Part 8

15 3 0
                                    

Takku sangka, dah hampir dua tahun aku dibumi Australia. Siapa yang pernah menyangka, keputusan aku meninggalkan Malaysia dulu adalah satu keputusan yang tepat. Sebulan lagi aku akan pulang ke Malaysia, majlis konvokesyen Mia dan Jijie akan berlangsung. Aku tak tahu apakah aku akan kuat untuk kesana. Biar apapun yang terjadi aku akan pulang juga, yang lepas biarkan lepas.

"Hai sayang. Jauh termenung?" tiba-tiba ada satu suara menegur aku. Entah bila dia sampai aku tak pasti. Sibuk berkhayal, mana nak perasan keadaan sekelilingkan?

"Takdelah, next month kita nak balik Malaysia kan? I'm afraid." tak semena-mena wajah aku berubah sugul.

"Sayang, no matter what I'll always with you." pujuk dia, tersenyum. Haih dia ni, pandai betul ambil hati aku. Tak payah susah, senyum je dah cukup buat hati aku cair.

"Thanks Faq." ucap aku, membalas senyuman dia.

"Faq nak Iman tahu, Faq sentiasa ada kat sebelah Iman. Jangan risau ye sayang." ujar dia lagi.

Ye, Faqrul Wafiy. Siapa sangka, selepas dua bulan aku menuntut di Perth, Faqrul juga mengambil keputusan menyambung pengajian disini. Katanya dah lama dia mahu ke sini, jadi alang-alang aku sudah belajar disini adalah dia kawan ketika berada bumi Australia. Dia juga menjadi tempat aku meluahkan perasaan, bercerita tentang susah senang kehidupan disini. Dan aku juga tidak menyangka, semua ini menjadi titik permulaan bibit cinta antara kami. Aku akui 2 tahun disini buat aku rasa selamat dan bahagia disisi dia.

"Faq nak makan apa malam ni? Kita makan kat luar boleh? Iman tak nak masak la, malas." pinta ku. Selalunya aku akan masak dan kami akan makan bersama di rumah dia. 

"Okay sayang. Just can't wait to go home. I miss Malaysia." kata Faqrul, tersengeh.

"Are you waiting for something honey?" tanya aku, musykil tiba-tiba, macam ada agenda yang disembunyikan.

" Jom balik. Nanti nak keluar lagi." menarik dan mengenggam tangan aku. Kami beriringan berjalan pulang ke apartmen.

Malam tu, aku rasa sesuatu yang lain dengan Faqrul. Dia tersenyum gembira, aku sendiri tak tahu kenapa. Bila di tanya, diam je. Haih, suka hati awak la Faqrul. Selepas makan, Faqrul ajak aku berjalan jalan di sekitar bandar Perth. Penat berjalan, dia mengajak aku duduk di Langley Park menghadap Swan River. Suasana menjadi sunyi, Faqrul disebelah aku diam membisu.

"Faq okay tak ni? Kenapa tiba-tiba diam? Tadi excited sangat?" memandang wajah kesayangan hati disebelah. Perubahan Faqrul yang tiba-tiba diam memberi tanda tanya. Faq memandang wajah Imani, ditangannya tergenggam sesuatu.

"Nur Imani Aisha, will you be a wife to me and a mother to our future kids?" menghulurkan sebentuk cincin kepada Imani.

"Nur Imani Aisha, will you be a wife to me and a mother to our future kids?" menghulurkan sebentuk cincin kepada Imani

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Imani terkedu melihat sebentuk cincin di tangan Faqrul. Kelu lidahnya untuk berkata, dia memandang wajah Faqrul mencari kepastian kata-kata Faqrul tadi.

"I'll meet with your mother after we going back to Malaysia if you accept me."kata Faqrul. Tiada kata yang terluah, hanya anggukkan dan linangan air mata bahagia tanda setuju dengan lamarannya.

"Thanks sayang. Thank you so much."ucap Faqrul, menyarungkan cincin itu ke jariku. Aku hanya mampu tersenyum mengangguk.


**********************************************************************

"Pesawat akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sebentar lagi. Sila pakai tali pinggang keselamatan dan tegakkan kerusi tempat duduk anda. Kita dijangka tiba jam 3:45 petang. Kami mengucapkan terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan MalaysiaAirlines. Semoga selamat tiba ke destinasi anda. Terima kasih."

Fuhhh finally, MALAYSIA HERE WE COME.........




























































p/s : Hai reader. First of all maaf lama tak menulis, bukan takde idea.. Tapi disebabkan keadaan laptop yang rosak ditambah kekangan masa yang sangatttttttttttttt......................... Hope reader masih sudi membaca karya yang tak seberapa ni... :)

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 02, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Bukan TakdirWhere stories live. Discover now