Sempena hari jadi aku yang ke 23.Aku rasa nak beli bantal peluk panjang yang berkepala superman.Well,aku takde sapa-sapa kat dunia ni so aku kenalah raikan hari jadi seorang-seorang.Kawan??hmm aku langsung takde kawan mungkin sebab aku ni skema kot.Apa boleh buat dah nasib aku macam ni.Aku dah cuba cari kawan online tapi bila jumpa terus tak nak contact lagi.Aku ni boleh dikatakan pandai IT lah juga.Yelah kawan dah takde jdi kawan setia aku komputer jelah.Aku suka bersosial dalam laman web.Aku ada semua aplikasi orang sekarang guna.Baik whatsapp,wechat,telegram,insta,facebook dan banyak lagi lah.Aku suka gila uploaded gambar dekat insta.Walaupun follower aku ada 5 orang jer.Aku tak kisah.
Aku malas nak keluar untuk beli bantal idaman aku jadi aku beli online jelah.Orang cakap beli online tak bagus yelah kualiti barang tak dapat dijamin.Aku beli juga online apabila aku tengah search tu aku nampak ada diskaun murah gila.Bayangkan satu bantal harga dia RM 1.Besar pula tu.Hari tu jugak aku dapat bantal aku.
Pelik memang pelik tapi aku tak fikir sangat sebab esoknya harijadi aku.
Hari 1
Aku tutup semua lampu rumah.Aku bawa kek tiramisu yang aku beli petang semalam.Aku nyalakan lilin.Tapi bila fikir balik tak elok nyalakan lilin atas kek aku buka lampu balik.Hampir aku baling kek yang aku pegang apabila ternampak bantal aku elok bersandar dekat dinding bersebelahan dengan switch lampu.Takut tu takut juga sebab seingat aku bantal tu masih dalam kotak dan belum dibuka lagi.Mungkin aku terlupa kot yang aku dah buka kotak tu.Aku pun letakkan kek atas meja dan buka radio yang nyanyikan lagu harilahir.Yang peliknya lagu tu macam orang betul yang nyanyikan.Macam ramai orang dalam rumah aku yang nyanyikan lagu tu untuk aku.Ok aku dah mula naik seram.Walaupun aku tengah takut,aku makan juga sepotong kek.Haih takkanlah aku tak nak makan kot,mahal tu.Selebihnya aku simpan dalam fridge.Aku dapat rasa deruan nafas dekat tangan aku semasa aku tengah simpan kek.Jeng,jeng...bila aku menoleh bantal aku elok bersandar dekat fridge.Wow ini dah lebih ni.Ok.aku kena tenang.Dalam keadaan macam ni jangan takut.Mata superman tu seolah-olah bergerak-gerak.Aku apa lagi cabut lah.Malam tu aku tidur rumah jiran aku.Mungkin aku ni takde kawan tapi aku ada jiran yang baik.Ustaz lagi tau.Aku tak ceritakan dekat dia apa yang berlaku sebab tak penting kot.Hari 2
Aku balik rumah aku.Aku tengok semua sama jer.Mungkin aku penat kot semalam.Ok untuk tahu semua tu mimpi ke realiti firstly aku kena tengok kotak bantal aku.Ok masih belum buka lagi.Kan aku dah agak semuanya sebab aku penat semalam tapi bila aku tengok bantal tu elok bersandar kat dinding sambil pandang aku, ok ni bukan main-main.Aku cari balik kedai yang aku beli online semalam dan cuba teka kedai tu takde!!!Sedang aku serabut memikirkan masalah ni,aku terdengar suara sayup-sayup berkata "cari apa tu?".Hembusan nafas di telinga aku membuatkan bulu roma aku meremang.Aku menoleh dan bantal aku tu betul-betul sebelah aku sambil tersengih sinis ke arah aku.Bantal aku tu berdiri tanpa ada sebarang benda menahan dia.Ini gila.Aku pun apa lagi buka langkah seribu lah tapi sayangnya bantal aku tarik aku sehingga aku jatuh tersungkur.Perlahan-lahan aku rasa badan aku diangkat dan dibaling ke dinding.Berulang-ulang sehingga aku rasa dunia aku gelap.Hari 3
Aku buka sedikit mata aku dan darah ada di mana-mana.Aku dapat rasa kepala aku berdenyut-denyut.Aku tengok reflection aku dekat cermin,cecair lembik mengalir keluar dari kepala aku.Kejap itu otak ke?.Ini semua tak boleh diterima.Ini semua mimpi.Aku menangis sambil menahan kesakitan.
"Liat sungguh kau nak mati kan bangsat".Bantal aku bersuara.Bukan bantal aku tapi benda tu.Aku diam."Baiklah,kita buat deal.Kau kena jadi tuan aku atau kau mati.Pilihan di tangan kau".Aku berdiri perlahan-lahan dan menoleh ke arah benda tu.
Ya ALLAH,buruknya.Kaki aku mengeletar aku tersangat-sangat takut.Matanya yang terperosok ke dalam merenung aku.
Perlahan-lahan aku mula azan.Benda tu sangat marah,aku ditusuknya pisau berulang-ulang.Hari 4
Mungkin jiran aku pelik kenapa aku tak keluar rumah dua hari dan dia dpat rasakan ada benda dalam rumah aku.Dia datang bersama 5 orang ustaz ke rumah aku.Benda tu sangat marah tapi Alhamdullilah semuanya selesai dengan baik.Benda tu dipulangkan ke tempat asalnya.Dan aku di hospital menerima rawatan.3 tahun selepas itu..
Aku ketawa melihat telatah si comel aku.Ye kini aku dah berkahwin dan aku ada ramai kawan.Jiran yang menolong aku tu berkata mungkin disebabkan aku berseorangan dan tiada teman ataupun kawan menyebabkan benda tu ingin berdamping dengan aku.Tapi sehingga sekarang aku tak pernah berjumpa dia lagi.Dia lesap tiada khabar.Aku harap di ok jr kat luar sana.Tq brader sebab tolong aku.
YOU ARE READING
Seram
HorrorCerpen seram yang akan buatkan anda berasa diperhati,direnung oleh entiti yang tidak boleh dilihat.Hanya boleh dilihat apabila hijab anda terbuka.Harap terhibur dengan keseramannya