Part 4

29 3 0
                                    

Seminggu Imani menghilangkan diri. Jangan katakan kawan baiknya, keluarga Imani pun tak tahu kemana Imani pergi. Imani cuma meninggalkan sekeping nota.

I just need some space. Don't worry about me. I will come back when everything's okay.
Love, Imani.

Mereka sendiri tak tahu punca Imani jadi begitu, apa yang mereka tahu malam tu Imani keluar berjumpa dengan Adry. Mahu minta penjelasan Adry, dia asyik berkepit dengan Nuriz kehulu kehilir. Bengang pula bila tengok sikap acuh tak acuh Adry.
"Aku nak jumpa Ed. Dia mesti tahu apa yang terjadi sebab dia yang bawak Im keluar malam tu." kata Jijie, matanya masih tak lepas memandang "lovebirds" yang sedang bergurau senda di meja hadapan cafeteria itu.

"Tak yah la Jie. Kau tak nampak ke dia tengah bersuka ria tu?" ujar Mai.

"Berbulu je mata aku tengok dorg tu wey. Aahh aku tak kira, Im tu kawan aku!" jawab Jijie terus berlalu ke meja yang diduduki Adry.

"Ed." tegur Jijie.

"Ehh Jijie."

"Aku ada benda nak cakap dengan kau."

"Pasal apa Jie? Penting ke? Aku busy ni."

"Busy dengan betina ni? Dia lagi penting dari Im ye Ed? Aku tunggu kau kat meja sana." menunjukkan meja yang diduduki Mai, terus berlalu pergi.

"Dia tu apahal? Mulut takde insurans ke?" kata Nuriz, bengang digelar 'betina'.

"You tunggu sini kejap, I nak jumpa dorang." kata Adry.

"Im lagi penting dari I?" soal Nuriz.

"She's used to be my girlfriend so she's importance to me." jawab Adry, berlalu pergi. Nuriz hanya mampu menahan perasaan dengan jawapan yang diberikan Adry.

Ketika Adry sampai dimeja, kelihatan Alan juga berada disitu. Dia menyalam Alan.

"Duduk la bro. Lama tak jumpa kau." pelawa Alan.

"Sorry aku busy la Lan. Kau apa cer?" jawab Adry terus mengambil tempat disebelah Alan.

"Busy sangat!" sindir Mia. Berubah riak muka Adry. Mia bukan jenis yang suka menyindir atau memarahi orang sesuka hati. Kerana sikap dia yang berbeza dengan Jijie itulah yang buat Adry lebih rapat dengan Mia daripada Jijie.

"Kau nak cakap pasal apa Jie?" tanya Adry.

"Apa kau dah buat dengan Im?" tanya Jijie pula.

"Buat apa? Kau jangan tuduh aku macam macam Jie." mula tak puas hati bila Jijie seakan menuduh dia melakukan sesuatu kepada Imani.

"Aku tanya kau buat apa kat Im? Au tahu apa dah jadi? Ke kau sibuk dengan betina tu sampai kau tak kisah pasal Im?" nada Jijie naik seoktaf, dia cuba mengawal rasa marahnya. Mia disebelah cuba menenangkan Jijie.

"Apa yang jadi? Aku tak buat apa apa kat Im. Sumpah." kata Adry mula merendahkan suaranya. Jijie tak boleh dilawan, nanti makin buruk padahnya.

"Im hilang. Kau tahu?" kata Alan.

"Im hilang? Bila? Aku tak tahu pun." jawab Adry. Dia juga terkejut dengan khabar itu.

"Im pergi tinggalkan kiteorang lepas korang jumpa malam tu." kata Mia, mata dia mula berkaca.

"Aku dengan Im dah putus. Malam tu dia pergi tinggalkan aku macam tu je. Aku tak tahu dia akan tinggalkan korang jugak." terang Adry.

"So sebab ni la Im hilang. Good job Ed. Kau dah sakitkan hati orang yang paling sayangkan kau." menepuk tangan dengan muka yang sinis memandang Adry.

"Terima kasih sakitkan kawan aku." kata Mia terus berlalu, diikuti Alan dan Jijie.

"Salah aku ke?" soal Adry sendiri.

****************

Tenang hati aku melihat keindahan alam. Sememangnya cuma laut dan ombak mampu buat aku tenang. Bukan aku mahu lari dari mereka tapi aku tak mahu hati aku sakit lagi.

"Adry. Huh lantakkan dia. Cuma tahu menyakiti, dari dulu. Tak pernah mahu menghargai aku. Apa sahaja yang dilakukan pasti salah dimata dia. Sekarang aku bebas, nak lakukan segalanya." monolog hatinya.

Aku berjalan menelusuri air laut yang semakin naik. Kalau tadi air surut sampai ke tengah laut. Aku cuma mampu memandang air tu dari jauh. Kini air laut dah mencecah kaki aku.

Dalam tak sedar ada mata yang memerhati tingkah laku Imani. Nak tegur, malu. Tapi dia suka lihat gaya gadis itu. Bila Imani mula menaiki tangga untuk ke chalet.

"Hai awak." Imani ditegur seseorang.

Imani cuma memandang wajah lelaki itu, menghadiahkan senyuman dan terus berlalu.

"Adehh malunya aku. Itulah gatal sangat nak tegur. Padan muka tak dilayan!" mengomel sendirian.

"Woi kau dah kenapa?" dia ditegur dari belakang.

"Tu haa awek tu. Aku usha dia dari semalam. Dia berjalan kat tepi pantai tu sorang sorang. Aku tegur lah dia, dia senyum je lepas tu dia blah. Malu aku wehh." bercerita pada kawannya.

"Try la lagi nanti. Dia ingat kau nak main-main agaknya. Biasalah tu."

"Ermm tengok lah nanti bro." katanya hampa.

Bukan TakdirWhere stories live. Discover now