PART 8

337 18 9
                                    

Peh lama gila tak update cerita ni.. I is stuck.. tkde idea.. lme tak tgok katun😂

PART 8
PINTU kamar Ulfa dikutuk keras oleh Cempaka.  Hari sudah siang.  Fajar sudah mula menampakkan dirinya.  Namun kelibat anak muda bertiga itu masih belum terbias dikornea mata tuanya.  Itulah anak muda sekarang ini, bangun lambat saja semedangnya.
Cempaka menghentak tongkatnya kelantai.  Bergegar satu rumah.  Tak cukup tanah Ulfa, Mawar dan Syah berlari keluar bilik.  Mungkin mereka kira itu ialah gempa bumi.  Ya, memang gempa bumi, hasil hentakan tongkat sakti si tua.
“Dah bangun?”  sinis Cempaka bertanya dengan senyuman senget mengerekot ditepi bibir.
“Nampaknya dah.”  Syah membalas lalu menguap besar.  Mukanya diraup, rambut yang kusut dirapikan sedikit.  Ulfa dan Mawar tak berlengah terus pergi membersihkan diri.  Kalau lambat tak tahulah apa pula yang jadi lepasni.  Lambat bangun, gempa bumi.  Kalau lambat bersiap mungkin tanah runtuh pula.
“Cepat sikit bersiap.  Kalau dah siap, terus bergerak kebelakang, tempat latihan.”  Usai berkata-kata, Cempaka berlalu tanpa kata.  Wajah tuanya berkerut sedikit.

Ulfa dan Mawar berlari anak ke padang latihan.  Syah sudah tiba disitu dan sedang berbual dengan seorang lelaki yang berusia lingkungan 30 an.  Bayang Cempaka langsung tidak kelihatan.
“Latihan sudah mula ke?”  soal Ulfa mengah.  Tanpa disangka, lelaki itu tadi memberi tunduk hormat kepada Ulfa.  Ulfa serba salah sebenarnya.
“Belum lagi tuan puteri.  Tuan puteri sudah sarapan?”
Ulfa menggeleng dengan mulut ternganga.  Sopannya lelaki ini dengannya.  Rasa kekok pun ada digelar sebagai tuan puteri sedangkan selama ini dia hidup sebagai rakyat marhean.
“Kalau macam tu, tuan puteri nak bersarapan dulu sebelum kita mula berlatih?”
“Eh eh tak payah.  Kita terus berlatih.”  Ulfa sengih.  Sungguh dia kekok sebegini.
“Baiklah.  Nama saya Restor dan saya yang bakal melatih kalian bertiga.”  Lelaki tadi memperkenalkan dirinya.  Ulfa terangguk-angguk.  Mawar dan Syah hanya tersenyum kecil.
“Saya Megat Syah, merupakan bangsa Melodia yang telah berhijrah.  Anak kepada Megat Lailkhan.”  Syah memperkenalkan dirinya.  Restor terkesima seketika.  Megat Lailkhan itu sahabatnya dan merupakan salah seorang pejuang hebat bangsa Melodia dulu.
“Ayah kamu sihat?”  soal Restor berminat ingin tahu.  Syah tersenyum sambil mengangguk-angguk.  Nampaknya dia sudah bertemu dengan seseorang yang mengetahui kisah silam ayahnya.  Akan dia bongkar nanti, tunggu sajalah.
“Saya pula Mawar Kaseh, bangsa Qwerzek.”  Giliran Mawar pula mengenalkan dirinya.  Dia tersenyum ramah.  Restor mengangguk kepalanya sekali.  Kini beberapa pasang mata terarah pada Ulfa.  Tahulah Ulfa yang kini gilirannya sudah tiba.
“Nama saya Ulfa Medina.  Berasal dari dunia manusia biasa yang entahlah tak tahu saya nak cerita.  Kalau menurut Cempaka, saya ini merupakan bangsa Melodia... .”
“Pemimpin bangsa Melodia,”  perbetul Cempaka yang baru saja memunculkan dirinya bersama dengan seekor makhluk comel yang berupa arnab tetapi boleh terbang.
Ulfa meneguk liurnya kesat.  Dia rasa gerun dengan kenyataan itu.  Tiba-tiba saja arnab terbang tadi menghampiri dan menggomolnya.
“Tuan puteri, nampaknya Tea suka dengan tuan puteri.”  Ulfa tersenyum dan mengambil makhluk bernama Tea itu dan didakapnya erat.  Rasa tenang menyelubungi hatinya.  “Tea adalah makhluk kesayangan bonda mu juga nenenda mu.  Mereka begitu menyayangi Tea dan kini Tea dapat menyalurkan sayang dari bonda dan nendamu kepada mu.”  Mendengar penjelasan Cempaka, semakin erta Ulfa memeluk Tea.
“Baiklah, latihan kita bermula sekarang.”

Ulfa mengurut bahunya yang sengal.  Tak pernah-pernah lagi dia mengangkat pedang tulen untuk berlawan.  Ternyata sangat berat dan bagaimana Alta mampu mengangkatnya dengan sebelah tangan serta melakukan aksi membunuh?
“Arg penat!”  jerit Mawar yang baru sahaja masuk kedalam kamar beradu setelah puas berjalan dengan Syah setelah tamat latihan tadi.  Orang bercinta katakan.  Ulfa mengambil pedang milik Alta yang tersadai ditepi pintu dan dikeluarkan dari sarungnya.
“Wah, cantiknya pedang ni!  Hasilnya halus dan eh?”  Mawar kaget.  Semakin teliti dia membelek.  “Mana awak dapat pedang ni sebenarnya?”  soal Mawar gopoh.  Bahu Ulfa digoncang.  “Orang yang saya perlu selamatkan tu.”
“Apa?  Tuan putera dalam cengkaman Feriold?”
Membulat mata Ulfa.  Tuan putera?  Alta tu tuan putera?
“Saya kena sampaikan berita buruk ni kepada Raja Aws.  Mesti dia dapat bantu kita dengan menghantar sepasukan tentera.”  Mawar terangguk-angguk lalu mencapai bulu pelepah dan dakwat, mula menulis.  Seekor burung terbang masuk melalui tingkap lalu hinggap dihadapan Mawar.  “Pergi keistana Raja Aws.  Pastikan pesanan ini sampai kepadanya,”  ujar Mawar kepada burung itu.  Bagai mengerti, burung itu terus terbang keluar dengan kertas berikat molek pada kakinya.
“Sekarang kita sudah memperoleh bantuan tambahan.”  Mawar tersenyum suka.  “Er awak kenal Alta ke Mawar?”  soal Ulfa perlahan saja suaranya.
“Kenal, kenal sangat.  Dia tu putera bangsa Qwerzek.  Bakal pemimpin seterusnya.  Oh ya Ulfa, macam mana awak boleh kenal dengan tuan putera?”
“Dialah orang tu Mawar.”
“Awak cintakan dia?”  Soalan Mawar menyebabkan wajah Ulfa memerah bagai disimbah cat.  Malu.
“Aw awak malu.  Awak suka dekat dia ya.  Sesuailah sangat.  Puteri Melodia dan Putera Qwerzek, memang gabungan yang hebat.”  Mawar ketawa senang.  Cinta memang sukar difahami dan ia datang tanpa dipinta.
“Saya tak cakap pun yang saya cintakan dia.”  Wajah Ulfa semakin memerah.  Isi hatinya ditebak dengan mudah oleh Mawar.  Mawar tersenyum, nakal.
“Masakan seorang gadis sanggup bergadai nyawa untuk menyelamatkan seseorang yang dia baru kenal.  Melainkan ada rasa cinta.”  Kening Mawar terjongget tinggi.  Suka betul dia melihat Ulfa yang kepanasan kerana rahsia hatinya terbongkar.  Dia dulu juga malu mahu mengakui rasa cintanya terhadap Syah, masa mengajar dia yang cinta itu tak selalunya menunggu, boleh beredar tanpa disedari.
“Cinta sejati akan sentiasa bertahan Mawar.”
Mawar kaget.  Ulfa mampu membaca bahasa hatinya?
Ulfa tersenyum saja mengiyakan.
Perlahan-lahan keistimewaan kerabat diraja bangsa Melodia diwarisi oleh Ulfa.  Mungkin juga kebolehannya memanah itu juga asalnya keistimewaan diraja Melodia.
Dan sebenarnya banyak lagi kebolehan istimewa yang masih belum diketahui oleh Ulfa.
‘Pewarisku, kau saja yang mampu.’
Ulfa tersentak.  Suara itu lagi.  Sungguh, Ulfa mahu berbicara dengan si pemilik suara.  Banyak perkara yang mahu disoalnya.
‘Mampu untuk lakukan apa?’
‘Kau mampu membunuh Feriold dan membebaskan Melodia dari taklukannya.’
Bulat mata Ulfa.  Suara itu membalas apa yang terlintas dihatinya.  Begitukah caranya mahu berhubung dengan suara itu?  Tidaklah sesusah mana.
‘Siapa kau?  Mengapa semua ini terjadi?  Aku memerlukan penjelasan.’
‘Aku sebenarnya...’

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 01, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Pewaris MelodiaWhere stories live. Discover now