Percutian

354 12 0
                                    

Alia dan suaminya baru sahaja berkahwin.Mereka bercadang ingin berhoneymoon di Pulau Pangkor.Semasa mereka sampai hanya tinggal satu sahaja chalet yang masih kosong.Mereka berasa pelik kerana harga chalet tersebut lebih murah berbanding dengan harga chalet yang lain.Namun mereka tidak kisah dan terus mengangkat barang dan menuju ke chalet tersebut.Selepas membersihkan diri dan berehat mereka pun keluar untuk makan malam dan membeli -belah.Mereka balik pada pukul 11 malam.Suami Alia telah lama dibuai mimpi.Alia masih lagi belum dapat melelapkan mata lalu dia mencapai sebuah novel yang dibawa bersama dan membacanya.Jam di dinding menunjukkan pukul 12 malam dan menyebabkannya terasa ngantuk.Sebelum Alia tidur dia terdengar bunyi orang mendengus di telinganya namun dia tidak hiraukannya kerana terlalu mengantuk.Dalam kesamaran,seorang wanita berpakaian serba putih dengan tompokan darah di bajunya sedang duduk di meja solek dan merenung alia yang sedang tidur.Perlahan-lahan darah mengalir keluar dari celahan matanya.Dia menangis mendayu-dayu sekali seperti masalah yang ditanggungnya sungguh berat sambil mengusap perutnya.

Alia terbangun pada pukul 4 pagi dan melihat suaminya tiada di katil.Dia terdengar bunyi air di bilik air dan beranggapan suaminya sedang mandi.Alia bangun dan pergi ke peti ais untuk mengambil air.Alia mengetuk pintu bilik air sambil berkata "bang,cepatlh sikit saya pun nak gunakan tandas.Pancuran air tiba-tiba berhenti.Suami aku dah selesai kot 'bisik hati alia'.Dia pun menunggu suaminya keluar tetapi setelah berapa minit tiada tanda-tanda yang suami dia akan keluar.Alia terus buka pintu bilik air .Namun tiada kelibat suaminya dalam bilik air tersebut.Alia terdengar dengkuran halus di bilik tidurnya lalu dia segera menapak ke sana.Dia terkejut bukan kepalang kerana suami dia masih ada di atas katil sedang nyenyak tidur.Habis tu siapa di dalam bilik air tadi?'kata hati Alia'.Alia merasakan bulu tengkuknya meremang seperti ada entiti di belakangnya.Dia terdengar suara seseorang wanita sayup-sayup memanggilnya.Dengan rasa takut dan berani,Alia melihat belakangnya dan ternampak seorang wanita berambut panjang dengan bajunya yang berlumuran dengan darah berada seinci jaraknya dengan mukanya.Bau hanyir menusuk-nusuk hidungnya.Alia ingin bersuara namun entah mengapa suaranya macam tersekat di kerongkong.Wanita tersebut menangis sehingga wajahnya bertukar menjadi buruk.Matanya terkeluar dan jatuh ke tangan Alia.Kulitnya terkopek-kopek sehingga menampakkan daging yang berulat.Dia mengilai-ilai ketawa.Kukunya yang tajam macam setahun tak ketip mengusap-usap lembut wajah Alia sambil berkata "tolong aku Alia"tolong aku !!!.Dia menjerit-jerit.Alia sangat takut dan berharap suaminya terjaga masa tu.Azan yang berkumandang dari masjid berdekatan menyebabkan wanita tersebut menjerit-jerit kesakitan dan hilang dalam kabus pagi.Alia terus pengsan.

Suami Alia mengejutkan Alia untuk pergi sarapan tetapi Alia tak larat nak bangun kerana dia rasa pening-pening kepala.Suami Alia berkata "ya Allah,sayang demam ni,abang pergi beli ubat dengan sarapan eh.Sayang tunggu tau".Alia tak mahu suaminya tinggalkan dia namun dia tak larat nak bercakap.Dia hanya senyum sahaja kepada suaminya.

Selepas suami Alia keluar,Alia terus melelapkan matanya.Alia terbangun apabila terdengar suara orang bergaduh.Dalam keadaan separuh sedar dia ternampak seorang wanita menangis-nangis sehingga lembam matanya manakala seorang lelaki sedang marah perempuan tersebut.

Lelaki tu berkata"bodohlah sial.Aku kata gugurkan kandungan kau tu kau tak nak.Sekang apa dah jadi,perut dah besar sangat tu".Aku tak nak bertanggungjawab sebab bukan salah aku kau yang goda aku.

"Awak jangan macam tu.Saya sayang awak sangat-sangat.Saya tak nak gugurkan kandungan ni sebab ni tanda cinta kita awak.Awak pun dah janji nak kahwin dengan saya kan awak?Awak tak mungkir janji kan?"kata perempuan tu".

"Pergi matilah sama janji kau.Dasar perempuan murahan.Baru ayat sikit dah bagi semua benda.Aku kalau nak cari bini aku cari yang ada maruah diri.Tak hingin aku ada bini macam kau.Kau tu sesuai jadi pelayan aku bila aku bosan jer."kata lelaki tersebut sambil ketawa berdekah-dekah

Awak!!!!Satu penampar hinggap kat muka lelaki tersebut.

"Woi betina,siapa kau hah nak tampar muka aku"kata lelaki tersebut sambil menarik rambut wanita tanpa perikemanusiaan.

"Awak sakit,awak!!Tolong jangan buat saya macam ni"rayu wanita tersebut.

Tanpa perasaan simpati,lelaki tersebut menendang perut perempuan tersebut sehingga keluar darah di celah kelengkangnya.Alia ingin menolong namun dia tidak mampu bergerak.Alia hanya mampu melihat sahaja.

Lelaki tersebut masih tidak puas hati lalu menghentak kepala perempuan tersebut ke dinding.Perempuan itu nyawa-nyawa ikan.Parang yang tersisip kemas di baju,diambil oleh lelaki tersebut dan
Zassss!!Dalam sekelip mata sahaja kepala perempuan itu bergolek ke arah Alia.Darah memercik ke dinding-dinding bilik tersebut.

Lelaki itu nampak cemas dan berjalan ke arah Alia dengan parang di tangan.Alia sangat takut dan dengan segala kudrat yang dia ada dia berjalan ke arah meja solek.

Alia nampak lelaki tersebut mengoyakkan tilam katil dan dia menyumbatkan badan dan kepala wanita tersebut ke dalam tilam tersebut.

Alia pengsan.Alia tersedar apabila ada seseorang menepuk lembut pipinya.Alia ingatkan suaminya,namun dia bungkam apabila melihat wanita tanpa kepala sedang bertenggek di atas dadanya sambil berkata'hai,Alia'

Alia jerit sekuat hati namun tiada suara yang keluar.

Shhh..janganlah bising Alia.Saya cuma nak minta tolong jer.'kata wanita tersebut sambil menangis'.
Saya nak awak semadikan mayat saya dengan cara yang betul supaya saya tenang.'kata wanita itu lagi'.-the end

SeramWhere stories live. Discover now