PART 4

295 27 3
                                    

KHAS BUAT UOLS YANG MENANTI ^_^ 

TERUTAMA DUA ORANG YANG REQUEST KAT IOLS DEKAT SEKOLAH TADI XD


PART 4

KAKI panjang Ulfa masih setia melangkah. Tidak sesekali pun Ulfa memandang kebelakang. Takut hatinya berat untuk meninggalkan Alta keseorangan. Tapi dia perlu gagah. Kalau bukan dia, siapa lagi yang akan menyelamatkan Alta?

"Aku akan pastikan Alta selamat. Dia dah banyak tabur budi dekat aku. Inilah masanya untuk aku tebus semua budi dia. Saya akan selamatkan awak Alta." Ulfa bertekad.

"Huh, penatnya. Rehat dekat sinilah kejap." Ulfa menghempas punggungnya kasar dibawah sebatang pokok nan rendang. Ulfa menguap. Matanya semakin berat.

Menguap lagi.

Ulfa terlelap.

"Bluekkk. Syah awak tak akan dapat tangkap saya." Mawar berlari-lari mengundur lalu menjulurkan lidahnya kearah Syah. "Tunggulah kau Mawar." Syah melaung dari jauh. Mereka berdua berkejaran seakan kanak-kanak ribena.

Mawar menjulur lidah. Syah tertawa. "Buruk betul muka kau Mawar." Jujur Syah. Mawar mencebik. Penumbuk ditayang. Syah tersengih meleret.

"Arghhh.!" Mawar tergolek seperti nangka tak berapa nak wangi. Syah yang melihat ketawa berdekah-dekah. Mawar memuncung. Menyampah.

"Syah, ada oranglah." Adu Mawar. Terhenti tawa galak Syah. 'Orang?' Cekap mata Syah melihat sekujur tubuh yang enak beradu di bawah sepohon pokok. Mawar menghampiri gadis itu perlahan-lahan. "Dia tengah tidurlah Syah." Lapor Mawar yang asyik menatap wajah mulus si gadis.

Ulfa merengek kecil. Mawar memandang Syah yang turut memandangnya. Kening Syah terangkat tinggi. 'Siapa ni, kau kenal ke?' Bahasa isyarat dihantar. Mawar menggeleng. Sekali lagi wajah cantik itu ditatap.

"Apehal kau asyik tengok je muka perempuan ni?" Lurus pertanyaan Syah. Mawar menggelengkan kepalanya. "Takdelah, dia cantik sangat. Macam bidadari." Mawar semakin asyik menatap wajah gadis itu. Syah mengintai wajah dihadapannya. 'Cantik, sangat cantik.' Syah terdiam, terbuai dengan kecantikan gadis yang lena itu.

Perlahan-lahan Ulfa membuka matanya. Dua figura manusia yang tidak dikenalinya sedang berdiri dihadapannya. Luas Ulfa membuka mata. Membulat matanya, laju Ulfa bangun dan berdiri tegak seakan ingin menyanyikan lagu Negaraku.

"Siapa kalian?" Ulfa bertanya ringkas, mempamerkan riak tenang. Mawar dan Syah saling berpandangan. "Kau dululah." Syah menolak Mawar kehadapan. "Eh, saya pulak." Mawar mencebik. Namun pantas cebikan di bibir diganti dengan senyuman buat gadis yang terkebil-kebil dihadapannya.

"Nama saya Mawar, Mawar Kaseh." Mawar memperkenalkan diri. Pantas Ulfa menghulurkan senyuman.

"Nama aku pulak Syah, Megat Syah." Syah senyum kecil tanda perkenalan. Ulfa tersenyum senang. 'Seakannya mereka berdua ini bukan orang bawahan Feriold.'

"Saya Ulfa, Ulfa Medina. Seronok berkenalan dengan awak berdua." Ulfa tersenyum mesra sebelum mukanya keruh kembali. Teringatkan Alta.

Pilu terlakar diwajah cantik itu. 'Macam manalah Alta sekarang ni? Selamat ke dia? Ataupun mereka dah bu.. Tak mungkin!' Ulfa menggeleng-gelengkan kepalanya laju , tidak menyedari pandangan musykil dari Mawar dan Syah. "Ermm Ulfa, awak tak apa-apa ke?" Serba salah Mawar bertanya. Air muka Ulfa yang keruh itu cukup untuk membuat mereka berdua tahu bahawa gadis ini mempunyai masalah.

"Hah? Saya tak apa-apa." Terpinga-pinga Ulfa menjawab pertanyaan Mawar. Syah lebih selesa berdiam diri dan memerhati. 'Ada yang tak kena pada gadis ini. Dari tadi lagi dia macam risaukan sesuatu, atau lebih tepat lagi seseorang.' Pandangan Syah dan Mawar berlaga. Memerah wajah Mawar. Syah masih beriak selamba.

Pewaris MelodiaWhere stories live. Discover now