Shahrul Eric bersandar di pintu bilik hospital Akma. Dia hanya mampu memandang Akma kaku. penyesalannya bukan kepalang. Dia menghampiri wajah yang kaku itu.
"Maafkan I sayang. I tak sengaja. I tak nak you kenal sisi gelap I. I takut Akma, you tinggalkan I. Kalau I tau you akan kaku macam ni I rela kehilangan you Akma",
Jari jemari Akma digengamnya erat.
"Bangunlah sayang. I rindukan suara you. Akma, I tak akan putus asa menunggu you" Shahrul Eric melepaskan tangan Akma perlahan-lahan. Dia berpaling. Dia ingin keluar dari bilik yang sepi itu.
Ibu Akma, Azizah berada di depan pintu. Sedikit terkejut dengan kehadiran Shahrul Eric.
"Eric tak kerja ke hari ni?" tanya Azizah.
"Saya cuti Mak Zah tu datang melawat Akma. Maafkan saya datang tak bagi tau Mak Zah" balas Eric sopan.
"Mak Zah, nak bacakan yassin untuk Akma. Marilah baca sekali", kata Azizah.
Shahrul Eric terpinga. "Mak Zah, Akma masih berpeluang untuk sedar. Cuma ambil masa je" ujar Shahrul Eric. Jelas di wajahnya kebinggungan. Dia terasa canggung.
"Eric, Yassin bukan untuk kesedihan sahaja tapi untuk kekuatan jiwa yang lemah. Kita antara jiwa yang lemah Eric. Mudah was-was, penuh buruk sangka kepada sang pencipta". Shahrul Eric diam. Dia mengambil surah yassin yang dihulurkan oleh Azizah. Dia membaca dengan tenang. Alhamdulillah dia masih mampu membaca lancar. Mungkin kerana datuknya sering membawanya ke masjid sejak kebelakangan ini. Sejak Akma 'tidur' datuk selalu ke masjid. Dia menemaninya. Secara tidak langsung dia juga beramal bersama.
Usai pembacaan yassin dia meminta diri dengan Azizah. Dia perlu ke pejabat. Serunsing-runsing hatinya kerjayanya mesti dijaga. Dia harapan keluarganya. Satu-satunya waris Sri Tualang. Shahrul Eric terus keluar dari perkarangan hospital.
Dia menghadapi tekanan perasaan setiap kali mengenang Akma. Apa yang perlu dia lakukan? Perlukah dia berputus harap dan melupakan Akma? Tapi, Akma belum mati. Akma masih punya harapan untuk sedar. Cuma dia belum tahu bila. Rasanya sudah agak lama. Sudah hampir 10 bulan. Pertanyaan-pertanyaan dalam fikirannya terbiar tidak terjawab.
Akhirnya, dia sampai juga di perkarangan Sri Tualang. Shahrul Eric melangkah malas ke bilik pejabatnya. Meja Akma yg kosong dipandangnya sepi. Dia mengeluh kecil. Dia rindu akan suara Akma.
Telefon bimbitnya berbunyi. Segera dia mengangkat.
"salam, Eric"
"Uncle Ramli. Kenapa?" balas Shahrul Eric.
"Sherry, on the way ke pejabat kamu. Siasatannya tentang barang-barang Akma dah siap. Kamu cuma perlu dengar. Uncle harap kamu fikir dengan waras dan rasional sebelum membuat apa-apa keputusan"
"Terima kasih uncle. Saya akan cuba buat yang terbaik uncle".
Telefon bimbit dimatikan. Shahrul Eric melangkah ke pintu pejabatnya.
++++++++++++++++++++
Alma meneruskan kehidupan seperti biasa. Senyuman manis terukir di bibirnya. Azmi membawa sekuntum mawar merah menyambutnya. Sudah dua bulan Azmi menemaninya disisi. Setiap hari setia menunggunya pulang dari pejabat.
"You tak bosan ke tunggu I, Az?" persoalan itu tiba-tiba muncul di benaknya.
Saiful Azmi senyum. Mengeleng.
Mereka berjalan beriringan menyusuri bangunan-bangunan indah di tengah-tengah kota.
Diam. Tanpa kata.
"kenapa diam?",Alma memecahkan kesunyian.
"I tunggu you cakap Al"
Dahi Alma berkerut. "cakap apa Az?"
"sayang I. I tunggu you Al", Azmi senyum penuh makna.
"dah bosan ke menanti?" Alma seperti selalu bijak memutar kata.
"I tak pernah bosan Al. I just wonder. Mana tahu mood you baik jawab cintakan I?" Azmi senyum. Gadis didepannya memang bukan calang-calang untuk ditangani kerana itu dia masih tegar untuk menghadapi musim salju di bumi asing ini.
"I betul-betul cinta akan you Alma Athirah", Azmi mengenggam bahu Alma dengan kedua belah tangannya. Mata Alma ditatapnya dalam-dalam.
"I ada impian yang I tak tahu macam mana nak mulakan Azmi. I tak boleh beri you janji, walaupun I cinta akan you, I sedang menunggu. Menunggu sesuatu yang tak pasti" Alma tunduk.
"Apa yang you tunggu Alma? Beritahu I supaya I faham. I tau you bawa diri you ke sini bersebab. You datang sini bukan hanya datang bekerja. I tau hidup you ada matlamat", Azmi penuh pengharapan. Mengetahui Alma mencintainya satu rahmat. Penantiannya tidak sia-sia.
"Azmi. I ada kembar yang koma. Kembar yang sebenarnya perancang arah tuju hidup I. Yang menjadi kemudi apa yang i akan lakukan dan boleh lakukan"
Azmi menggenggam tangan Alma. Jari jemari Alma kukuh dalam tangannya. Erat. Seolah-olah memberikan kekuatan kepada gadis itu untuk bercerita.
Alma menghela nafas panjang. "I ada seorang ayah, ayah yang tak layak bergelar ayah. Ayah yang banyak lukakan hati I dan lukakan I".
"I am sorry" ucap Azmi.
Alma senyum geleng. "I dan kembar I janji nak bagi ayah I rasa apa yang kami rasa selama ni. Rasa kehilangan. Rasa sakit, rasa diperbodohkan dan rasa tak dihargai" Alma berkata dengan penuh rasa benci.
"Mana kembar you, Sayang?" Azmi ingin tahu.
"Ada. Di Sarawak"
"Dia batalkan plan you?" tanya Azmi. Azmi mula diganggu perasaan ingin tahu.
"Nanti I sambung. I nak naik dulu" ujar Alma. Tanpa sedar mereka sudah sampai ke apartment Alma.
Azmi telan liur. Gadis didepannya memang bijak. Gadis itu menyebabkan rasa teruja dan ingin tahunya menjalar. Sekaligus merembeskan naluri tidak sabarnya. Azmi senyum. Mengangguk. Alma didakapnya erat.
"I betul-betul cintakan you Alma. I terima you seadanya. I janji", bisiknya.
Pelukan terlerai Alma berlalu. Di bibirnya terukir senyuman pahit.
#######################
Semoga rindu anda terubat.
TERIMA KASIH SEMUA
JMJ
YOU ARE READING
Dari Sebuah Lagenda
De TodoIni bukan kisah biasa yang di dalam pemikiran anda. Kisah ini tersimpang dari keromantikan yang anda nantikan. Kisah ini sebuah lagenda sepasang kembar yang berusaha meleraikan dendam kesumatnya. Melunaskan segala hutang lama yang menyebabkan merek...