Part 2

69 7 2
                                    

Dah seminggu kejadian di cafe haritu berlaku, Adry masih belum dapat jumpa dengan Imani untuk menerangkan hal yang sebenar. Imani seperti mengelak dari dia, semua pesanan yang dihantar menerusi aplikasi Whatsapp langsung tak dibalas, panggilannya juga tidak dijawab, dan dia tidak melihat kelibat Imani dimana-mana walau di cafe. Hendak pergi ke rumah sewa Imani, dia takut dimarahi oleh Jijie, bukan dia tak kenal sikap Jijie yang baran tu. Karang tak pasal je kepalanya dihentak guna kuali. Dia kebuntuan. "Im, I miss you." kata hati kecil Adry.


"Hai Ed. Kenapa you sensorang kat sini?" satu suara menegur dia dari belakang. Nuriz, gadis tinggi lampai yang sejak dua menjak ni semakin rapat dengan dirinya. Dia sendiri tak tahu bagaimana dia boleh terlalu rapat dengan Nuriz sehingga menimbulkan gossip dikalangan budak kelas mereka.

"Eh Nuriz, takde apalah. Ed saja nak cari ketenangan kejap. Serabut sikit dengan assignment." kata Adry, tersenyum memandang wajah Nuriz. "Assignment benda? Kepala otak aku tengah fikirkan si Imani adalah."kata hati kecil Adry.

"You stress eh. Kalau macam tu, jom teman I. Dari you duduk dalam library ni menghadap buku-buku semua yang banyak ni. Jom ikut I. Jom la Ed." ujar Nuriz, yang terus menutup buku dihadapan Adry dan menarik tangan Adry. Nak tak nak Adry terus mengikut langkah Nuriz. Dan tanpa Adry sedar, ada mata yang memerhati dia dari celahan buku-buku yang tersusun di rak.

Adry hanya mengikut kemahuan Nuriz yang mahu window shopping di Mid Valley. Kata Nuriz, itu lebih baik dari dia menghadap buku di library. Ketika Nuriz melangkah masuk kedalam Brands Outlet, mata Adry terlihat kelibat seseorang dihadapan kedai kasut Converse. Dia terus melangkah kearah kedai itu.

"Oh patutlah menghilang seminggu ni? Dah ada pengganti rupanya." wanita dihadapannya terus memalingkan muka memandang suara yang menegurnya. Sedikit pun dia tak terkejut, kerana dia tahu yang dia akan bertemu dengan Adry disitu.

"Pardon? Tolong jangan buat hal kat sini please. Awak tak tahu apa-apa." kata Imani yang tak mahu cetus pergaduhan antara mereka ketika itu. Dan dalam masa yang sama, seorang lelaki keluar dari kedai kasut menuju kearah Imani.

"Okay dah. Jom ?" ajak lelaki itu yang tak menyedari kehadiran Adry disitu. "Ehh, you must be Adry right? Aliff, abang sepupu Imani." menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Adry.

"You know me?" soal Adry yang kehairanan bagaimana lelaki disebelah Imani ni tahu namanya sedangkan mereka tak pernah berjumpa sebelum ni.

"Of course I know. I knew everything about you, bro. Iman selalu cerita pasal kau." sambil memeluk bahu Imani. "We need to go now, shall we?" meminta izin untuk beredar. Adry hanya mampu mengangguk melihat Imani pergi.

"Laa you kat sini ke? Puas I cari you tadi tau." rungut Nuriz.

"I nak balik. You take care. Bye." terus berlalu meninggalkan Nuriz. Jiwanya bagai tersentak saat melihat Imani pergi bersama abang sepupunya. Hati dia terasa cemburu melihat kemesraan mereka. Dah terlalu lama dia dan Imani tak meluangkan masa bersama seperti itu. Hati dia sakit.

**************************************************************************************

Adry terus memandu dalam keadaan yang tak tentu arah. Masih terbayang bagaimana mesra abang sepupu Imani melayani Imani semalam. Hati dia seperti disiat-siat. Seminggu Imani menghilangkan diri selepas kejadian Imani terserempak dengan dia bersama Nuriz. Dia tahu dia salah kerana lupa dengan janjinya untuk makan bersama Imani. Dan dia tak sangka yang semalam dia akan jumpa dengan Imani bersama lelaki lain. Walaupun cuma sepupu, tetapi dia tak tahu kenapa hatinya terlalu cemburu.

"I need to see you." pesanan dihantar kepada Imani menerusi aplikasi WhatsApp. Tak sampai seminit dia mendapat balasan daripada Imani.

"When?"

"Now. Boleh?"

"Okay."

"I will pickup you. Give me 15 minutes."

Terus dia memandu kereta Toyota Vios kesayangan ke rumah Imani. Dia mahu selesaikan semuanya harini. Dia tak mahu menyiksa hatinya lagi.


Thanks for reading and voting. Add any comment for my improvement.


Bukan TakdirWhere stories live. Discover now