Part 1

95 7 0
                                    

Keriuhan suasana dewan kuliah petang tu seperti tak menggambarkan mereka ni pelajar IPT. Baik lelaki atau perempuan sama-sama bising. Macam tak jumpa setahun, padahal kat asrama jumpa, kat bilik jumpa, pagi petang malam jumpa, tapi kat dalam kelas tetap riuh. Perempuan biasalah gossip tak sudah, yang lelaki manjang dengan game, bola dan hal lelaki kononnya.

Dewan yang tadinya riuh rendah macam pasar borong Selayang tu terus senyap bila Encik Haikal melangkah masuk. Siapa tak kenal pensyarah muda yang kacak bergaya tapi garang gila kalah perempuan! Senyuman dia je boleh mencairkan hati pelajar-pelajar perempuan kat IPT ni, macam mana pelajar lelaki tak jealous dengan pensyarah muda ni.

"Riuh kalah budak tadika! Apa nak jadi dengan uolls ni? Sekarang saya nak kamu semua simpan nota, kita buat kuiz." kata Encik Haikal

"Tapi encik tak bagitau pun ada kuiz harini?" soal Ammar yang agak terkejut. Sebenarnya bukan Ammar je terkejut, tapi satu kelas DM4 terkejut bila Encik Haikal nak buat kuiz secara tiba-tiba. Yelah, tak sempat nak study apa-apa. Cuak la!

"Dah jangan banyak soal. Simpan semua nota sekarang!" tegas Encik Haikal.

Semua pelajar mengeluh, namun sikit pun Encik Haikal tak ambil kisah. Pada dia, seorang pelajar harus sentiasa bersedia dan selalu mengulangkaji pelajaran supaya tak ketinggalan bila peperiksaan nanti. Habis kelas Encik Haikal, Imani terus bangun meninggalkan kelas.

"Asal Im tak tunggu kita? Main blah macam tu je." omel Mia sambil mengemas barang-barangnya.

Tiba-tiba telefon pintar Jijie berdering tanda pesanan masuk. "Jumpa kat cafe, tempat biasa. -Im" Terus Jijie mengajak mereka ke cafe. Si Alan hanya mengekori langkah dua orang gadis itu.

"Kau pahal perempuan? Blah macam tu je tak reti tunggu kiteorang. Kalau ye pun stress dengan kuiz tadi relax kejap bolehkan?" si Mia sambung mengomel. Alan kat sebelah tersenyum menggeleng kepala dengar bebelan si buah hati.

"Tadi aku janji dengan Ed, ntah mana dia pergi. So aku malas nak tunggu dia, aku ajak korang lepak dengan aku." jawab Imani, sambil menekan Iphone 5S pemberian papanya.

"Kau nak ajak kiteorang lepak dekat cafe ni? Huh sorry der. Baik aku lepak tempat lain. Dah jom ah blah." ajak Jijie yang jelas tak mahu mereka terus berada dalam kawasan UKM ni. Dia lebih selesa melepak kat tempat awam yang jauh dari pandangan pelajar-pelajar U.

Belum sempat Imani memberi jawapan, dia terlihat kelibat Khairul Adry Afiq berjalan bersama seorang perempuan. "Patut tak reti nak reply whatsapp." hati dia bermonolog.

"Jom ah semak pulak aku lama-lama kat sini." dingin, hilang semua mood Imani bila nampak orang yang dia tunggu dari tadi berjalan dengan perempuan lain. Hati dia bagai disiat-siat melihat drama sebabak itu.

"Kata tunggu Ed? Tak jadi?" tanya Alan. Mia terus menarik lengan baju Alan, tanpa memberi jawapan. Mia nampak apa yang Imani lihat tadi, sebab tu dia tak nak menambah burukkan mood Imani.

"Later aku hantar kau, Lan. Bak sini kunci moto." kata Imani. Alan terus menyerahkan kunci motonya pada Imani. Dan Imani terus melangkah kearah 'love birds'  yang sedang bergurau di hadapan cafe, meninggalkan kawan-kawannya.

"Cantik awek baru? Nah kunci, pandai-pandai balik sendiri." sinis, sambil meletakkan kunci moto Alan tadi, diatas buku yang sedang dipegang oleh perempuan disebelah Adry.

"Imani Aisha, tunggu!" jerit Adry yang jelas terkejut dengan kehadiran Imani dihadapan dia. 

"I'm done with you stupid!"  balas Imani terus berlalu mendapatkan kawan-kawan dia yang sudah berjalan menuju ke tempat parking pelajar.


p/s: Thanks for reading. Add any comment for my improvement ^-^


Bukan TakdirWhere stories live. Discover now