Bab 20

269 14 13
                                    

Akma meneliti fail diatas mejanya. Seterusnya kepada jadual harian Eric. Mr Dragon? perkataan itu menarik perhatiannya. Sama ada dia perlu bertanya atau menunggu Shahrul Eric menyatakan kepadanya. Dia perlu memilih. perlu berfikir. Baik aku tanya Suraya, setiausaha lama. Bisik Akma di dalam hatinya.

"Su, ni apa?", Suraya menoleh.

"Mr Dragon tu Encik Shahrul Eric sendiri yang letak, Akma. You cuma perlu ingatkan aje. Selalunya kalau ada temu janji Mr Dragon dia hanya datang pagi dan keluar tengah hari. Tak ada temujanji lain pada hari yang ditanda Mr Dragon tu", kata Suraya. Dia akan dikembalikan kepada ayah Encik Shahrul. Perkhidmatannya sebenarnya lebih diperlukan di sana. Shahrul Eric banyak berahsia dengan urusan peribadi dan perniagaan luarnya yang Suraya sendiri tidak tahu perniagaan apa.

"Ok, nanti apa-apa i tanya you lagi ya Suraya? Terima kasih", Dragon kan nama kumpulan kongsi gelap milik Shahrul Eric. Semua maklumat tentang kegiatan haram Shahrul Eric masih dalam kepalanya. Segar.

"Satu pesanan i untuk you Akma. Kerja you hanya ambil tahu urusan pejabat aje. Pasal business luar boss you tak payah tanya. Tak pasal-pasal dia hangin kat you. Macam la buat business jual dadah je", kata Suraya. Akma hanya senyum. Memang jual dadah pun malah lebih teruk dari itu. bisik hatinya.

"Akma, masuk bilik i", suara Shahrul Eric menerjah. Akma terus mengangkat pungungnya ke bilik Shahrul Eric.

"So, macam mana? you dah teliti jadual i?", tanya Shahrul Eric. Akma hanya mengangguk.

"Hari yang i tanda Mr Dragon tu, you make sure i tak da langsung temujanji. Setiap petang you kena update dengan i esok i buat apa. Semua report dari semua jabatan akan melalui meja you dulu. You baca teliti tak faham you tanya i. You tengok kecuaian you bagi tahu i", kata Shahrul Eric.

"Ok, kalau tak da apa i keluar dulu", kata Akma.

"You tak tanya ke, apa benda Mr Dragon tu?", Shahrul Eric bertanya.

"Sebagai setiausaha you i tak akan tanya. Tapi sebagai girlfriend you i nak tahu", Shahrul Eric senyum mendengar jawapan Akma.

"You belum patut tahu. You mesti raih kepercayaan i dulu", Akma hanya berlalu. Buat apa mendesak? Shahrul Eric perlu kenal sisi sebenar dia. Dia perlu di layan dengan sedikit ego.

lebih baik dia membuka e-mel dari Alma terlebih dahulu.

Akma,
kau tak rindu aku? Musim dingin di London ini mengingatkan aku pada kau dan sup ayam mak. aku rindu kau Akma. Walaupun tak ada pendengar yang baik bagi aku selain kau.

Akma,
kau dah kumpul segala keperluan kita dalam masa tiga tahun ni? 6 bulan lagi pengajian aku akan tamat. Aku akan buktikan kemampuan aku di sini seperti yang kau rancangkan.

Akma,
hanya di sini. Kalau boleh aku ingin pulang. Kalau aku berjaya menempa nama di sini dalam masa setahun aku akan pulang awal dari jangkaan. boleh kan?

Alma A.K.

Akma membalas emel itu terlebih dahulu. Bersabarlah Alma. Dia belum memikirkan cara tapi jalannya sudah ada.

"Akma, you buat apa?", Shahrul Eric terpacul di mejanya.

"Balas emel kakak i. Kan i dah cakap i ada kakak papa you sponser dia di LSE?", balas Akma senyum. Tak ada apa yang perlu di sembunyikan buat apa gelabah bisik hatinya.

"Kakak you papa i hantar sampai ke London tapi kenapa you dia hantar kat kolej TM tu je?", Shahrul Eric bertanya.

"I tak sebijak kakak i lah. Lagipun i malas nak belajar tinggi-tinggi boring tau", jawab Akma selamba.

"alasan. You tak nak tinggal ketiak mak you kan? Anak manja", usik Shahrul Eric.

"You ni kacau i nak apa? i bongsu ok memang patut manja", Akma senyum. manja? dalam hati hanya dia yang tahu sebabnya.

"jom, lunch you belanja. Kan you dah ada kerja", pinta Shahrul Eric.

"Ok. Kat Rumah Hijau. Nak makan chicken chop", balas Akma. Shahrul Eric hanya mengangguk.

Mereka berjalan beriringan keluar dari pejabat.

****************************

"Wadi, kau masih ingat aku?", suaranya memecah keheningan malam.

"aku semua maklumat pasal Datin Zefrina dan keluarga Dato Khairuddin. Semua! Jangan tinggal satupun", suaranya semakin ditegaskan.

"RM 10 000 sahaja. Take it or leave it", Akma tegas. Dia tidak suka ada tawar menawar.

"Jangan nak tawar menawar dengan aku Wadi. Aku bukan mainan kau", Akma berubah nada tegas bercampur amrah.

"Aku bank in RM 5000 dulu. Baki bila semua kerja kau siap", Talian dimatikan.

Akalnya perlu bekerja keras. Bagaimana? Apa kelemahan Khairuddin? Kelemahan itu kunci kejayaannya. Dia sebenarnya amat bergantung kepada hasil siasatan Wadi. Hakikatnya, dia tiada penyiasat lain yang boleh dipercayai selain Wadi. Bila Wadi mula tawar menawar dengannya dia terpaksa bertegas. Kalau Wadi menolak tadi pasti jahanam semuanya. Nasib baik kan? bisik hatinya. Nasib baik menyebelahinya dalam tiga tahun belakangan ini. Berjaya atau tidak dan bagaimana bergantung pada percaturannya. Dia ibarat pemain catur sekarang. Semua langkah perlu dia fikirkan strategi perlu di susun dan buah caturnya adalah Shahrul Eric dan Alma. Ironinya lawannya adalah Khairuddin. Nama yang terbit dihujung namanya.

Dari Sebuah LagendaWhere stories live. Discover now