My Love Me 1

100 4 0
                                    

" kakak! Cepatlah..." rungut Minami. Dia terpacak dihadapan pagar rumah menunggu Kuroba Minako, 17 tahun.

" kejap! Bye, mama." Minako mencium pipi mama dengan mesra sebelum melompat naik ke basikal Minami. Wajah masam si adik lansung tak diambil pusing.

" alalah~~ sorry okay..." Minako memujuk sambil menghulurkan lollipop ke pada Minami.

" sorry naik lori la!" Minami mengayuh turun bukit dengan berhati2 kerana agak curam.

" ala, lori tak ada untuk aku naik. Kalau tak, boleh sorry..." Minako berloyar buruk. Minami mendengus marah, tetapi akhirnya ketawa juga dengan lawak bodoh si kakak.

Sudah sebulan mereka berpindah ke sini daripada Saitama. Gara2 papa mengambil alih syarikat atuk, mereka berpindah sekolah juga. Pada mulanya, Minako menentang, tetapi melihatkan papa terpaksa berulang alik daripada Tokyo ke Saitama, mahu tak mahu dia mengalah juga.

" Minako!" jerit Hana apabila melihat kelibat Minako bersama adiknya.

" yo! Pagi..." Minako melompat turun dan Minami berlalu pergi kerana dia masih di sekolah menengah rendah.

" kau buli adik kau lagi ke?" tanya Hana.

" hey, hey! Kasar tu. Aku tumpang dialah sebab aku terlewat bangun. Apalah..." rungut Minako. Tapi, dia tak ambil hati pun dengan kata2 Hana.

" alalah...nak lollipop tak? Aku bagi free je..." Hana memujuk dengan makanan, memang jalanlah. Tersengih2 Minako menyambut, tetapi ada tangan yang mendahuluinya.

" ah! Hoi..." Minako bengang, siapa lagi kalau bukan Taiga!

" kau makan lollipop hari2, nanti rongak gigi, cik Minako!" Taiga membuka lollipop itu sebelum memakannya.

" cakap orang, kau pun sama saja, pakcik Taiga!" sengaja Minako mencari pasal.

" apa pakcik2! Aku muda lagi, okey!" melihatkan si Taiga ingin mengejarnya, cepat2 dia dan Hana melarikan diri. Riuh kawasan dengan suara mereka.

" ahahaha...harimau dah mengamuk!!" makin giat si Minako menyakat. Tetapi, dia bertembung dengan seseorang.

" oii, kau tak apa2 ke, makcik?" Taiga bertanya. Melihatkan si Minako terkial mahu bangun, dia bantu dengan menarik tangannya.

" ouch!" rintih Minako. Kakinya terkehel!

" kau apa hal, perempuan?" bentak Haru dengan geram. Habis basah bajunya apabila air tertumpah pada bajunya.

" sorrylah, Haru. Tak sengaja..." Minako buat muka kasihan.

" tak sengaja tengkorak kau. Yang kau lari2 ni, dah kenapa? Buang tabiat ke?" makin melampau pula si Haru ni.

" apa tengkorak2? Dah aku tak sengaja, yang kau nak over marah ni, kenapa pulak? Aku dah minta maafkan..." Minako merungut, tetapi kakinya sakit. Taiga membantu dengan memapah tubuhnya.

" dah lah, Haru. Sambung nanti, ya. Kaki kawan ni dah terkehel, yang kau cuma baju saja yang basah. Rileks la..." pujuk Taiga. Kasihan pula melihat kerutan di wajah Minako.

" hmphh!" Haru mendengus marah, sebelum berlalu pergi. Hana tersenyum sebelum mengejar Haru, teman lelaki dia.

" kau okey tak ni?" tanya Taiga, prihatin.

" sakit, duh! Bawak aku pi bilik rawatan, aku ponteng hari ini." Selamba saja Minako pecah rahsia.

" tak habis2 dengan ponteng. Sedarlah diri tu nak exam dua minggu lagi. Kau ni lah..." Taiga membawanya ke bilik rawatan.

" aku tahulah..." Minako duduk di kerusi dan cikgu Mimi merawatnya.

" aku naik kelas dululah. Kau okey kan, sorang?" Minako mengangguk, sebelum Taiga beredar.

My  Love  Me!!Where stories live. Discover now