My Love Me 5

30 4 0
                                    

Kelas Minako...

" Minako, ini..." Hana menyerahkan ubat yang dihantar oleh Maki.

" apa ni, Hana?" tanya Minako, kehairanan.

" katanya, cikgu Mimi yang bagi. Ubat untuk kau..." mendatar saja suara Hana menjawab. Nampaknya, Hana masih tak dapat maafkan Maki dengan kejadian itu.

" kau masih marahkan dia, Hana?" tanya Minako. Ubat itu disimpan ke dalam begnya.

" kau rasa?" pertanyaan semula Hana membuatkan Minako senyap.

" aku dah lama maafkan dia. Tak boleh ke kau maafkan dia, Hana?" tanya Minako lagi. Hana kembali duduk di tempatnya tanpa mahu menjawab soalan Minako.

" kau kena faham hati dia, Minako. Kalau aku jadi dia, semestinya aku tak maafkan senpai itu." Sampuk Taiga. Haru juga mengangguk setuju.

" tapi, sampai bila? Sampai mati, macam tu?" Minako tak faham mengapa mereka marah sangat pada Maki.

" mungkin. Kau kawan kami, Minako. Kegembiraan kau, kegembiraan kami juga. Kesedihan kau, kesedihan kami juga. Tolong faham..." Taiga menyampuk.

" kalau kawan, korang sepatutnya faham. Bukan dengan cara macam ni!" Minako marah. Mengapa mereka overprotective sangat?

" Minako...Terpulang pada kau nak maafkan dia atau tak. Tapi kami, tidak sama sekali. Apa yang berlaku pada kau membuatkan kami sedar yang keselamatan kau keutamaan kami!" Haru membalas pula.

" tapi..." Taiga mengangkat tangannya.

" apa yang jadi pada kau dulu, kami tak mahu berulang lagi. Mungkin kita baru kenal, tapi kau kena faham yang kami risaukan kau. Sejak kau melangkah masuk ke dalam kelas ini, kau sebahagian daripada kami semua. Tak berkecuali!" tegas kata2 Taiga.

" kami tak mahu kau kecewa lagi disebabkan lelaki seperti dia. Kami nak yang terbaik untuk kau." Haru menyampuk pula. Minako kematian kata2.

" kami tak bermaksud untuk mengongkong kau ke apa, tapi lelaki seperti dia tak semestinya untuk kau. Carilah yang lebih baik..." Taiga kembali ke tempatnya, Haru juga sama.

Sabtu...

" Hana, aku ke sana kejap. Cari barang..." Hana mengangguk sebelum beredar untuk ke kedai cenderamata. Minako masuk ke kedai bunga itu untuk mencari pasu kecil. Mama memintanya mencari pasu yang sesuai dengan pokok orkidnya.

" kak, pasu untuk bunga orkid ada tak?" Minako bertanya. Pekerja itu menunjukkan tempat pasu bergantung.

" saya mahu dua buah..." pekerja itu menurunkan pasu tersebut sebelum diletak ke dalam plastic. Tergerak hati Minako untuk melihat2 deretan pokok kaktus yag kecil dan comel2 itu.

" kak, berikan saya bunga carnation merah dan putih. Sederhana besar..." satu suara yang dikenalinya menyentakkan hati Minako. Dia menoleh melalui celah2 deretan bunga2 itu.

" terima kasih..." Maki berlalu pergi tanpa menyedari kehadiran Minako di situ. Dia keluar untuk melihat, tetapi bayangan lelaki itu menghilang.

" cari saya ke?" suara garau dibelakangnya mengejutkan Minako. Berdebar2 jantungnya.

" maaf, terkejut ke?" Maki menghampirinya. Minako mula tak keruan dan kalut.

" err, sorry. Tak bermaksud nak..." Minako kematian kata2 melihatkan lelaki itu bersama2 seorang anak kecil. Maki perasan mata Minako memandang.

" kenalkan, ini Harune. Anak sulung kakak saya..." Minako mengangguk sebelum menghulurkan anak kecil itu lollipop.

" terima kasih..." Harune senyum. Minako tertawa kecil sambil mengusap2 kepalanya dengan lembut.

" anak cikgu Mimi, eh? Comelnya...umur berapa?" Minako bertanya sambil bertinggung di hadapan Harune.

" 4 tahun..." balas Harune dengan lima jari. Minako ketawa sambil menurunkan ibu jari Harune dengan lembut.

" empat..." Minako bangun, tetapi pandangan mata lelaki itu mendamaikan hati Minako. Dia mula rindukan usikan2 Maki.

" senior mahu ke mana? Dating eh..." Minako cuba menyakat, tetapi panggilan daripada Hana merentap suasana di antara mereka berdua.

" kami pergi dulu..." Maki menunduk sebelum beredar daripada situ. Harune melambai2 dengan lollipop ditangannya.

" kau masih bercakap dengan dia ke, Minako?" Hana merengus marah.

" Hana, aku yang tegur dia. Kebetulan jumpa, kami sembang sekejap. Kau dah sudah ke?" Minako cuba mengalih topic. Jelingan Hana lansung tak dihiraukan.

" dah, kejap lagi Haru ambil aku untuk tengok wayang. Kau nak ikut?" ajak Hana. Dia harap, Minako lupakan Maki.

" tak apalah. Takkan korang berdating pun aku kena ikut? Tengok keadaanlah, kawan..." Minako ketawa. Hana tertawa kecil.

" lupa pulak, itu Haru dah datang. Aku pergi dulu, kau jangan nak merayap lama2 pulak. Apa2 hal, call aku." Hana menghampiri Haru yang datang dengan motosikalnya. Mereka berpisah arah.

Dalam perjalanan, Minako melintasi kawasan perkuburan. Tiba2, dia ternampak Harune di situ yang sedang bermain2 dan berlari seorang diri. Dia menghampiri, tetapi kakinya terhenti langkah dengan kehadiran Maki di situ. Lelaki itu sedang membersihkan kubur seseorang. Bunga carnation yang dibelinya di susun kiri kanan dengan cantik.

" kakak!" jeritan Harune mengejutkan Maki yang sedang menyusun bungaan itu. Dia berpaling, dan terlihat kehadiran Minako.

" Harune-chan...senpai..." Minako mengangguk sedikit. Maki senyum sebelum meneruskan kerjanya yang tergendala.

" Tsubaki Rina, kekasih senpai...betul tak?" Minako menghampiri dan membantu dengan mencabut rumput2 kecil di keliling batu itu.

" kamu tahu?" Maki tak terkejut sangat. Tentu ada yang cerita pada Minako!

" Hana cerita. Tapi, tak sepenuhnya..." Minako menerangkan. Maki ketawa kecil.

" tentunya, sebab dia sepupu kepada Rina." Maki meletakkan dua lidi sebelum berdoa. Minako terkejut.

" saya tak tahu...sorry." Minako menunduk sebelum berdoa sekali.

" tak apa. Saya tak salahkan dia..." Maki berdiri. Minako juga sama.

" mahu duduk sana? Itu pun kalau sudi..." Maki melangkah ke arah bangku yang disediakan di situ. Minako mengekorinya.

" senpai selalu ke sini?" tanya Minako mengalih topic. Lelaki itu mengangguk.

" tak hari2. Sebulan sekali pada tarikh hari ini, saya datang melawat. 16 haribulan adalah hari jadinya, dan ulangtahun perkenalan kami." Minako mengangguk. Maki memandang jauh ke hadapan.

" tak mahu cerita serba sedikit pasal Tsubaki Rina?" tanya Minako lagi. Dia teringin menyelami isi hati lelaki itu sepenuhnya. Dia mahu membuang perasaan buruk sangka yang bersarang dihatinya.

" tak takut ke kalau saya menipu?" Maki meamndangnya, lama. Minako mengeluh kecil.

" kalau senpai menipu pun, saya tak tahu. Kalau saya percaya, terpulanglah, kan?" Minako membalas. Maki ketawa sebelum bersandar.

" saya kenal dia sejak di menengah rendah. Pada mulanya, kami berkawan baik saja. Tetapi, cinta tak mengenali sesiapa dan kami bersama. Sangat bahagia jika sesiapa yang melihat. Jujur saya katakan, cinta saya kuat hanya untuknya. Tapi, takdir dah menetapkan dia pergi dahulu sebelum sempat saya memohon maaf." Maki berjeda sebentar. Meninggalkan persoalan di fikiran Minako.
****************************************************

My  Love  Me!!Where stories live. Discover now