3 pagi

24 1 0
                                    

Ku biarkan langsir terbuka
sepi 3 pagi menanti
kau yang tiba ramah
membawa pek-pek nostalgia
yang tak mampu ku hadam semalam
kerana sibuk membancuh warna

Aku buka tingkap
hulurkan tangan menjemput
kau buka pek, hidangkan segera
aku yang dalam euforia
menarik manja tangan kau
untuk turut sertaku menjamah
sambil bersama menyapu warna
melukis bayang-bayang
atas kanvas gelita.

Nyanyian KalahTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang