Part 7

23 6 3
                                    

"Hey babe. Buat apa tu?" sapa Imani, terus duduk diantara Mia dan Jijie.

"Apa punya soalan la dey? Tengok tv lah. Tu cerita pasal pilih baju pengantin tu." jawab Jijie, khusyuk menghadap televisyen.

Tup! Siaran tv dimatikan.

"Imani!" kata Mia dan Jijie serentak.

"Aku ada benda nak bagitahu korang."

"Nak bagitahu apa? Cakap jelah. Tak payah sampai tutup tv bagai." kata Jijie, tak puas hati.

Aku ambil tangan Mia dan Jijie letak di peha aku. Dua-dua memandang muka aku. Aku pegang tangan mereka, menarik nafas dan ..

"Esok aku berangkat ke Australia."

"What?" serentak sekali lagi.

"Jap bagi aku habis cakap."

Aku menarik nafas sekali lagi.

"Aku akan pindah ke sana. Aku tahu korang akan terkejut. Aku minta maaf tak bagitahu dari awal. Aku tak nak korang sedih." aku mula sebak. Aku pandang wajah mereka, Mia melentokkan kepala pada bahu aku.

"Aku dapat tawaran belajar sana. Sorry tak bagitahu aku apply study kat sana. Aku minta maaf kat korang, sebab banyak susahkan korang selama ni. Terima kasih sebab sentiasa ada dengan aku, jaga aku selama kita duduk sesama ni." aku menyeka air mata pada wajah Mia, aku usap wajah Jijie.

"Tapi kenapa Im nak tinggalkan kiteorang?" tanya Mia, tersedu-sedu.

"Im tak tinggalkan Mia. Kita still boleh skype bila free. Im sayang korang." terus aku memeluk mereka.

"Promise kau takkan lupakan kiteorang?" tanya Jijie.

"I'll never forget both of you." kata aku. Lama kami berpelukan sambil menangis. Aku menyeka air mata aku, dan menyedari sudah jam 9 malam.

"Dah jom tido. Esok korang kuliah kan. So aku hantar pergi kolej okay. Malam ni tido bilik aku." ajak aku, malam terakhir kami bertiga sebelum aku pergi.

**********

"Alan, kau jaga Mia baik-baik. Jijie, kau tengokkan dorang ni." pesan aku pada Alan.

"Alahai kau dah kenapa Im? Tahu la aku nak jaga Mia. Jap, kenapa tetiba je pesan macam tu?" tanya Alan.

"Lepas ni aku nak pergi jauh dah." jawab aku, tersenyum.

"Kau nak pergi mana? Bukan kau baru je balik sini ke?" soal Alan lagi.

"Aku pindah dari sini."

"Tolong jangan cakap dengan aku ni disebabkan Adry, Imani." keras suaranya.

"Im? Tell us this is not because of him." giliran Jijie pula bertanya.

"Apa korang merepek ni? Serious this is not because of him." jawab aku.

"Aku tahu dia punca kau nak tinggalkan kiteorang kan Im? Betul tak aku cakap?" soal Alan mengasak aku memberi jawapan.

"Guys, please stop talking about him. I need to go now. Korang jaga diri baik-baik. Belajar betul-betul. Jangan banyak main. Sorry aku tak dapat tunai janji aku nak konvo dengan korang sekali. Promise me, korang akan berusaha untuk capai setiap impian korang. In shaa Allah, nanti kita jumpa lagi." terus aku memeluk Mia dan Jijie.

"Promise jangan lost contact dengan kiteorang, jangan lupakan kiteorang okay." kata Mia, memegang tangan aku. Aku sekadar mengangguk.

"Im kat sana jaga diri, jaga solat, jaga iman, study betul-betul okay." pesan Jijie pula. Aku cuma mampu tersenyum sahaja.

"Im, no matter what happen you always have all of us. Take care Im." kata Alan.

"Thanks Alan, jaga dorang untuk aku ye. Janji jugak kekal jadi sahabat walau apa yang terjadi. Aku pergi dulu." terus aku mencium kedua pipi kedua sahabat aku itu. Dan aku pergi meninggalkan mereka.

"Kau kene kuat Imani Aisya!" kata aku pada diriku.

Dalam perjalanan menuju ke kereta, hayunan langkah kaki Imani mati kerana terpandang susuk tubuh yang berada di hadapannya. Adry. Kenapa perlu dia muncul pada tika dan saat ini?

"Hai Im. Dah lupakan Ed?" tegur Adry, senyum.

"Maaf Ed, Im kene pergi sekarang. Assalamualaikum" Imani berlalu tanpa memandang sedikit pun wajah Adry.

"Imani Aisya. Senyum sikit please." Sekali lagi Adry menghalang laluan Imani.

Imani senyum dalam keterpaksaan dan terus berlalu meninggalkan lelaki yang pernah mendapat tempat teristimewa dihatinya dulu.

Meluncur laju Suzuki Swift berwarna merah itu, meninggalkan mereka. Adry terus bergerak ke arah rakan-rakan Imani. Belum sempat dia menyapa sesiapa, satu tamparan hinggap di wajah Adry.

"Itu hadiah sebab dah sakitkan hati kawan aku dan buat dia pergi tinggalkan kiteorang!"kata Mia selepas melayangkan penampar ke wajah Adry, Jijie terus menolak badan Adry dan berlalu pergi bersama Mia dan Alan.

"Hei apa ni? Apa aku dah buat?"tanya Adry, terpinga.

"Kau tanya diri kau sendiri la bro!"jerit Alan kepada Adry.

Adry masih terkejut dengan tamparan Mia terus berlalu pergi.

**********

"Hey you. I'm so sorry. Ada hal tadi." kata aku pada lelaki di hadapan aku itu.

"You're late you know? Takpelah janji awak dah selamat sampai." kata Faqrul, tersenyum.

"I know. So dah oder makan?" tanya aku, kelaparan kerana dari pagi aku tak menjamah apa-apa makanan.

"Dah. I oder Nasi Goreng Kampung dengan Hot chocolate, you okay with it?"

Aku cuma menganguk dan tersenyum.

"Oh ye sebelum terlupa I'll going to Aussie today. So maybe this is our last meet." kata aku. Belum sempat dia bersuara, seorang pelayan menghantar minuman ke meja kami.

"Thanks" kata aku pada pelayan itu.

"Jauhnya merantau? Sampai Australia perginya?" soal Faqrul, riak wajah dia agak sugul selepas aku beritahu berita itu.

"Nak sambung belajar. Don't worry, we still can contact thru whatsapp or skype, right?" kata aku menyedapkan hati dia.

"Yeah. Hopefully this is not just a word." kata dia seolah mengerti, aku cuma tersenyum. Selepas pelayan menghantar makanan, kami makan dan bertukar-tukar cerita sebelum dia membuat keputusan untuk hantar aku ke KLIA, katanya untuk kali terakhir.

Setelah selesai urusan check-in tiket, aku pergi kepada dia untuk mengucapkan selamat tinggal.

"Jaga diri Iman. Jangan lupa contact saya ye." pesan Faqrul.

"Awak pun sama. See you when I see you. In shaa Allah. Saya masuk dulu. Selamat tinggal." pamit aku terus ke pintu masuk.

"Selamat tinggal Iman." dia melambai ke arah aku. Aku melambai kembali, tersenyum melihat dia.

"Selamat tinggal Malaysia. Selamat tinggal kenangan." kata hatiku. Aku terus melangkah masuk ke perut pesawat, meninggalkan segalanya yang ada di Malaysia.







Mungkin ini adalah pengakhiran cerita ini. Terima kasih yang sudi baca cerita saya. In shaa Allah, kalau panjang idea saya, saya tulis 😅

Bukan TakdirWhere stories live. Discover now