Mimpi

236 9 0
                                    

Malam itu guruh berdentum-dentum kedengaran di luar rumah.Jam menunjukkan pukul 12 malam.Aku tinggal keseorangan di rumah.Aku mengunci pintu bilikku kerna ibuku berpesan supaya mengunci pintu supaya aku dapat berlindung jikalau ada apa-apa yang berlaku.Aku tidur dengan lampu yang terbuka kerana takut.Bunyi pintu blikku yang cuba dibuka dari luar menambah ketakutan dalam diriku.Aku berfikir itu hanyalah khayalan aku namun bunyi itu semakin kuat.Aku ketakutan,aku segera selubung diriku dengan selimut.Akhirnya pintu bilikku dapat dibuka oleh si dia.

Kriuk..kriuk..

Serta-merta bau hanyir menusuk hidungku.Bunyi kain dan lantai yang bergeseran di lantai menimbulkan perasaan ingin tahu dalam diriku namun ku cuba untuk menahan diri daripada melihat si dia.Bunyi itu semakin mendekati katilku.Aku selak sedikit selimut yang menutupi mukaku dan aku terlihat si dia sedang mengensot ke arahku dengan baju yang basah dengan darah dan mukanya dilitupi dengan rambutnya yang kusut-masai.Aku cepat tutup semula mukaku.Rasa takut dalam hatiku hanya Tuhan sahaja yang tahu.Aku tahu si dia berada di hujung kaki katilku.Dengan perlahan aku rasa selimutku ditarik,dia seolah-olah tahu yang aku masih belum tidur.Dia menyeringai ke arah ku sambil cuba menerkam ku.Nasib menyebelahiku aku dapat meloloskan  diriku daripada cengkaman dia.Aku segera berlari keluar dari bilikku,dapat ku dengar bunyi hilaian tawanydan sempat aku menolah ke arahnya.Aku melihat darah membuak-buak keluar daripada mulutnya dan kulitnya  hangus terbakar menampakkan daging yang kemerah-merahan.Aku menangis,aku takut!Aku segera menuruni tangga dan menuju ke arah ruang tamu.Namun entah mengapa kaki tersilap langkah dan aku tersungkur di akhir anak tangga.Aku bangun dan meraba-raba mencari switch lampu.Aku lega setelah lampu dapat ku buka.Aku ternampak kelibat hitam seperti mencangkung di sebelah televisyen.Aku tak nampak dengan jelas benda tu, al-maklumlah aku ni rabun jauh.Aku mendekati benda itu,semakin aku mendekati,semakin kuat bau bangkai.Aku gagahkn juga untuk melihat benda apakah itu.Aku terkejut apabila benda itu bergerak dan bangun menghampiri aku.Aku bergerak ke belakang sambil menperbesarkan dan memperkecilkan mataku untuk melihat benda itu dengan lebih jelas.

Arhh!!!!!!

Badan tanpa kepala.Darah memanjut-manjut keluar dari lehernya memercik ke mukaku.Aku tak dapt bergerak lagi apabila badan ku tersandar ke dinding.Dia ada berapa langkah sahaja daripada ku.Aku nmpak dia mengendung sesuatu.Dia baling benda yang dikendungnya itu ke arahku..Aku tergamam.Benda itu bergolek dan terlihat ianya ialah kepalanya.Dia tersengih kepadaku sambil ketawa mengilai-ngilai.Pandanganku gelap.

Lily!!Lily!Lily!!
Bangun nak.

Ma!!aku menangis semahu-mahunya sambil ceritakan segalanya yang aku alami.Aku lega yang semua itu hanyalah mimpi.Mama aku hanyalah menenangkanku sambil memelukku.Setelah aku berasa lega,aku berasa pelik kenapa ma aku ada dekat sini bukan ker ma dengan pa aku keluar.

"Ma,kenapa ma ada kat sini?"tanyaku.

Ma aku diam sahaja.Aku hairan badan ma aku semakin sejuk dan kulit ma aku pula pucat lesi.Aku merenggangkan pelukan dan alangkah terperanjatnya aku itu bukan ma aku dan aku masih lagi di ruang tamu.Maksudnya nightmare aku masih belum berakhir lagi.-the end

SeramTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang