My Love Me 6

31 4 0
                                    

Dua tahun yang lepas...

Pang!

" Rina..." Maki terkejut. Teresak2 Rina menangis di hadapannya.

" sampai hati awak permainkan saya, Maki. Apa salah saya?!!" jerit Rina dengan kuat. Maki terpinga2, tak faham situasi.

" mainkan awak? Bila masa? Saya ikhlas sayangkan awak, Rina. Apa dah jadi ni?" Haru cuba menyentuh bahu Rina, tetapi tangannya di tepis kasar.

" ini apa? Awak ingat saya ni siapa?" bentak Rina sambil mencampakkan beberapa keping gambar ke muka Maki. Lelaki itu tersentak melihat gambar2 itu.

" apa ni? Mana awak dapat, Rina!!" Maki tak percaya dengan gambar2 tersebut. Siapa perempuan dalam gambar ni?

" mana saya dapat, bukan urusan awak. Depan saya, awak cakap yang awak cintakan saya. Belakang saya, awak curang! Siapa perempuan dalam gambar ni, siapa?!!" bentak Rina dengan linangan air mata. Maki menggeleng tak tahu.

" saya tak tahu, dan saya tak kenal dia. Jumpa pun tak pernah juga! Tolong percayakan saya, Rina." Maki memegang tangan Rina dengan erat.

" penipu! Pembohong! Saya tak percayakan awak lagi. Kita putus!!" Rina melarikan diri, tetapi malang sebuah lori barang melanggar Rina. Masa terlalu pantas buatnya, sehinggakan dia tak sedar yang orang ramai sudah mula mengelilingi tempat itu.

" Ri...Rina!!!!!!!" air mata Maki mengalir laju ke pipinya. Minako terdiam tanpa kata.

" saya disalahkan ke atas perbuatan yang saya tak pernah lakukan. Tapi, dari masa ke semasa, saya sedar. Mungkin masa itu saya tak sedar dan lakukan perbuatan itu dengan perempuan lain dan tertangkap. Sampai sekarang, saya tak boleh maafkan diri saya kerana menjadi punca kematian Rina." Maki menunduk dan mengenggam kedua2 tangannya dengan erat. Menggigil tubuh Maki menahan perasaan.

" ini hukuman terhadap saya. Semua orang tak percayakan saya, termasuk awak. Mungkin status saya sebagai playboy sekolah membuatkan Rina sentiasa makan hati dan sedih. Tapi, satu saja yang dia patut tahu. Senakal mana saya, sejahat mana saya...cinta dan hati saya hanya ada satu, khas buat dia yang bernama Rina." Maki bangun dan mengeluarkan kalung yang menjadi tanda perhubungan mereka. Dia mencium lama kalung itu, dan membuatkan Minako faham yang dirinya tiada dalam hati lelaki itu. Sejak dahulu lagi, cinta lelaki itu milik Tsubaki Rina sahaja.

" saya minta maaf atas apa yang jadi pada awak. Disebabkan saya, awak jadi mangsa keadaan. Tapi, ketahuilah perasaan ini tak pernah berubah dan saya minta maaf untuk segala2nya." Maki menunduk dan melihatkan keadaan itu, air mata Minako luruh dan dia pergi daripada situ. Harune terpinga2, dia mendekati Maki yang masih berdiri di situ.

" kakak pergi mana, Kii-chan?!" tanya mulut comel itu. Maki menunduk dan menggosok2 kepala Harune dengan lembut.

' demi kebaikan awak, kita tak akan berjumpa lagi. Selamat tinggal, Minako...' Maki menghampiri kubur Rina dan meletakkan kalung tersebut di atas batu peringatan itu, mereka beredar setelah berdoa seketika.

Di rumah Minako...

" kakak tak turun makan ke, mama?" tanya Minami, keresahan. Risau dia melihatkan kakaknya tak turun lansung. Sampai saja di rumah, Minako mengurung dirinya dalam bilik.

" ha ah. Mama risaulah, Minami. Apa dah jadi?" mama kerisauan. Terkejut juga dia apabila Minako balik dengan wajah sembab berlinang air mata.

Malam itu Minako menangis dan menangis. Kata2 Maki membuatkan dia sedar yang dirinya tak diperlukan. Cinta lelaki itu terlalu kuat buat Rina, sehinggakan dia merasa tak ada gunanya mengejar sesuatu yang tak pasti.

" uhh~~" Minako menekup wajahnya pada bantal.

Ke esokan harinya dan kebetulan minggu peperiksaan bagi pelajar tahun 3...

" kenapa dengan kau, Minako?" Hana bertanya pelik. Hairan melihat wajah sembab dan mata bengkaknya.

" aku sakit matalah..." Minako duduk termenung di mejanya. Taiga dan Haru memandang pelik.

" kau apa hal senyap saja, makcik? Sakit ke?" Taiga mengusik dengan memanggil Minako makcik, tetapi tiada respon seperti selalu. Kalau tak, berperang mulut dah dengan si Taiga. Hana terfikir sesuatu.

" aku dengar Maki-senpai putus dengan semua teman wanitanya. Kecoh kot!" Hana sengaja memancing minat Minako, dan jangkaannya tepat apabila Minako tersentak kecil. Melihatkan keadaan itu, Haru dengan Taiga mula faham.

" putus? Dia serius ke selama ni dengan teman2 wanita dia tu?" agak tajam kata2 Taiga. Dia mengerling ke arah Minako yang diam, mendengar.

" entahlah. Teruk juga dia kena tampar dengan mereka, dan aku dengar lagi lepas dia habis exam ni, dia akan terbang ke US untuk sambung belajar di sana!" Minako tersentak sebelum bangun. Dia cepat2 keluar daripada kelasnya.

" tak nak kejar ke?" tanya Haru kepada Hana. Taiga pula diam tanpa bicara.

" kalau saya kejar pun, apa yang boleh saya buat?" Hana kembali duduk ke tempatnya.

" kau Taiga? Tak kisah ke?" Haru bertanya kepada Taiga pula. Lelaki itu mengangkat bahunya.

" no komen. Selagi dia bahagia, aku tak boleh buat apa2." Ringkas saja jawapan Taiga.

" kau dah maafkan senpai tu ke?" tanya Haru.

" aku pun bukan sempurna sangat. Dulu, aku juga playboy macam dia, cuma sejak aku kenal si Minako, aku berubah. Awek aku yang sekarang ni pun, tak kisah pasal silam aku..." Taiga memandang tempat lain. Tipulah kalau dia tak ada hati pada Minako, tetapi sejak ditolak dulu, dia buang jauh2 perasaan tu. Yang tinggal, hanya perasaan sayang pada seorang sahabat saja.

" well said, huh..." Haru ketawa.

Ya, sejak Minako masuk ke kelas mereka, suasana kelas ini berubah seratus peratus. Sikapnya yang peramah dan tak hipokrit dalam berkawan, membuatkan dia disenangi oleh mereka. Hana yang selama ini seorang yang pendiam dan di buli juga berubah.

Dia ingat lagi, Hana pernah kena tampar dengan Minako kerana ditangkap sedang dibuli oleh pelajar kelas lain. Pada mulanya, mereka mahu marah kerana sikap Minako, tetapi selepas Minako mengeluarkan kata2 tersebut, dia mula faham sikap manusia dan kasih sayang Minako. Dia juga pernah kena dengan Minako, sebab membuli pelajar tahun pertama.

' tak ada manusia lemah dalam dunia ni, yang ada hanya perasaan takut dalam hati kita!!' selepas hamburan kata2 itu, dia faham.

" kita kalah dengan dia..." Haru menepuk bahu Taiga sambil ketawa. Dia bangun dan memeluk kepala Hana dengan erat.

" sebagai kawan, kita sokong semampu boleh. Okey, sayang?" Hana mengangguk perlahan sebelum air matanya jatuh.
*******************************************

My  Love  Me!!Where stories live. Discover now