5 Minit Sebelum

21 0 0
                                        

Tutupkan lampu
aku mengira nafasnya
sambil berselang meneka
apa imej-imej intimnya dalam mimpi

Kesenyapan ini bukan dinding putih yang rata
dibina dari calitan pelangi yang timbul
kerana untuk wujud di sebelahnya adalah pesta
tanpa tuan rumah, tanpa batas masa
yang buatkan ku menari
atas lantai dapur, sisi loteng
dibaluti bunyi-bunyi ambien
dan lampu siling yang berdenyut-denyut

Ia berlaku hanya 5 minit
sebelum aku abaikan pentas, henti menari
melepaskan rohku agar tidak ketinggalan
menemani rohnya di luar sana.

Nyanyian KalahTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang