My Love Me 7

41 4 3
                                    

" hah...hah..." termengah2 Minako berlari tanpa arah tujuan. Baru dia tersedar yang dia berada di kawasan pejalan kaki.

" Minako?" teguran itu mengejutkan Minako. Dia menoleh. Maki!

" senpai...tak ada exam ke?" Minako bertanya. Maki ketawa.

" ada, baru saja habis. Pukul 2 nanti, sambung balik. Daripada mana ni? Tak ada kelas ke?" tanya Maki. Hairan juga melihat Minako di sini.

" waktu study dan ulangkaji saja. Cikgu tak masuk..." Minako mengetap bibirnya. Maki diam sebelum berlalu pergi.

" senpai!" Maki terhenti langkah. Dia menoleh.

" saya dengar senpai akan ke US, betul ke?" tanya Minako.

" ya, mana tahu?" Maki bertanya, sebelum tersedar sesuatu.

" Hana cerita, eh?" Minako mengangguk.

" senpai...umm..." Minako teragak2 mahu bercakap. Maki menunggu.

" kenapa? Ada orang ganggu awak lagi ke?" tebak Maki. Risau juga kalau Minako masih diganggu.

" eh, tak. Saya okey, tak ada gangguan lagi. Cuma..." Minako mahu membuka mulut. Tetapi, telefon Maki berbunyi dan diangkat.

" oh, sorry..." Maki menunjukkan handphonenya sebelum beredar. Minako terkejut sebelum menunduk.

" saya sukakan awak..." tanpa sedar, mulut Minako menuturkan kata2 keramat itu. Kebetulan juga, angin lalu dari arah belakang Minako.

" hmm? Awak ada cakap apa2 ke?" Maki bertanya. Minako tersentak sebelum menekup mulutnya. Dia menggeleng laju.

' crap! Nasib baik dia tak dengar...' Minako menunduk sebelum beredar daripada situ. Maki hanya memandang sehingga gadis itu hilang.

" suka, huh..." Maki memandang langit, sebelum beredar pulang. Petang ini, dia ada exam lagi.

Dua minggu berlalu, dan berakhir juga peperiksaan untuk pelajar senior. Seminggu lagi, hari graduasi. Sepanjang dua minggu itu juga, pelajar junior exam. Mereka sentiasa mengadakan ulangkaji kumpulan, dan sesekali kelas tambahan. Minako juga senyap tanpa banyak bercakap. Hana kerisauan, dengan perubahan Minako.

" dia okey ke tak tu?" tanya Taiga. Sejak kejadian itu, Minako kurang bercakap, dan lebih termenung.

" okey je, just tak bercakap." Hana memandang Minako yang diam menelaah. Sekarang, mereka di perpustakaan.

" dia tak cerita apa2 ke?" Hana menggeleng.

" aku ada tanya, tapi dia senyum tanpa menjawab. Risau aku..." Hana lihat, Minako mengemas buku2nya.

" aku balik kelas dulu. Korang mahu stay or ikut?" tanya Minako. Dia tak mahu mengganggu mereka.

" kami stay. Kejap lagi kami balik kelas!" Minako mengangguk, sebelum beredar.

"........." sepanjang perjalanan, Minako senyap tanpa suara. Pemikiran dia entah ke mana.

Buk!

" ouch!" Minako terkejut, dan lebih mengejutkan dia berlanggar dengan Maki!

" awak tak apa ke, Minako?" tanya Maki. Terkejut juga dia kerana tadi dia baru saja terfikir pasal Minako, dan kini gadis itu dihadapannya!

" saya tak...apa2." Maki terkejut melihat air mata Minako yang mengalir deras. Dia kalut dan mengeluarkan sapu tangannya.

" sakit sangat ke? Sorry, saya tak sengaja." Maki kalut. Dia melihat jika ada apa2 yang pelik kepada gadis itu sehingga menangis.

My  Love  Me!!Where stories live. Discover now