bab 18

208 10 6
                                    

"ini rumah Akma mak,rumah mak juga", Akma memberitahu dengan teruja.

"tingginya rumah kami Akma. gayat mak", jawab emak.

"mak jangan la tengok bawah kalau takut", Akma senyum dia gembira melihat ibunya gembira.

"mak gurau je lah Akma. cantiknya pemandangan dari sini Akma", puji emak.

"Mak nak makan apa? Akma masak ya?", tanya Akma.

"Tak payah kamu masak biar mak yang masak. Masak kamu pun bukan sedap sangat", emak senyum.

Akma ketawa. "Kalau banding dengan air tangan ibu memanglah tak sedap mak", kata Akma.sungguh dia riang menghabiskan masa dengan ibunya.

"Akma, mak rindu akan Alma. Dah tiga tahun dia di sana. kamu tak rindu ke kakak kamu?", tanya mak.

"Dua tahun lagi Al balik mak. tak lama lagi. Akma pasti Alma boleh jaga diri dia mak. Mak jangan risaulah", Akma menyejukkan hati ibunya. Hati ibu mana yang tidak risau mengenangkan anak gadis berseorangan di luar negara.

telefon bimbitnya berbunyi. Akma sudah mengagak pastinya Shahrul Eric.

"Yes my dear", sapa Akma.
"sayang i nak datang rumah", katanya.
"My mum was here, esok i jumpa you", sudah pasti dia tidak mahu maknya tahu Shahrul Eric terlalu rapat dengannya.
"ok see you tomorrow at 4 pm", kata Shahrul Eric.
"ok bye", Akma mematikan talian.

Sapa call kamu Akma", emak bertanya.
"kawan", kata Akma pendek.
Emak malas menambah pertanyaannya dia yakin semakin banyak dia bertanya semakin menambah dosa Akma terpaksa berbohong dengannya.

Akma dan emak menghabiskan masa bersama-sama.

"Akma, mak rasa esok pagi-pagi baik Akma hantar mak ke kampung. bukan mak tak nak tinggal dengan Akma tapi nanti bila Akma kerja mak akan sunyi", cadang mak.

"Mak, rumah mak belum siap lagi. Akma belum tengokan lagi rumah tu mak. Sabarlah dulu mak. Mak tak nak tinggal dengan Akma? Akma ada buat salah dengan mak ke?", Akma bingung memikirkan salahnya.

"Bukan mak tak nak tinggal dengan Akma tapi mak rindu kampung Akma. Nanti sementara mak tinggal rumah mak long. Mak long boleh temankan mak. tiba-tiba mak terkenang mak long lah Akma", emak mula memberi alasan. memang benar dari petang tadi hatinya asyik teringatkan kakaknya yang telah kematian suami tahun lalu.

"Kalau itu keputusan mak,Akma tak membantah. Mak tinggallah di rumah Mak long sementara tunggu rumah lama di baiki", kata Akma dia faham akan kerinduan emak kepada kampung. Sudah hampir empat tahun mereka meninggalkan kampung. Masa kematian suami mak long mak dan dia hanya menjenguk sekejap. Mesti Mak long sunyi.

"Terima kasih Akma, sebab faham mak. mak tahu Akma sekuat Alma, boleh jaga diri", kata emak.

"Akma turutkan aje kehendak emak. Mak jangan risau akan Akma tahulah Akma jaga diri Akma. Mak cuma perlu doakan kejayaan Akma ya", pinta Akma.

"Mak sentiasa doakan kejayaan kamu nak", ujar emak.

"Jomlah mak, kita tidur. esok nak kena bangun awal balik kampung", ajak Akma.

mereka menapak ke bilik tidur.

******************************

Akma bangun apabila merasa tubuh emaknya tiada di sebelahnya. kelihatan dihujung katilnya ibunya sedang menadah tangan bertelekung. Akma senyum. Dia kembali memejam mata.

Matahari telah menyinari alam maya. Emak membangunkan Akma. Sedikit Akma mengeliat. mengerling jam. Tujuh pagi. Akma senyum melihat wajah ibunya.

"Mak betul ke nak tinggal di kampung ni?", tanya Akma inginkan kepastian.

"Betul Akma. Akma pun dah berdikari. Mak tak nak susahkan Akma", mak membalas.

"Mak tak pernah pun susahkan Akma, Akma gembira mak di sisi Akma. Tapi mak pula nak balik kampung", Akma seakan merajuk.

"Akma, nanti kalau Akma rindu mak, Akma baliklah. Jiwa mak di kampung Akma", pujuk mak. Akma hanya senyum. Berlalu ke bilik air.

*********************************

Perjalanan yang memakan masa satu jam itu menuju destinasinya. Akma sempat juga singgah membeli segala keperluan dapur untuk ibu dan mak long nanti fikirnya.

Akma memberi salam di depan rumah mak long. Mak long yang berwajah manis itu menyambut mereka dua beranak dengan gembira.

"Rindu mak long pada kamu Akma", Akma bersalaman dengan Mak long.

Semua barang dari but kereta dikeluarkan.

"Banyak betul kamu beli Akma. Mak Long dah sediakan makanan untuk kamu dengan adik mak long ni", kata mak long.

"Terima kasih mak long. Rindu dengan masakan Mak long", ujar Akma.

"Jom naik Akma. Zah", mak long menjemput.

"Mak long, Akma nak baiki rumah lama kami tu lah rasanya", luah Akma tangannya sibuk mencedok lauk di atas dapur.

"Mak kamu tinggal dengan mak long je lah Akma. Lagipun mak long tak ada siapa-siapa yang temankan", pujuk Mak long.

"tapi tak pe lah Akma baiki rumah tu. Kalau mak long nak tinggal rumah tu pun boleh. Lagipun rumah tu dah lama terbiar", ujar Akma.

"Kalau kamu baiki, baiki lah tapi Mak kamu tetap tinggal dengan Mak long", kata mak long pula.

"Mana Munirah mak long?", tanyaku.

"Munirah dah masuk tingkatan 6 sekolah asrama Akma, abang Johan kamu dah lama tak jenguk mak long. Sunyi Mak long Akma", Akma mengangguk faham dengan kesedihan yang di hadapi mak long.

"Kak long, betul kak long tak kisah saya tinggal dengan kak long ni?", Azizah mahukan kepastian.

"Zah engkau adik aku. Tak akan aku tak ajak kau tinggal dengan aku. Tapi kalau kau nak tinggal dengan anak kau aku tak halang Zah", Mak long seperti merajuk bunyinya.

"Kak, Zah gembira tinggal dengan akak. Nak tua bersama kakak", Azizah memujuk.

"Dah jom makan, Akma dah lapar ni", Akma mematikan kata-kata mak dan Mak long.

Mereka bertiga menghayati makanan di atas meja. Kari ayam kampung, sambal belacan dan ulam-ulaman begitu menyelerakan Akma.

---------------------------------------------------

sorry lama tak update. tumpuan sekarang untuk menghabiskan kau yang pertama terlebih dahulu.. Dari sebuah lagenda akan slow update sehingga Kau yang pertama dan Mira Edora siap. Thanks kepada pembaca..

---komen dan kritikan amat dihargai---- ❤

Dari Sebuah LagendaWhere stories live. Discover now