Rambut

144 6 0
                                    

"Haishh..jeles sih aku tengok si Laila tu..Rambut dia dah lh ikal mayang ramai peminat pula tu.Aku ni haprak pun takde peminat..Rambut pula mcam penyanyi Alley cat.Klau aku ni lelaki takpe jugak ada rambut macam tu.Aku ni pompuan mana ada lelaki nak pompuan rambut macam ni kan?"

"Haiya..ko jeles ke Mina..relax arhh..ko nak  rambut macam Laila tu ker?.Klau ko nak aku boleh bagi."

"Ye ke Ain..wah!!Mestilah aku nak.."

"Ok set.Esok pagi ko datang rumah aku."

Esoknya..
"Tak sangka Ain bagi rambut palsu ni free jer...wah serius cantik.Macam rambut betul.Tapi kenapa ada tompokan merah eh??.Ermm mungkin cat ko sebab parents Ain kan jual tong cat".

Malam itu..
Mina menjerit ketakutan apabila rambut palsunya seolah-seolah terbang.Mina terus masuk ke dalam biliknya.

Pelbagai kejadian aneh berlaku sejak rambut palsunya itu dibawa balik rumah.Oleh sebab itu Mina tinggalkan segala perkara mungkar yang pernah dia lakukan,dia merasakn bahawa semua yang berlaku ini pasti balasan di atas dosa-dosanya yang silam.Ajaibnya kejadian itu berkurangan dan Mina berani untuk memakai rambut palsu yang tidak diketahui asal-usulnya itu.

Malam itu semasa Mina pergi ke bilik air untuk mengambil wuduk untuk mengerjakan solat Isyak dia ternampak rambut palsu dia terbang lagi.Namun ketika ini dia beranikan diri untuk melihat dan rupa-rupanya rambut palsu itu ditiup oleh angin kipas.Rambut palsunya yang digantung di dinding itulah memyebabkan rambut itu seolah-olah terbang apabila ditiup angin kipas.
"Jadi semua kejadian aneh yang aku alami ni ada sebab disebaliknya..Ciss!!buat penat jer aku solat tunggak-tonggek.Argh.Malas lah aku nak solat lagi."
Selalunya Mina membaca Yaasin setiap malam tetapi malam itu dia tidak baca kerana dia tahu rambut palsunya itu tidak ada kaitan langsung dengan perkara mistik.

Mina tidur nyenyak malam itu sehinggakan bunyi fonnya yang berdering menjerit untuk diangkat tidak didengarinya.Akhirnya pemanggil di sana menghantar pesanan ringkas.

Mina terbangun pukul 3 pagi kerana kehausan.Sekembalinya dia ke bilik tidur,dia mencapai fonnya dia melihat 15 kali Ain menelefonnya dan 1 pesanan ringkas daripada Ain.

Mina membuka pesanan ringkas yang diberi Ain dan matanya membuntang membaca apa yang dihantar oleh Ain.Mina segera bangun untuk mengambil rambut palsunya namun dia menggigil apabila ternampak rambut palsunya berada di kakinya.

Arghhh!!!

Leher Mina dicerut rambut palsunya.Urat-urat biru terselah di mukanya.Matanya tersembul.Mina mati dalam keadaan yang sangat ngeri.

Lampu di rumah Mina berkelip-kelip seolah-olah gembira dengan kematian Mina.

Fon Mina yang terjatuh di lantai bernyala.Terpampang pesanan ringkas yang diberi Ain.
"Mina kenapa ko tak jawab panggilan aku.Aku nak minta maaf sangat-sangat kat ko.Sebenarnya rambut palsu tu rambut Laila.Aku memang benci kat dia sebab dia selalu menghina ko.Lepastu ko cakap ko nak rambut macam dia.Aku dapat idea untuk bunuh dia dan ambil rambutnya untuk diberikan pada ko.Tapi sekarang roh dia tak tenteram.Sekang dia dah datang.Cepat buang rambut palsu itu.Aku sebenarnya cintakan ko Mina."

SeramWhere stories live. Discover now