Apartment

44 3 0
                                    

Aku seorang penuntut universiti di sekitar Johor Bahru.Aku menyewa sebuah aparment dua tingkat disebabkan asrama di universiti aku sudah penuh.Harga apartment agak berpatutan untuk student macam aku.Aku tak berkongsi apartment aku tu dengan orang lain sebab aku tak suka.Hiasan dalaman apartment aku agak klasik macam hiasan orang inggeris zaman dulu kala.Aku suka dan balkoninya menghadap sawah padi yang menghijau.Aku diberi amaran untuk tak buka almari,laci dan bilik selain bilik aku.Aku hanya dibenarkan berkeliaran di bilik tidur aku,ruang tamu dan dapur sahaja di ruang bawah.Ruang atas, aku sama sekali tidak dibenarkan naik.Takut memang takut.Macam ada kisah paranormal jer.

Dah agak sebulan aku duduk apartment ni dan tak ada kejadian pelik ataupun seram yang berlaku.Aku pikir ada.Hahaha 😂.

Disebabkan mulut aku ni cabul sangat,aku diganggu malam tu.Memang shit betullah.

Malam itu seperti biasa aku masuk tidur dalam pukul 10.Aku tak suka tidur lewat sebabnya aku takut.Menyesal juga sebab tak ajak kawan-kawan aku duduk sama dengan aku.Golek punya golek atas katil tiba-tiba... .Tit!!Woah terkejut beruk aku.Fon ni pun satu hal masa nilah kau nak kong.Nasib baik tak kena heart attack.

Aku pandang siling,siling pandang aku.Entah mengapa mata aku ni tidak boleh lelap.Selalunya boleh jer lelap.
Aku terdengar derapan kaki di atas tangga.Bunyi almari dan laci yang bergegar.Nak telefon kawan fon dh kong.Malam itu blackout pula.Korang rasa?tak rasa apa-apa??..ok fine..apa -apa jelah..

Aku rasa lebih baik aku tidur rumah kawan aku.Dengan baca Bismillah aku lari ke arah pintu.Pintu tu aku tak kunci sebab tak boleh nak kunci.Tapi masa tu pintu tu tak boleh nak buka.Aku cuba sekuat hati tapi tetap tak boleh buka juga.Peluh merenik-renik di dahi aku.Aku panik.Aku takut.Bunyi deruan nafas di belakang aku buatkan aku tak boleh nak bergerak.

Aku tak boleh nak buat apa-apa aku seperti digam.

"Awak panggil saya ke?".

Eeh,benda tu cakap dengan aku pula.Untah bila masa aku panggil dia untah.Aku just cakap tak ada benda pelik atau seram yang berlaku seperti apa yang aku jangkakan.Aku rasa benda ni masa sekolah dulu bm dia ni mesti fail kan.Korang rasa?

Ok back to the reality..

"Maafkan saya,saa...saya tak berniat nak panggil awak punnn.."

"Hahahahahahaha.Lebih baik awak pergi sebelum terlambat"

Benda tu mengilai-ngilai.Ya ALLAH masa tu aku rasa jantung aku ni dah berhenti berdenyut..Takut yang teramat.Aku berlari sekuat hati sehingga aku terlanggar almari.
Almari tu terjatuh dan barang-barang dalamnya habis bertaburan.

Dengan bantuan lampu jalan aku lihat dan pegang barang tersebut dan..

Arghh!!
Tangan,kaki segala anggota tubuh badan manusia ada dalam almari itu.

Aku terdengar derapan kaki dari arah belakang aku.Aku menoleh dan ternampak owner apartment ni.Aku mengucap syukur yang teramat sangat tapi malang bagi aku.

Aku ternampak owner tu pegang sebilah kapak dan tanpa dapat aku berbuat apa-apa..

Zassss!!!

Aku dapat rasa bilah kapak itu memutuskan urat-urat di leher aku.
Air mata mengalir di kelopak mataku disebabkan rasa yang teramat sakit.

"Aku sudah beri amaran jangan sekali-kali buka almari ni  tapi kau degil.Aku takkan biarkan student macam kau buat aku masuk dalam lokap".

Cahaya matahari dari luar membuatkan mata aku berasa silau.Aku terjaga.Aku masih hidup lagi!!..
Mimpi malam tadi memang ngeri dan nampak  macam realiti.Aku turun dari katil dan melangkah ke arah bilik air.Aku memulas tombol pintu bilik air tersebut tapi aku tak boleh.Aku  tak boleh nak pegang.

Aku keluar apabila aku terdengar bunyi bising di ruang tamu.Aku melihat badan aku terbaring kaku di atas  carpet di ruang tamu.Owner apartment tu sibuk mencencang anggota badan aku dan masukkannya dalam almari dan laci yang terdapat di ruang tamu ini.Aku menangis,menjerit ke arah owner tersebut tapi usaha aku hanyalah sia-sia sahaja.Dia tak dengar.

Aku melihat beberapa orang gadis sedih melihat keadaan aku.Salah seorang daripadanya datang dan berkata
"Sudahlah tak guna kau menangis,aku sudah cakap pergi sebelum terlambat tapi kau degil.Kau dah terperangkap dekat sini dengan kami".

Aku meraung.Aku menangis.
Tidak!!!!!!!

SeramTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang