Bab 21

151 4 0
                                    

"Akma, jangan lupa temujanji kita. Malam nanti", Shahrul Eric mengingatkannya sebelum bergegas pulang. Datin Maira mengajaknya makan sekeluarga. Akma pula mengambil kesempatan untuk berada di pejabat.

Setelah pasti tiada manusia lain di pejabat itu perlahan-lahan Akma membuka pintu pejabat Shahrul Eric. Matanya meliar memerhati sekeliling. Kakinya terasa sejuk. Apa yang dia lakukan adalah salah. Amat salah. Kalau Shahrul Eric tahu dia menceroboh begini. Pastinya mampus. Biarkanlah. Setiap kerja ada risikonya. Dia memasukan pemacu kilatnya memuat turun fail yang bertajuk DRAGON itu secepat mungkin. Selesai kerjanya cepat-cepat dia keluar meninggalkan pejabat. Dia sepatutnya berjumpa Wadi malam ini.

Segera Akma memacu keretanya ke Riverside Kuching. Panggung wayang menjadi pilihan Wadi untuk bertemunya kali ini. Cerita pilihan seperti selera Wadi. James Bond. Mengapa perlu cerita begini? Dia bukan seperti gadis bond yang terpesona dengan body tegap Daniel Craig. Tiket wayang di beli. Duduk bersebelahan dengan Wadi pastinya.

Sampul surat bertukar tangan. Isinya tidak memuaskan hatinya.

"Huh.. makin lembap kerja kau", keluh Akma.

"Zaman dah berubah. Itu je aku mampu buat Akma. Dia baik sekarang ni. Ada anak tiri handsome. Kau sendiri tengok kan? kacak budak tu. Zefrina tu pulak sibuk dengan aktiviti kebajikan. Berkawan dengan golongan atasan. Menjalani kehidupan isteri orang kenamaan. Anak lelaki Zefrina waris semua harta bapak kau Akma", perkataan bapa itu seperti sengaja di tekankan.

"Kau tak perlu tahu apa yang kau tak patut tahu, Wadi, aku nak sisi gelap dia bukan sisi suci mereka ni. Kalau ini yang kau bawa dalam facebook pun aku boleh tengok", Akma memulang paku buah kerasnya. Wadi terlampau demand sekarang.

"Kenapa kau upah aku kalau kau tak percayakan aku Akma?", tanya Wadi.

"Kalau kau tak nak sudah Wadi. Selamat tinggal", Akma mengacah mengangkat punggungnya ingin berlalu.

"Sorry, Cik Akma. Beri saya masa. Ada sesuatu yang ingin aku pastikan. Kalau maklumat aku tepat, kau pasti gembira", ujar Wadi.

"Terima kasih. Aku akan usaha cara lain Wadi", Akma berlalu.

'Mengapa perlu bertemu penyiasat bodoh seperti ini?', hatinya mengetus.

Akma terus pulang ke kondominiumnya. Bukan miliknya tapi Shahrul Eric. Dia perlu menyegarkan dirinya terlebih dahulu.

"Ooooo, mak pocot hantu", dia terkejut. Kaku.

"Kenapa dengan you ni? You dari mana?", Shahrul Eric menyergahnya.

"I dari parkson riverside. I ingat nak beli baju baru, tapi tak ada pulak yang berkenan di hati", balas Akma. Walaupun hatinya sedikit gemuruh tapi bahasanya tetap lancar.

"You tak tunggu i. Kan i cakap i datang nak jumpa you, Akma, jom i teman you makan", malas rasanya ingin memanjang cerita dengan Akma.

"I mandi dulu. You tunggu ok?", Akma berlalu.

Shahrul Eric mengalih perhatiannya kepada televisyen. Dia beralih dari chanel ke chanel lain. Bunyi titisan air mandi Akma boleh pulak sampai ke pendengarannya. Mengganggu segenap perasaannya. Dia bangun menghampiri pintu bilik Akma. Tidak berkunci. Dia senyum. Kembali ke tempat duduknya di depan tv.

"Eric, apa yang seronok sangat dalam tv tu?", Akma bertanya.

"Tak da apa lah Akma. Jom" Shahrul Eric bergegas ke pintu.

**************************************

Raja Ayam Bakar menjadi pilihannya. Dia ingin makan ayam dan ulam-ulaman malam ini. Biar pedas sambal ayam penyet itu membakar amarahnya. Sekaligus menjana pemikirannya.
Penantian enam bulan untuk hasil siasatan Wadi sia-sia. Wadi banyak membuang masanya sekarang.

Hidangan sampai di mejanya. Segera dia makan. Tanpa menunggu pelawa Shahrul Eric. Akalnya berkecamuk. Kebijaksanaannya jelas tercabar sekarang.

"Lapar betul you sayang", Shahrul Eric bersuara.

"Dari pagi tadi i tak makan tau. Eric, sorry ya. I memang tengah cocentrate dengan makanan ni i tak pedulikan you", sedar akan tindakannya sedang diperhatikan dia bersuara.

"Akma, you tetap cantik di mata i, jangan risau. Saham you tak jatuh", Shahrul Eric senyum.

Akma sekadar membalas senyuman itu. Kalaulah dia berterus terang dengan Shahrul Eric, mahukah lelaki itu membantunya?

"Eric, i rasa esok i nak balik kampung sekejap tengok mak i", Akma bersuara.

"Ok. Berapa lama?", kalau Akma ingin pulang untuk seketika biarkan sahaja.

"Hanya untuk esok sahaja rasanya", kata Akma.

"I tunggu you balik Akma. I nak bawa atuk dinner dengan kita malam esok", ujarnya.

"Ok, boss", jawab Akma pendek.

Usai makan Shahrul Eric terus menghantarnya pulang memandangkan dia akan pulang ke kampung keesokan harinya.

Seketika sebelum terlena dia ingin menghantar e-mel untuk Alma.

Alma yang sentiasa gembira dan tenang,

Tak payah bertanya khabar. Aku pasti kau sentiasa sihat dan cemerlang. Baru minggu lepas Datuk puji kebolehan kau depan mesyuarat lembaga pengarah. Tahniah.

Kau sentiasa buat yang terbaik Al. Al, kalau kau dah bosan di London, kau boleh balik.. Kalau kau nak tengok Eropah, sistem monarki kesukaan kau.. melancong lah sebulan dua.

Okay my dear. Aku tunggu kau pulang.

Hidup seindah impian.
Akma A.K.

Send. E-mel dihantar. Akma menuju ke katilnya. Dia merebahkan dirinya. Akalnya masih bergerak. Kalau Alma pulang, apa yang perlu Alma lakukan? Jawatan apa yang akan diberikan oleh Datuk Ismath Mikhael untuk Alma? Gusar. Hatinya gusar. Kalau Alma pulang bermakna dia perluu segera merencana. Alma perlu mendekati keluarga Khairuddin. Alma pasti mampu mengorak kehidupan keluarga itu seperti kehidupan dia dan Alma. Shahrul Eric perlu membantunya. Dia pasti Shahrul Eric akan ada kegunaannya selain daripada menjadi bank bergerak. Akma berfikir dan terus berfikir hingga terlena. Pengharapannya, esok adalah hari yang indah buatnya. Adakah keindahan akan dimiliki sekeping hati yang hitam?

---------------------------------------------

buat pembaca terima kasih untuk setia...

Dari Sebuah LagendaWhere stories live. Discover now