Bab 24

95 5 2
                                    

Setiap hari Alma membawa dirinya ke pusat beli-belah. Dia beli apa yang dia suka. Shoping menjadi terapi stresnya. Dia membeli apa yang dia suka. Dia makan apa-apa sahaja di tepi jalan. Awal pagi dia akan ke tasik perpustakaan negeri untuk berjoging. Dia hadir ke tempat kerja pada jam 10 pagi. Balik pada lewat malam. Rutin kehidupannya mestilah penuh. Dia tidak ingin menerima kenyataan sudah dua bulan Akma terlantar di katil hospital. Kadang-kadang Pangeran Saif Omar Ali Hashim menemaninya sekiranya Saif ada di Kuching. Tapi hari itu dia keseorangan.  Petang itu, seperti hujung minggu yang biasa dia ingin ke The Springs makan dan membeli pakaian baru mana-mana yang berkenan di mata. Sedang asyik membawa tray makanannya dia terlanggar seseorang. Spagetti marina nya tertumpah ke atas lantai mengenai kemeja lelaki itu. Dia sendiri terkejut dan kaget.

"Saya minta maaf", Alma sudah bersedia untuk di sumpah seranah. Nafsu makannya hilang. Nafsu shopingnya juga terhenti. Dia bimbang. Dia malu. Tambahan pula semua mata tertumpu ke arahnya.

Bagaikan di tarik magnet Saiful Azmi kaku. Seketika. Bagai waktu terhenti.

"Tak apa Cik. Saya pun jalan tak tengok Cik sebab sibuk mencari makanan", balasnya menyejukan hati Alma.

"Tak apa, saya gantikan baju awak. Mari kita melangkah ke Parkson", ajak Alma.

"Tak payah Cik. Tak apa", balas Azmi.

"Tapi saya rasa bersalah. Baju awak yang kuning dah bercampur dengan warna tomato", Alma berkeras.

"Ok, jom temankan saya membeli baju, tapi lepas ni awak kena temankan saya makan pula", ajak Azmi. Alma lega.

"Ok", Alma menjawab pendek. Senyum. Lega.

Mereka berjalan beriringan ke Parkson. Menuju ke bahagian pakaian lelaki. Saiful Azmi memilih baju T berwarna hitam.

Setelah adengan tolak menolak siapa yang membayar baju barulah mereka kembali ke food court.

Alma memesan makanannya yang telah tumpah tadi sekali lagi. Saiful Azmi pula memesan chicken chop. Mereka berbual-bual tentang pekerjaan. Isu semasa. Hobi.

"Lupa, siapa nama you ya?", tanya Alma. Serentak mereka tergelak. Manakan tidak tempat kerja hobi tempat tinggal mereka bertanya tapi tidak bertanya nama.

"Saya Saiful Azmi", balasnya.

"Alma Athirah", balas Alma. Dia senang rasanya mengenal Azmi.

Azmi menemaninya membeli kasut dan beberapa helai pakaian. Mereka bertukar nombor telefon. Malah dengan janji akan bertemu lagi.

Alma terus pulang ke rumahnya. Dia tinggal di Kesuma Villa. Appartments mewah empat bilik itu menjadi pilihannya. Memudahkan dia bergerak ke sana ke mari kerana dekat dengan bandar dan pejabat.

"Alma, kamu tak jenguk Akma?", tanya Azizah apabila Alma tiba di muka pintu.

"Mak, terkejut Alma. Alma tak nak mak. Alma rasa gelisah. Alma rasa sesak nak bernafas tiap kali ke hospital mak", balas Alma.

"Mak tahu. Alma lebih resah dengan perancangan korang yang tergendala. Lupakan semuanya Alma. Bina hidup baru. Tak boleh kah kita lupakan semuanya?", Azizah memujuk.

"Mak, mak cakap apa ni mak? Mak tahu tak kita dah banyak bersusah payah untuk sampai ke tahap ni sekarang? Mak Alma tak nak bincang perkara ni buat masa sekarang. Maafkan Al, mak", Alma terus berlalu ke biliknya.

Dia menghempas tubuh ke katil. Hampa. 'Kenapa perlu pergi pada waktu begini Akma?', bisiknya perlahan. Dia bangun lalu menukar pakaian mandi. Dia ingin berenang sebentar.

'Apa yang perlu aku lakukan tanpa kau Akma?', tanya nya lagi. Bunyi telefon mematikan langkahnya untuk ke almari pakaian. Dia mengapai telefon bimbitnya.

Dari Sebuah LagendaWhere stories live. Discover now