Disember adalah bulan yang dingin
salji tidak turun di sini, masih
merasa nyilu pada tajam air batu
dari kulit ke tulang-temulang dalamDisember adalah bulan yang dingin
menanti orang tua melompat dari tingkap
ramah dengan beg hadiah
walaupun kau takut
pada mereka yang memberiDisember adalah bulan yang dingin
siaran tv meriah
demi bunyi loceng, lagu pesta
kau di dalam bilik
lihat diri dikambus silam
musim-musim sebelumDisember adalah bulan yang dingin
kelak hangat bunga api mula terapung
pada langit tahun baru
kau masih dalam bilik
terduduk pegun, beku.