itu,Laila menceritakan perkara yang sebenar,terus Miyra mencubit lengan Laila beberapa kali.Mereka semua ketawa melihat telatah mereka berdua.
Dari jauh,dua lembaga mendekati mereka "Assalamualaikum,uhti-uhti semua..boleh saya jumpa dengan alia saya?"."Waalaikumsalam" mereka memandang ke arah lelaki tegap itu dan seorang lagi lelaki yang agak kurus di belakangnya.Laila senyum lebar dan mengikuti lelaki yang merupakan suaminya itu keluar daripada cafe,Miyra pula berdiri,mukanya yang masih merah disebabkan malu tadi bertambah merah tapi kali ini disebabkan geram."Kau buat apa dekat sini,Hafizz?" Hafizz terkaku,bagaimana Miyra boleh kenal dirinya padahal dia sudah memakai celak setebalnya untuk melindungi matanya yang agak sepet itu dan juga memakai mask untuk menutup mulutnya."Macam mana...oh..." baru dia tersedar mask itu sudah terjatuh ke lehernya kerana longgar "Haihh..whateverlah yang penting aku datang sini sebab aku rindu nak jumpa kau" Hafizz melangkah setapak ke arah Miyra.
Miyra mengambil pisau kecil di atas meja dan menghalakannya ke arah Hafizz "Setapak lagi kau melangkah,jangan harap kau fikir yang kau akan hidup lagi.Kau ingat aku tak kenal kau walau kau pakai celak setebal mana sekalipun.Walau kau pakai mask macam perompak sekalipun,aku akan tetap kenal kau,pabo.Damnlah tindakan kau Hafizz,datang sini semata-mata nak cari aku?" Maria,Trisya dan Fara segera menenangkan Miyra dengan menggosok belakangnya perlahan-lahan.Miyra rimas dengan kehadiran Hafizz kerana sudah puas dia menyuruh Hafizz menerima Raisyah tetapi Hafizz degil.Miyra meletakkan not JD50 di atas meja sebelum mengambil teksi menuju ke rumah sewa mereka semula.
~~~~~~~~~~~
Okk...sorry lambat update sbb byk hal kat skolah tu..and idea utk this part ni x byk keluar..so utk part kali ni mmg author keluarkan segala idea yang ade..part ni author x tulis kat dlm buku tu sbblah author xde idea..bila baca balik rasa mcm dah keluar tajuk pun ade hehe
YOU ARE READING
Penghijrahan Konflik
RomancePenghijrahan Konflik by: juzztice ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Kisah sahabat Hafizz,Miyra dan Raisyah. Kenapa Miyra menyuruh Hafizz menyayangi Raisyah?Rahsia siapa yang bakal terbongkar?Satu konflik yang menyebabkan semuanya berubah dalam sekelip mata.P...