Gaduh! Itu sahaja ayat yang boleh dikatakan oleh orang sekeliling mereka. Pertemuan demi pertemuan membuatkan hari-hari Minako kucar-kacir. Maki, playboy tersohor sekolah mereka gemar mengusik Minako sehingga membuahkan bibit cinta di hati masing-masing. " ha ah, sedap. Sebab free, kan? Banyak kacak muka kau. Pergi sana, jauh2. Nanti berjangkit perangai playboy kau tu dekat aku. Hii, simpang." - Kuroba Minako. " walaupun aku playboy, hati aku tetap ada satu. Yang hanya untuk seorang gadis yang betul2 aku sayang, aku cinta..." - Kohinata Maki. Setiap pergaduhan, ada rahsia yang tersimpan. Sedikit demi sedikit rahsia kehidupan Maki terbongkar. Apakah perasaan Minako apabila mengetahui rahsia tersebut? Apa pilihannya? Maki pula bagaimana? Masih adakah ruang dihatinya untuk seorang perempuan? My Love Me menyingkap rahsia dan cinta di hati mereka yang mencari secebis kebahagiaan...