Part 3

49 3 2
                                    

Angin sejuk malam ni hingga boleh terasa sampai ke tulang. Nasib baik Imani sempat memakai sweater sebelum keluar tadi. Kalau tidak, mungkin dia akan kesejukkan. Dah la dia tak boleh sejuk, nanti tak pasal je demam. Bukit Ampang, dia tahu pasti situ lokasi yang akan Adry tuju. Kerana disitu kata Adry kat situ tenang dan memandangannya, Subhanallah cantik sangat. Dah hampir 15 minit mereka sampai disitu, Adry masih diam sejak dia mengambil Imani tadi. Imani tak mahu lama disitu, takut nanti lain jadinya.

"Ed nak apa jumpa Im?" tanya Imani, memandang wajah Adry. Khairul Adry Afiq, lelaki yang dikenali seawal dia masuk ke IPT itu. Tak pernah disangka lelaki yang dia sering lihat di perpustakaan itu mendapat tempat dihatinya. Imani sendiri tak faham dengan dirinya, sedangkan dia lah perempuan yang paling susah didekati sejak zaman sekolah lagi.

"Ed rasa kita dah tak sehaluan. Kita dah jauh, terlalu jauh. Sampai Ed rasa macam Ed dah tak kenal Imani Aisha yang Ed sayang selama ni." luah Adry. Imani Aisha satu-satunya perempuan yang berjaya buat dia kembali mendekati wanita selepas dia dikecewakan dulu. Pada pandangan dia, Imani berbeza dengan gadis-gadis yang dia kenal kat luar sana. Dari sikapnya hingga pembawakkan diri sebagai seorang pelajar, Imani ternyata berbeza. Itu yang buat dia jatuh cinta.

"Ed merepek apa ni?" tanya Imani, kasar.

"Ed sedar tak apa Ed cakap? Jauh? Siapa yang jauh dari siapa? Siapa yang mulakan semua ni?" soal Imani bertubi-tubi, marah. Dia kesal dengan sikap Adry, selama ini hanya dia yang cuba pertahankan hubungan mereka dan Adry tidak pernah nak cuba untuk baiki semula hubungan mereka.

"Kita putus?" kata Adry tanpa menjawab soalan Imani. Dia cuma memandang sepi wajah Imani, kosong. "Ed tak boleh la tengok Im rapat sangat dengan lelaki lain, hati Ed sakit Im! Ed tak boleh nak teruskan semua ni Im. Maafkan Ed, sayang." luah Adry, memegang tangan Imani. Dengan perlahan Imani melepaskan pegangan.

"Selama ni, apa Ed buat Im tak pernah cakap apa-apa. Im tak pernah kisah Ed nak keluar dengan sapa, nak rapat dengan sapa, Im tak pernah halang. Even, apa yang Ed buat betul-betul mengguris hati Im. Ed ingat Im tak sakit hati bila tengok Ed mesra dengan perempuan lain depan semua orang? Baru pertama kali Ed nampak Im dengan abang sedara Im, Ed cemburu. Sampai sanggup putuskan hubungan ni. Fine, if this is what you really want. Go ahead. We're break up, don't ever see me and don't call me sayang anymore." menangis,  Imani tak dapat membendung perasaannya selepas meluahkan segala yang terbuku dihati. Imani terus berlari turun dari bukit dan menahan teksi untuk beredar dari situ. Nasib baik dia membawa duit sebelum keluar tadi.

"Maafkan Ed, sayang...." luah Adry,kesal telah mengecewakan hati insan yang paling dia sayang.


Bukan TakdirWhere stories live. Discover now