Part 6

31 5 2
                                    

Pagi itu aku memandu ke kolej bersama Mia dan Jijie. Sampai di perkarangan kolej, aku menyuruh mereka ke kelas terlebih dahulu.

"Im tak masuk kelas?" tanya Mia.

"Masuk. Kejap lagi. Korang pergi la dulu." jawab aku. Terus mereka berlalu menuju ke kelas.

"Sorry korang. I have to do this." kata hatiku.

Terus aku melangkah ke unit pentadbiran. Ada yang perlu diselesaikan. Aku dah janji mahu bertemu dengan Puan Anita jam 10 pagi.

"Imani, awak yakin dengan keputusan awak ni?"

"Saya yakin puan. Mungkin bukan rezeki saya disini." senyum aku.

"But less than a year, you will graduate. Don't you regret?" tanya Puan Anita lagi.

"Saya takkan menyesal puan. In shaa Allah." kata ku.

"Baiklah kalau ini keputusan kamu. Saya doakan kamu berjaya." menghulur tangan untuk bersalam.

"Terima kasih puan." jawabku menyambut huluran tangan Puan Anita.

Terus Imani keluar dari pejabat itu, terus ke cafeteria menunggu mereka habis kelas. Tiba-tiba matanya terlihat seseorang. Dan adegan yang bermain dimatanya sungguh menyakitkan hati.

"Tu bekas you dah balik kolej." menunjuk kearah aku.

"Im!" terus dia menuju kearah aku. Tanpa menunggu dia, aku pergi dari situ.

"Im tunggu!" separa menjerit mengarahkan aku untuk menunggu.

"I don't even know you. So please stay away from me." kata aku.

"Please Im, where have you been? Im buat semua orang risau. Ed pun risau keselamatan Im. Jangan buat macam ni lagi." merayu pada aku. Dia cuba meraih tangan aku, tapi dengan pantas aku menepis.

"Stop it. Tak perlu risau, saya dah besar. Tu buah hati awak dah tunggu. Assalamualaikum." kata aku berlalu tinggalkan dia.

**********

"Kau pergi mana Im? Satu kampus kiteorang pusing cari kau. Kelas tak masuk. Tadi suruh kiteorang pergi dulu. Lepas tu, kau hilang. Lecturer semua cari kau tahu tak? Hish kau ni kan. Kenapa? Cuba ada masalah tu share dengan kiteorang. Ni tak, diam je. Lepas tu lari. Wehh kau dengar tak ni?" bebel Jijie.

"Haha. Kau ni macam mak nenek dah aku tengok. Aku pergi library tadi, lepas tu balik rumah mak kejap." bohong aku.

"Ish kau ni jie, bisinglah. Cuba bawak bertenang. Cool babe cool." sampuk Mia.

"Korang jom makan." ajak aku. Aku tak mahu mereka terus membahaskan lagi soal pagi tadi.

"Im memang suka tukar topik" kata Jijie, sambil membuat muka.

Aku mengajak mereka ke Polpero Steak House. Teringin pulak makan stik. Apa lagi, laju jelah mereka berdua setuju. Sama-sama gilakan western food. Sampai je di kedai, orang begitu ramai. Kami mencari tempat duduk. Aku terpandang dua orang lelaki yang mahu beredar. Pantas aku ke meja itu sebelum orang lain mengambil tempat itu.

"May I?" tanya ku.

"Sure." jawab salah seorang dari mereka, memandang aku. "Iman? Imani kan?" panggil dia lagi.

'Eh dia ni kenal aku ke?' terus aku memandang muka hamba Allah yang memanggil aku tadi.

"Ehh Faqrul."

"Ingat saya lagi?"

"Of course. How can I forget the one who company me at the beach?"

"Well, awak datang dengan siapa ni?"

Bukan TakdirWhere stories live. Discover now