Bicara Sekuntum Bunga Kertas

146 10 2
                                    

Aku mencebik. Idea gila Niny memang tak boleh pakai langsung. Muktamad!

"Aku cadangkan macam itu untuk kesenangan kau juga. Aku takut suatu hari nanti kau masuk hospital sebab urat leher kau tergeliat."

Tanpa segan silu, dia terus sahaja bertenggek di atas meja kerjaku. Aku tak faham apa yang dia maksudkan. Jadi, lebih baik aku diam.

"Liza, kau dengar tak ni?!" jerit Niny. Agaknya dia sudah tak sabar bila aku buat-buat tak kisah saranannya bahkan aku buat muka poyo. Padan muka! Siapa suruh bagi idea macam itu pada aku?

"Dahlah, Niny. Tak perlu semua itu. Aku hidup lagi, kan? Sihat dan kuat!" balasku tanpa memandang wajahnya. Lebih baik aku main nombor-nombor di kalkulator ini.

"Denial... hahaha... kalau dengan aku tak payahlah kau nak menafikan perasan kau tu. Badan kau memang sihat dan kuat tapi hati kau dah dijangkiti virus. Mengaku sajalah." Niny masih lagi berusaha menghasut aku.

"Kau dah tahu hati aku tak sihat, yang kau sibuk-sibuk suruh aku pindah tempat, menghadap budak tu kenapa?"

"Aku tak nak leher kau terkehel." Habis saja ayat dia, terus dia gelakkan aku. Nasib baik sudah tamat waktu bekerja. Sekarang pejabat sudah sunyi sepi. Hanya tinggal beberapa orang sahaja yang mungkin sedang menyiapkan kerja SEGERA.

"Pergilah!" halauku. Selagi tidak dihalau agaknya sampai Maghrib nanti Niny tetap akan bertenggek di mejaku. Entah kenapa lambat pula suami dia menjemput dia balik hari ini.

"Aku offer sekali aje, tau. Lepas ni jangan nak merayu pulak!" Niny bangkit dari mejaku dan berlenggang ke tempatnya sendiri.

"Mengarutlah!"

Dan aku dengar ketawa Niny yang terbahak-bahak itu. Sabar ajelah...

*****

Curi-curi pandang lagi. Bodoh betullah aku ni! Berapa kali dah aku arahkan kepalaku agar tetap pada kedudukannya tapi kepalaku masih berdegil. Bukan ada apa-apa pun kat belakang tu.

Di belakangku hanya ada sebuah komputer di atas sebuah meja. Kerusi yang terletak di situ pun kosong tanpa ada yang mendudukinya. Meja itu juga kosong. Seluruh kawasan itu kosong tanpa ada sesuatu yang bernyawa. Kosong...kosong...kosong...ohhhhhh...

Hahaha... Aku menipu diri sendiri. Sesungguhnya di belakang aku ini ada seseorang. Dua minggu yang lalu memang tempat itu kosong namun sejak ada orang baru melapor diri, tempat itu tidak kosong lagi. Di situ ada seorang lelaki yang telah menyebabkan aku bergaduh dengan akal waras dan akal bawah sedarku. Kadang-kadang hati dan jiwaku turut masuk campur dalam perbalahan itu. Dan adakalanya, krisis dalaman itu turut melibatkan campur tangan nafsuku. Eh, apa yang aku merepek ni?

Zareeny Rahmat : Psssttt...dia dengar zikir terapi diri weh...ko tergudass tak?

Eliza Elza : TAK!

Zareeny Rahmat : Malu nak ngaku lah tu.aku nk bg kau tips ni.kalau kau nk toleh2 dia..kau gilir2 kan belah kiri dan kanan.xlah penat tengkuk kau tu.aku xmo tlg kutip kalau leher kau TERcabut.hahahahaha...

Eliza Elza : Muahahahaha...lawaklah sangat kan?buat aje keja kau tu diam2

Zareeny Rahmat : Aku buat keja diam2 lah ni sbb tu aku whatsapp kau.eh, cik abg blkg kau tu xperasan ke kau asyik tertoleh?

Eliza Elza : Shadap yuuu!

"Chief!" laung bos dari dalam biliknya. Padan muka kau, Zareeny Rahmat! Kan dah kena panggil dengan bos. Gelak lagi macam Pontianak Harum Sundal Malam...kikikiki...

SURAT CINTAWhere stories live. Discover now