My Love Me 3

27 4 0
                                    


Sepanjang dalam kelas, Minako hanya senyap tanpa suara. Termenung dan kadang2 memandang luar tingkap. Hana perasan yang Minako sering memandang ke arah pintu kelas.

' jangan cakap yang dia...' Hana mula bimbang. Dia tak mahu Minako kecewa lagi, selepas Taiga menceritakan kisah Minako padanya.

Waktu balik sekolah...

" Minako, kau sukakan Maki-senpai ke?" pertanyaan Hana membuatkan pergerakan Minako terhenti. Dia memandang Hana, lama.

" apa kau mengarut ni, Hana? Kau agak2lah, dia tu playboy tegar. Tak mau aku..." Minako menyambung perjalanannya.

" walaupun dia playboy tegar, dia tetap seorang manusia. Ada perasaan dan tak sempurna. Kau tahu, kan?" Hana memandang belakang Minako. Dia tahu, Minako dengar.

" apa yang aku boleh katakan, kau mula rasa kurang dalam hati kau. Hati yang selama ini terisi dengan usikan demi usikan dia, menjadi kosong apabila kau nampak dia makan dengan senpai perempuan tadi." Hana masih berkata2.

" apa yang kau cuba sampaikan sebenarnya?" Minako berpaling dan menghadap Hana.

" apa yang aku cuba sampaikan adalah, kau dah jatuh hati dengan dia. Betul tak?" tebak Hana.

" mengarut!" Minako menggeleng.

" jangan menidakkan perasaan yang kau rasakan sekarang, Minako. Buruk padahnya..." Hana berjalan melepasi Minako.

" kau dah tak mampu menipu hati kau lagi, Minako. Kau dah kalah dengan kata2 kau sendiri..." Hana menepuk bahu Minako sebelum membelok ke lorong rumahnya.

" tak mungkin. Playboy itu hanya main2 saja..." Minako menunduk, sebelum menghala ke rumahnya.

Ke esokan harinya...

" Minako!" Taiga memanggil. Dia menoleh sambil mengangkat tangannya.

" yo, harimau. Awal kau hari ini?" mereka bersembang sambil menghala ke kelas.

" aku sentiasa awal. Akukan pelajar yang berdedikasi, bukan macam kau!" kutuk Taiga dengan selamba. Minako menyepak kakinya dengan kuat.

" helo, aku ni pelajar contoh tau. Serba boleh, serba tahu..." Minako membalas tanpa mahu kalah. Sampai ke kelas pun mereka masih bertekak.

" dah macam siren bomba aku dengar suara korang bertekak. Tak penat ke?" Hana sakit jiwa. Dari jauh, dia dengar suara mereka.

" alah, biasalah. Harimau ini suka perasan bagus..." kutuk Minako sambil meletakkan begnya di sisi meja. Sama seperti Taiga.

" woi, bukan perasan bagus. Tapi memang bagus pun, baik sikit eh." Nak juga si Taiga menjawab. Tak habis2!

" Minako, ada senpai mahu jumpa kau!" jerit ketua kelas mereka. Minako pelik, sebelum melangkah ke hadapan.

" ya, ada apa?" tanya Minako, kehairanan. Ini, senpai semalam!

" awak Minako?" tanya Nina minta kepastian. Minako mengangguk.

" ikut saya. Tak sesuai untuk bercakap di sini." Arah Nina apabila melihat Hana dan Taiga memandang mereka berdua. Minako mengangguk sebelum mengikut Nina.

Di belakang gym...

" ada apa, senpai?" tanya Minako. Ada beberapa orang pelajar senpai menunggu mereka.

My  Love  Me!!Where stories live. Discover now