HERO

4.6K 164 31
                                    

2.00am.
Firdaus masih tidak boleh tidur akibat terlajar tidur pada waktu siang. Pukul 7.30pm pun masih tidur. Tertinggal solat maghrib yang wajib dilakukan bagi seorang muslimin. Oleh itu, firdaus cuma untuk melelapkan matanya kembali.

Kiri kanan badannya mencari posisi yang selesa. Tapi semuanya tidak kena. Dia pun membuka laman twitter di handphone oppo miliknya yang dihadiahkan sempena hari lahirnya yang ke 19. Kemudian, semasa firdaus scoll TL nya. Dia ada terbaca satu tweet daripada followernya @maimun_ah (tidak benar)
"bila kita membaca buku automatik mata kita akan mengantuk"

Jadi dia pun terfikir akan sesuatu di otaknya. Firdaus pun log in account wattpadnya lalu membaca kisah kisah seram. Baginya ada benar kata followernya itu, sekiranya dia membaca dia akan mengantuk. Firdaus segera menarik selimut untuk menutup badannya yang terasa sejuk akibat pendingin hawa itu. Katil double decker milik dia dan abangnya masih baru dibeli di kedai perabot baru baru ini oleh bonda dan babanya.

Kisah seram yang menakutkan. Tajuk yang dibacanya.

Kusyuk firdaus membaca kisah kisah seram sehingga tidak sedar akan jam telahpun menganjak ke angka 3.30am
Tiba tiba katil double deckernya seakan akan ada sesuatu sedang menaik katil itu. Firdaus baring di katil bawah manakala abangnya di katil atas. Tetapi pada ketika itu abangnya tidak balik ke rumah lagi kerana bermain futsal.

"Kucing agaknya ni" cetus hati firdaus

"Hero! Hero! Meow? Meow" panggil firdaus untuk pastikan itu adalah kucingnya, hero.

"Meow" jwb hero disebelah kirinya. Lalu kucingnya menggeliat menunjukkan hero baru sahaja bangun dari tidur.

"Aik? Habistu siapa yang ada kat atas aku ni? Takkan abg dah balik? Bila masa pintu bilik aku terbukak?" soal firdaus pada dirinya

*watch me whip whip, watch me nae nae*
Bunyi notification handphone opponya menandakan ada seseorang whatsapp.

"Oh jilake! Terkejut aku jibeng" marah firdaus kerana terkejut

Aku tak balik, cakap dengan bonda dan baba aku tidur rumah member, kamil. -fikri

"Ha yelah." jawab firdaus spontan.

Tiba tiba pintunya diketuk kuat
"Weh, firdaus! Bukaklah cepat! Yang kau kunci bilik ni apesal? Kau nak suh aku tidur bawak ke apa? Mentang mentang katil baru! Woi!" jerit sesuatu di luar biliknya

*krek krek*
Bunyi tombol dipulas diluar tetapi dikunci di dalam.

"Kau dah tidur ke?" tiada lagi ketukan atau tombol didengari.

(Whatsapp..)

Kau kata kau tak jadi balik. Apehal ketuk pintu mcm orang gila! -firdaus

Amenda kau merepek shaiton ! Aku dengan kamil kau apesal? -fikri

Habistu siapa ketuk pintu tadi? Aku dengar suara kau lah abg? Jangan main main lah. - firdaus

Aku tak main main lah, aku dengan kamil ni tak caya aku send gambar jap -fikri

Fikri sent a photo

Ingat aku sembang ke apa? -fikri

"Dah tidur ke...." suara itu lagi sekali kedengaran sambil pintu telah pun berjaya dibuka seperi ada kunci yang boleh dibukannya kerana nampak begitu senang lalu firdaus terus menggelupur baca ayat ayat alquran dengan berterabur kerana takut sambil memejamkan matanya. Tiba tiba dia dengar dua pasang suara kedengaran sedang bergelak ketawa.

"Hahahahahahahah lawak gila muka kau dik." ejek abangnya fikri.

"Kalau takut sekalipun tengok lah
gambar tu elok elok. Tu kan tangga rumah kita aduhai" jelas fikri lagi

"Hahahahahaha firdaus firdaus. Pengecut jugak kau ni ya" kata kamil yang berada disebelah firki.

Terus firdaus membelek handphonenya sekali lagi ntuk memastikan gambar tersebut mmg diambil di tangga rumah mereka dan.."Aah lah, tangga rumah aku." desis hati firdaus.


"Tapi.. Apa benda yang bergerak atas katil aku tadi. Dan.. Oh ya aku baru sedar. Hero dah mati semalam kena langgar kereta"

Certot: SeramWhere stories live. Discover now