RAMBUT

6.4K 148 60
                                    

Amira, seorang perempuan yang mempunyai rambut pendek paras bahu. Dia cantik, putih dan dia free hair. Rambut dia ikal mayang dan lurus. Bagi amira rambut adalah segalanya. Rambutnya adalah makhotanya.

Amira berumur 25tahun. Dia tinggal bersendirian di rumahnya. Setiap hari sebelum tidur amira akan menyisir rambutnya dihadapan cermin. Rambutnya sihat dan sangat cantik. Rakan rakan sekerjanya amat cemburu akan kecantikan rambut yang dimiliki oleh amira.

Pada suatu hari, amira mendapat email daripada seseorang yang tidak dikenalinya. Tetapi isi kandungan email itu mengenai koleksi cerita seram. Amira yang tidak berfikir apa apa terus sahaja membaca segala isi di dalam email tersebut. Setelah habis dibaca kesemuanya amira berasa kurang enak.

"aduh rasa seram pulak lepas baca citer hantu tu. Nyesal plak baca" desis hati amira.

Jam menunjukkan pukul 2.30 pagi. Amira memerhatikan jam tersebut alangkah terkejutnya dia. Dia tidak sedar masa sangat pantas berlalu. Tetapi dia kembali tenang kerana esok hari sabtu. Cuti. Seperti biasa amira masih melakukan rutin hariannya menyikat rambut di hadapan cermin walaupun sudah lewat malam. Amira menarik selimut dan tidur.

Keesokkan paginya, alangkah terkejutnya amira apabila dia mendapati ada rambut rambut rosak di lantai sebelah katil single miliknya. Dia anggarkan bahawa itu rambutnya yg rosak. Tetapi, apabila amira memerhatikan rambut tersebut. Rambut itu agak panjang melebihi rambut miliknya. Rambut yang gugur itu sangat kasar. Amira masih fikir itu rambutnya

Pada keesokkan paginya, amira menerima email daripada orang yg sama. Tapi kali ini bukan koleksi tetapi hanya cerpen seram. Dia membuka lalu membaca pada lewat tengah malam. Cerpen tersebut menceritakan tentang kisah seorang perempuan yg menjumpai rambut seperti mana yg amira alami. Tetapi amira tidak percaya. Dan terus tidur.

Pada keesokkan paginya dia bangun dan terkejut melihat rambut gugur yang panjang dan kasar itu semakin banyak di lantai sisi katilnya. Akhirnya amira kaku dan terus berpindah dan duduk bersama kedua orang tuanya.

Amira teringat akan text akhir cerpen seram itu.

Apa yang sedang anda baca sekarang ni akan berlaku. Tak percaya seperti kisah di atas. Tunggu dan lihat. Jangan salahkan aku tidak memberitahu dari awal.

Certot: SeramWhere stories live. Discover now