Aku, kamal dan amir. Kami bertiga ialah pelajar ni kolej vokasional nibong nipis, penang. Walaubagaimanapun, aku dan kamal daripada selangor. Manakala amir daripada orang selama, perak.
Tawaran daripada kolej vokasional nibong nipis tu, tidak pula menyediakan asrama. Oleh itu, pelajar yang jauh harus dikenakan mencari rumah sewa. Dah tingkatan 4 takkan nangis lagi kena tinggal dengan emak kot. Kami anak jantan lah!
Aku, kamal dan amir telah jumpa sebuah rumah sewa teres satu tingkat. Mempunyai 3bilik cukuplah untuk kami bertiga. Tidak perlu kongsi bilik. Tetapi, ada satu hal yang tak kena dengan kawasan rumah sewa kami ni. Ianya terletak berdekatan dengan kawasan kubur dan tiada rumah jiran yang berhampiran. Tetapi, antara kami masing masing ego, taknak tunjuk yang mereka semua kecut teloq. Maka setujulah kami untuk menduduki di kawasan rumah tersebut.
Hari pertama.
"Weh, amir, kamal korang ada data tak? Aku lupa nak suh parents aku topap lah"-aku
"Lah, takde jugak doh. Esok jelah, takkan mati kot takde tenet sehari" -kamal
"Aik? Hampa ni masing masing takdak ka jimat tenet ha? Aku ada ni, pasaipa?" -amir
"Buat hotspot weh" -aku
"Aah buat ah share sikit" -kamal
"Dah, passwed aku jilakahampa" -amir
Hari kedua
"Aduh! Jilaka lah maxis ni. Line mcm hanjeng! Macam mana aku nak whatsapp dengan awek aku ni"-kamal
"Yang hang pi pakai maxis tu pasaipa, tau lah tenet hang tu percuma. Sabaq jala. Len kali hang pakai lah celcom lagu aku ni. Laju ja kan?" -amir
"Mampus awek aku marah aku, dia kata aku lupakan dia! Bagi hotspot kau weh amir" -kamal
"Hahahahahha kamal takut awek shiaaaal" -aku
Sejak dua hari tu, aku, kamal dan amir tak pernah diganggu walaupun rumah berdekatan dengan kubur. Tapi sejak dari kejadian dua hari tu lah. Kamal sering memakai hotspot milik amir. Nak pinjam aku? Aku takde makwe ke apa nak beli tenet sepanjang masa. Kalau ada duit lebih aku beli kalau tak takdelah. Tapi pada hari ketiga benda itu cuma mengusik.
Hari ketiga
Aku dan kamal balik daripada kolej terus menuju ke rumah untuk berehat. Tetapi, amir keluar dengan awek yang dia baru nak usha.
"Kamal, aku tidur dulu weh. Pintu rumah kunci kalau kau pun nk tidur" -aku
"Aku nak otp dengan awek aku. Kau tidur ah. Boleh aku tunggu si budak amir tu balik date." kamal
"Okay" -aku
Jam 10.00pm
"Assalamualaikum!! Woi! Buak pintu!" -amir
"Oh amir. Malam baru balik?" -aku
"Biasa ah tu. Kamal mana?" -amir
"Ada je, dalam bilik. Otp. Amir aku masuk bilik dulu. Kau kunci pintu semua dulu" -aku
Amir balik, mandi dan terus tidur. Barangkali dia sudah keluar makan berasama awek penang agaknya.
1.00am
Amir terjaga untuk pergi ke tandas dan tetiba tekaknya terasa kering. Amir nampak kamal sedang bermain phone di ruang tamu.
"Pasaipa hang tak tidoq lagi ni? Bru habih otp ka. Aik? Bukan phone hang kena rembat ka kamal? -amir
"Manade, jumpa balik"-kamal.
Amir terus masuk kedalam biliknya dan ingin menyambung tidur. Tetapi dia tidak boleh tidur dan mencuba pelbagai posisi untuk membuangkannya selesa dan mengantuk. Tetapi tidak berhasil. Amir keluar dari bilik menuju ke ruang tamu.
"Weh, aku tak boleh sambung tidoq aku lah! Tenet pulak takdak. Ha kamal kau ada tenet kan. Hotspot ah! Lekaih. Haritu aku kasi hang" amir
"Password aku jangantakut." kamal
"Hah? Pasaipa hang punya paswed lagu tu? Gila ka?" -amir
2.30am
"Hang nak pi mana kamal?" -amir
"Tandas" -kamal
3.00am
"Jilakanya, buat apa si kamal dalam tandaih tu lama lama" -amir
*tukktukktukk*
"Siapa pulak yang ketuk pintu pagi pagi buta ni?" desis hati amir
Amir membuka pintu dan alangkah terkejutnya bahawa aku dan kamal berada di muka pintu.
"Hang setan! Hang setan! Keluaq hang setan!" -amir
"Woii woii kau apehal kata kitorang setan. Nak mati ke?" aku marah
"Sial! Siapa dalam bilik dan kat tandas tu!" amir menjerit
"Siapa apa kau ni" kamal
"Sat sat hang ni setan ni. Kalau dak, lagumana aku boleh dapat tenet dari hotspot kamal!" amir
"Weh weh chill, kau kenapa ni amir. Hotspot apa ni? Phone aku kena rembat kat sekolah tadi pagi kan?" kamal
"Kamal kata manade! Dah jumpa!" amir
"Weh, aku lah kamal kau kenapa." kamal
Amir menarik aku dan kamal pergi ke tandas yang membuktikan bahawa kamal ada di dalam tandas. Alangkah terkejut bukan kepalang amir bahawa kamal juga memang berada di dalam tandas sedang pensan. Tiba tiba aku yang terjaga dari tidur yang lena pun keluar dari bilik aku akibat terdengar suara yang bising. Dan Aku juga terkejut melihat wajahku yang serupa seiras dan sekata sangat dengan wajah yang di hadapan tandas ini.
Tiba tiba wajah keduanya yang meneyerupai aku dan kamal bertukar menjadi jasad seperti mayat berbungkus putih sengih di hadapan kami. Aku dan amir juga turut pengsan.
Ketika kamal ingin ke tandas dan mengapa dia boleh berlama sehingga 30 minit. Kerana dia ingin membuang hajat. Selepas dia basuh hingga bersih dan flash. Dia membuka paip singki di hadapannya untuk membasuh muka. Tetapi tiba tiba dia melihat ada sesuatu lembaga menyerupai pocong di pantulan cermin hadapannya. Kamal segera menoleh berlakang tetapi pocong itu tiada. Sekali lagi kamal membasuh muka dan kumur. Dia terus pusing kebelakang dan tiba tiba pocong itu wujud di hadapan mukanya lalu pensan.
Lepas kejadian aku, kamal dan amir itu. Kami terus mencari rumah sewa yang lain.