Ulfa Medina, gadis ceria yang happy-go-lucky. Kehidupannya biasa-biasa saja. Pendek kata, normal. Namun segalanya berubah akibat satu peristiwa.
"Siapa awak?" -Ulfa Medina
"Sayalah hero awak." -Alta Afian
Bertemu dengan jejaka selamba itu ditempa...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"Aunty tak risau ke?" Soal Yuyu. Punggungnya terus dihempas kasar pada sofa sama yang Puan Aisyah duduki. Balqish meraup mukanya. Sudah seminggu Ulfa menghilang namun masih tiada berita perihal Ulfa. Hidup lagikah? Ataupun sudah ma... . Allah. Jangan difikirkan perkara yang bukan-bukan.
"Duduklah Balqish, naik juling mata aunty tengok kamu ni." Pertanyaan Yuyu dibiar tiada jawapan oleh Puan Aisyah. Langsung tiada rasa mahu menjawab soalan itu. Hati ibu mana yang tidak risau kalau anaknya hilang dan masih belum ditemui. Puan Aisyah tahu, disana Ulfa mempunyai ramai sahabat yang akan membantu anaknya. Sekurang-kurangnya kerisauannya ditahap boleh dikawal dan tidaklah dia mahu menjadi gila.
"Aunty, Ulfa dekat luar sana tu entah hidup ke mati. Seorang diri pula tu." Giliran Balqish pula menghempas punggungnya pada sofa milik Puan Aisyah.
"Aunty tahu dia ke mana." Tenang Puan Aisyah membalas. Membulat mata kedua-dua Balqish dan Yuyu. "Aunty tahu? Kenapa aunty tak cakap dekat pihak polis? Dia kemana aunty?" Bertalu-talu Yuyu bertanya kepada Puan Aisyah. Tangan Puan Aisyah diraih Balqish kedalam genggamannya. Puan Aisyah menarik nafas panjang. Perlu kekuatan untuk menceritakan sejarah asal keturunan Ulfa Medina kepada sahabat-sahabat baik anaknya itu.
Paha Balqish ditepuk lembut. "Tapi kau orang berdua kena janji dengan aunty yang kau orang akan rahsiakan tentang apa yang aunty nak cakap ni."
Yuyu dan Balqish mengangkat tangan kanan mereka tanda berikrar.
"Sebenarnya Ulfa tu bukannya manusia biasa seperti kita. Ulfa bukan berasal dari sini. Ulfa sebenarnya... ."
JENG- JENG KEMUNCULAN SEMULA.. HAHAHA.. KEBOSANAN MELANDA BILA ASYIK MENAIP CERITA CINTA SAJA.. KITA BERALIH PADA YANG FANTASI PULA.. HAMPIR LUPA JALAN CERITANYA.. BERHUHU JELAH XD
JANGAN LUPA BACA CIK SENGET DAN MR. GAY TAU.. WINK WINK