PROLOG

634 35 0
                                    

PROLOG

PANTAS kaki Cempaka membawa lari bayi perempuan yang baru sahaja dilahirkan itu. Sesekali Cempaka menoleh kebelakang. Risau jika dirinya diekori. Dia perlu pantas. Nasib Kerajaan Melodia berada di tangannya. Bayi kecil yang berada dikendongannya itu menangis galak. Kesian. Belum sempat merasa belaian kasih ibu, ibunya sudah dibunuh.

Mereka tiba disebuah kampung terbiar. Mungkin kerana penghuninya telah melarikan diri, takut dengan ancaman Feriold yang kejam itu.

Berlari-lari anak Cempaka membawa bayi yang sedang menangis galak itu kedalam sebuah pondok usang.

"Amatlah kesian diri mu wahai bayi kecil. Sudah kehilangan ibu dan ayah. Shu.. Sudah, jangan menangis lagi. Kau perlu kuat untuk kedua orang tua mu. Kau perlu membalas dendam atas kematian mereka." Cempaka berbicara sendiri dan mengucup ubun-ubun bayi kecil itu. Bagai mengerti, tangisan yang tadi galak kian perlahan.

Mata comel itu terbuka dan terkatup, perlahan-lahan mata hijau itu tertutup. Bayi kecil itu terlena didalam dakapan hangat Cempaka. Menggantikan dakapan kasih seorang ibu.


Pewaris MelodiaWhere stories live. Discover now