Aku tetap akan jaga kau
Walaupun nyawa terpisah
Daripada jasadku
Ingatlah aku sentiasa
BersamamuNamaku shasha.Aku tiada ahli keluarga lain di dunia ni selain kakakku.Kakakku selalu pulang lewat.Dia bekerja sebagai pelayan di sebuah restoran 24 jam.Walaupun aku selalu tak dihiraukan kerana kesibukkannya,aku tahu kakakku sangat sayangkan aku sebab dia sanggup bersusah payah mencari rezeki untuk menyara kehidupan kami.
Malam itu ialah malam yang akan ku ingat sampai bila.Kakakku tergesa-gesa masuk ke dalam rumah tanpa memberi salam.Kebetulan pula pada ketika itu aku tidak mengunci pintu rumah.Kakakku terus masuk ke dalam biliknya di tingkat 2.Kedengaran pintu bilik dihempas kuat.Perasaan ingin tahu membuak-buak dalam diriku.Aku pun terus menuju ke bilik kakakku dan memulas tombol pintu biliknya.Tak berkunci!!Hairannya sebab kakakku selalu kunci pintunya.Aku buka perlahan-lahan pintu biliknya.Aku ternampak kakakku sedang duduk bersila di atas katil dan rambut panjangnya menutup wajahnya.Sekali-kali terdengar esakan halus.Aku duduk di sebelahnya.Agak lama aku mendiamkan diri kerana nak beri peluang kakakku menangis semahunya.Aku jadi kekok dan bosan.Aku bersuara "kakak kenapa kakak nangis,ceritalh kat adik.Mana tahu adik boleh tolong ke".Perlahan-lahan kakakku mengangkat kepalanya.Kakakku bersuara"kau tak takut ke?".Hah!"Kenapa adik nak takut pula?".Aku tersengih.Namun pertanyaan ku tak dibalas malah dibalasnya soalan."Adik ko sayang aku tak?".Hish,kenapa dengan kakakku ni.Aku tetap balas juga pertanyaannya."Mestilah adik sayang kakak.Adik mana je yang tak sayang kakaknya".Aku berkata sambil memeluk kakakku."Adik kau kena tahu walau nyawa aku terpisah daripada badan aku tetap akan jaga kau".Kakakku berkata dengan nada lesu.Aku tercengang."Apa ni kak cakap macam ni.Akak buat adik takut jelah".Kataku.
"Adik ko lupa sesuatu eh?".Kakakku berkata dengan nada suara mengejek."Lupa?lupa apa?".Aku bertanya."Hehehehehe".Kakakku ku mengilai-ngilai.Dalam otakku memproses maklumat untuk ingat balik apa yang aku lupa,aku terpandangkan almari bilik kakakku.Aku teringat kejadian tu yang menyebabkan aku tak boleh nak terima hakikat sehingga orang kampung ingin hantar ku ke pusat orang gila.Aku menggigil.Aku nak lari namun aku dipegang kuat oleh kakakku.Tangan ku sakit.Aku menangis."Kenapa kau nangis wahai adikku?Kau takut dengan aku ke?"Kakaku menangis mendagu-dayu sekali."Kau bukan kakak aku.Dasar setan.Lepaskan aku".Aku jawab dengan air mata tak henti-henti mengalir dari tubir mataku.Malam itu aku berjalan -jalan seorang diri di taman rekreasi yang terdapat di sekitar kampungku.Aku terdengar suara orang bergaduh.Aku mencari-cari suara tu.Aku ternampak kakakku dikelilingi beberapa orang lelaki."Tolonglah jangan bunuh aku,aku janji akan bayar balik".Kakakku merayu-rayu dekat salah seorang lelaki tersebut.Mungkin ketuanya.Aku nak pergi tolong kakakku tapi kakakku terpandang kanku dan mengarahkanku untuk pergi dengan isyarat matanya.Jarak aku dengan kakakku hanyalah 10 meter.Aku tetap nak pergi juga.Baru beberapa langkah aku jalan nak pergi ke kakakku,aku terdengar bunyi wanita menjerit.Aku terpandang kakakku mengelupur dengan kepalanya terpisah daripada badannya.Aku terduduk.Mata kakakku memandangku dengar air mata mengalir di celah kelopak matanya.Isyarat matanya seolah-olah mengatakan dia minta maaf kerana tak dapat menjagaku lagi.Aku melihat sekumpulan lelaki tadi mula beredar tinggalkan kakakku.Aku amati setiap wajah lelaki tersebut dan perasaan dendam mula membara dalam diriku.Aku segera berlari ke arah kakakku dan sempat aku mengambil kepalanya.Aku duduk sebelahnya.Air mataku mengalir tak henti-henti daripada tadi seperti hujan lebat.Aku meraung sambil memeluk kakakku."kakak jangan tinggalkan adik,tolong kak bangun!!!".Aku mengoncang tubuhnya yang pucat.Aku bangun dan seret tubuh kakakku untuk bawanya balik ke rumah.Aku jahit kepala kakakku dengan tubuhnya dan letakkan dia di dalam almari.Orang kampung nampak dan ingin mengebumikan kakakku tapi aku tak bagi.Aku tak sanggup.Selama ni kakak lah tempat aku bermanja.Tempat aku luahkan segala suka dukaku.Kakak lah tempat aku bergantung hidup.Aku tak sanggup sehinggakan aku digelar gila.
Lamunanku terhenti apabila terdengar bunyi pintu almari dibuka.Aku melangkah ke arah almari tersebut dan serta-merta bau bangkai menusuk hidungku.Aku tahu kakakku ada di sebelahku.Aku pandang dia."Adik aku tak tenang tolonglah semadikan aku dengan baik.Tolonglah"."Kakak kenapa kakak tak tunjuk muka kakak?".Tanya ku."Aku tak nak kau takut wahai adikku".Kata kakakku."Tak adik takkan takut".Kakakku selak rambutnya dan nampak lubang matanya yang tiada bebola matanya.Kulitnya yang tersiat-siat.Aku tak takut malah aku memeluknya.Aku terlalu merindukan dia.Aku berkata"Kakak adik tak ada tujuan hidup bila kakak pergi dari hidup adik.Dengan adanya mayat kakak di rumah ni,adik rasa bertanggungjawab untuk menjaganya.Tapi itu dulu sekarang adik ada misi nak dibuat"."Adik walaupun kakak tak ada ,kakak sentiasa di sisi adik".Selepas mendengar kata-katanya itu aku terus keluar dan menuju ke rumah tok ketua.
"Tok!!Tok!!"
Pintu rumah dibuka dan terjengul kepala tok ketua.Dia kelihatan takut dan terkejut.Aku memintanya untuk mengebumikan kakakku.Dia tak nak kerana hari sudah pun lewat malam tapi aku merayu-rayu sehinggalah akhirnya dia setuju.Setelah selesai urusan mengebumikan kakakku,aku ingin jalankan misi yang telah aku rancang dalam kepala otak aku ni.Namun nasib ku malang aku ditangkap dan di bawa ke hospital sakit jiwa.Semua itu tak menghalang aku untuk terus menjalankan misi aku.Malam itu aku lari keluar dari wad.Aku berjalan menuju ke suatu tempat dengan bantuan kakakku.Hanya aku sahaja yang boleh nampak dia.Aku tiba di sebuah rumah.Aku bunuh semua pengawal untuk memudahkan kerja aku.Akhirnya aku jumpa dia,ketua kumpulan spirit moon yang bunuh kakakku.Dengan perasaan marah aku memenggal kepalanya seperti mana yang dia buat pada kakakku.Namun aku masih rasa tak puas hati.Aku kerat badannya ke cebisan-cabisan yang kecil dan aku letakkan dalam plastik hitam.Aku berlalu keluar dari rumahnya dan pergi ke lorong yang memang terkenal dengan anjing liar yang makan manusia.Aku campakkan segala daging-daging badannya ke anjing-anjing tersebut.Dengan lahap mereka memakannya.Aku tersenyum gembira sambil memandang muka kakakku yang berseri-seri kerana gembira aku bunuh orang yang mengambil nyawanya."Hahahahahaah".Aku ketawa berdekah-dekah kerang senang hati.Selepas ni aku akan bunuh pula konco-konconya.-the end.

ANDA SEDANG MEMBACA
Seram
HorrorCerpen seram yang akan buatkan anda berasa diperhati,direnung oleh entiti yang tidak boleh dilihat.Hanya boleh dilihat apabila hijab anda terbuka.Harap terhibur dengan keseramannya