Apa pun yang terjadi
Ku kan selalu ada untukmu
Janganlah kau bersedih
Coz everything is gonna be okay.....
31 Disember 2011
Aku give up! Tak kuasa dah aku nak pujuk. Lantak dia lah nak menangis sampai tahun depan pun,aku dah tak kisah. Tadi beria sangat nak jenguk isteri Cikgu Helmi beranak. Sekarang sedih pulak. Aku awal-awal dah warning, kalau rasa diri tu tak kuat sangat, baik jangan pergi. Nak pergi juga. Memang degil! Dari tadi berkurung dalam bilik sejak dia balik dari hospital. Risau juga aku tapi aku malas nak pujuk lagi. Sendiri cari penyakit.
Seingat aku,ini kali kedua Adawiyah menangis bagai nak rak macam itu sejak menjadi isteri aku. Pertama kali dulu semasa hari akad nikah kami. Hari ulangtahun kelahirannya yang dipilih sebagai hari bersejarah itu hanya membuatkan dia lebih sedih. Seluruh keluarga tidak tahu mengapa air matanya gugur hari itu. Hanya aku! Hanya aku yang tahu.
"Encik Zul."
Kuss semangat. Terkejut aku. Aku toleh ke balakang. Dia berdiri di pintu bilikku. Sumpah! Aku tak mampu nak menatap wajah dia sekarang. Nampak sedih sangat.
"Ya,ada apa?"aku jawab sambil menghulur sedikit senyuman. Aku mahu dia selesa bercakap dengan aku.
"Encik Zul lepaskanlah saya. Semua ini salah saya. Saya tak patut buat Encik Zul macam ini."dia berbicara tenang. Apa yang dia merepek ni...
"Mengapa awak cakap macam tu? Apa sebenarnya awak nak beritahu pada saya?" aku duduk di birai katil dan tepuk tilam di sebelah kananku. Beri isyarat supaya dia duduk di situ. Perlahan-lahan dia melangkah lalu melabuhkan punggung.
"Perkahwinan kita ini mengarut. Sepatutnya dari awal lagi saya tak libatkan Encik Zul dalam masalah saya. Saya minta maaf. Encik Zul,lepaskanlah saya."kali ini suara Dewi menunjukkan yang dia yakin dengan apa yang dia katakan. Tiada air mata dan sedu-sedan.
Lama aku terdiam. Aku teringat kunjungan Dewi ke hospital petang tadi. Aku tahu Dewi sedih. Aku tahu Dewi cemburu. 'Dewi,izinkan saya ubati luka Dewi itu.'
"Dewi,perkahwinan ini tak mengarut. Malah bukan satu kesilapan. Saya akan pastikan Dewi bahagia bersama saya. Saya akan berikan cinta saya sampai Dewi lupa pada cinta Cikgu Helmi."aku sentuh sedikit tangan Dewi. Dewi menggeleng.
"Encik Zul,saya benar-benar rasa bersalah. Saya baru tahu sebelum ini Encik Zul dah bertunang. Kalau saya tahu saya takkan cadangkan kerja gila ini!"
Gulp! Dia tahu aku dah bertunang. Macam mana dia tahu?
"Bila Dewi tahu dan macam mana boleh tahu ni?"
"Zetty bagi sms pada saya masa saya balik dari hospital. Kenapa Encik Zul tak cakap awal-awal? Saya malu pada Encik Zul. Saya rasa saya ini kejam sangat."air mata mengalir deras dari mata cantik itu. Aduh,aku tak sanggup! Aku letakkan tanganku di bahu Dewi. Dia cepat-cepat mengelak.
Aku mengeluh. Aku tak tahu bagaimana nak terangkan pada Dewi. Aku renung wajahnya. Dia masih sama seperti saat kami berkenalan dua tahun lalu. Ketika itu dia sedang menjalani latihan praktikal di syarikat tempat aku bekerja. Dia seorang gadis yang ramah dan boleh dikatakan mulut murai. Walaupun tempoh dia praktikal telah tamat,kami masih berhubung. Dia menceriakan hari-hariku dengan gurauan dan loyar buruknya. Ya,dia sangat bebakat dalam bidang loyar buruk. Aku ingat selama ini lelaki saja yang pandai loyar buruk.
"Hai,saya Adawiyah. Boleh panggil saya Dewi."dan senyuman itu terus aku simpan di suatu tempat istimewa. Dewi,saya akan kembalikan senyuman indah Dewi.....